25.7.12

Apabila Fitnah Dilihat Benar maka Beginilah Jadinya!

Farid Ismeth: 'Saya tak pernah jumpa Rosmah'

24 Julai 2012
Farid Ismeth Emir
Farid Ismeth yang ditemu bual wartawan RTM mendakwa beliau sudah muak dengan dakwaan kaitan dengan Rosmah Mansor. – Foto ihsan blog Zam Zarina Zambri
 
SHAH ALAM - Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) dikenali ramai, Farid Ismeth Emir menegaskan, beliau tidak pernah bersua muka dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor walaupun banyak pihak mengaitkan dengannya.

“Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau (Rosmah) secara peribadi, tak pernah. Dari akhbar, kita tahulah kan, kita mestilah menghormati seorang perdana menteri kan? Itu saja. Tidak pernah, demi ALLAH tidak pernah," kata beliau.

Ketika ditanya bagaimana beliau dikaitkan dengan Rosmah, Farid Ismeth berkata, "itu yang menjadi tanda tanya. Dari mana sumber kan?"

"Anak lelaki saya, anak perempuan saya (pun) tanya, ayah macam mana cerita Rosmah muncul. Pernah juga mereka tanya betulkah bapa pernah kahwin dengan Datin Seri. Saya kata saya tidak pernah.

"Sebenarnya tidak ada apa-apa, mereka sudah besar sekarang, sudah tentu mereka faham," kata Farid Ismeth sambil menambah, beliau sebenarnya tidak boleh muncul di "luar untuk membuat penafian."

"Perkara ini sudah lama dah, sudah 11 tahun, saya pun sudah muak. Balik balik itu, balik balik itu (cerita) yeah," kata beliau dalam temu bual dengan pengacara RTM, Zam Zarina Zamri.

Sehubungan itu, kata Farid Ismeth, beliau memang melalui kehidupan yang sukar apabila dikaitkan dengan Rosmah.

Kata beliau, spekulasi mengaitkan dirinya dengan Rosmah membuatkan dirinya malu, tertekan dan memendam rasa terutamanya apabila berhadapan dengan orang ramai.
Beliau juga berkata, gosip seumpama itu boleh dikaitkan dengan mana-mana pihak, antaranya golongan artis tetapi tidak harus dilontarkan ke atas perdana menteri.

"Sama ada kita suka atau tidak, kita kena menghormati perdana menteri. Sebab beliau adalah perdana menteri kita. Kalau benda betul, okey tetapi kalau benda tak betul, ia sangat tidak baik," katanya lagi.

Sambil mengakui tertekan dengan dakwaan ini, beliau berkata: "Saya tertekan sejak isu ini dikaitkan dengan diri saya, tapi saya terpaksa berdiam dan simpan semuanya."

“Bila saya menghadiri kenduri, ada saja orang yang akan berbisik-bisik melihat saya. Saya tahu perkara apa yang sedang mereka bisikkan,” kata Farid Ismeth, yang turut menjelaskan bahawa beliau kadangkala takut untuk keluar kerana isu tersebut.
Bagaimanapun jelas Farid Ismeth, beliau bersyukur kerana memiliki isteri yang memahami dan tidak mudah melatah apabila berita itu tersebar.

“Isteri sangat memahami siapa saya," katanya sambil menambah, "saya katakan, saya hormati beliau dan saya sokong beliau kerana beliau seorang yang ada intergriti.

====================================

Ibm Saad Saad · Top Commenter · Advance diploma
Sebagai kawan kepada Farid Ismeth Emir, beliau ini tiada langsung kaitan dengan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia. Kenyataan Sdra. Farid Ismeth itu adalah benar. Cuma yang mengaitkan beliau itu tidak benar. Lebih baik mencari cerita yang baik dan sahih bukan kah lebih elok daripada membuat cerita yang boleh merosakan kawan-kawan?
 
=============================
 
Syed Munir
Balik kpd kisah ini. Memang Rosmah tak pernah berkahwin dgn Farit tu pun. Bak kata Farit kenal pun tidak. Abg aku sedarjah dengan bekas suami Rosmah, iaitu Abdul Aziz bin Nong Chik di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Azrene isteri Dr Fazley tu anak dari perkahwinan mereka (Aziz dan Rosmah). Kakak aku pulak sama batch dgn Rosmah di Kolej Tunku Khurshiah.

Isteri pertama Najib pula ialah kerabat di raja Kelantan. Jadi kedua2 Najib dan Rosmah berkahwin setelah mereka kedua2 janda dan duda. Salah ker?


Yang aku kesian Farit. Sampai dalam wikipedia pun timbul pembohongan itu. Padahal dia tak pernah jumpa dgn Rosmah pun. Giler mereka yg buat fitnah mcm nih...dan dua kali gila mereka yang percaya berbuta tuli akibat taksub dan hati hasad dan benci. 
 
=======================
Azhar Ibrahim · Top Commenter · SerembanTak baik serkap jarang.Persoalannya ialah menyentuh maruah seseorg.Beliau tidak pernah berkahwin sesaat pun dgn Rosmah.Suami Rosmah dahulu ialah seorg bekas pegawai tinggi Petronas
 ===============================
 
 
 

No comments: