14.7.12

20 maut di Treimsa, Syria

20 maut di Treimsa, Syria

RAMAI pemerhati berkata, peperangan di Syria adalah antara sunni dan syiah dan bukan antara pemberontak dan pemerintah.

sebab itu kita melihat bagaimana komitmen Iran, Hizbullah membantu Asad...

Dan penduduk yang diperangi adalah penduduk sunni - ASWJ.....

 


SEORANG mangsa cedera dalam keganasan tentera Syria di Kampung Treimsa kelmarin.


BEIRUT – Seramai 220 maut kebanyakan orang awam terbunuh di Kampung Treimsa, tengah Syria apabila beberapa helikopter dan kereta kebal serta sekumpulan lelaki bersenjata membunuh sejumlah keluarga, menurut sumber kumpulan pemberontak semalam. 

Ketua Pemantau Syria Untuk Hak Asasi yang menentang rejim Presiden Bashar Al-Assad, Rami Abdel Rahman menyatakan tentera pemerintah dan askar-askar separa tentera membunuh penduduk di kampung tersebut.

Pasukan misi pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan dalam laporannya bahawa serangan di kampung tersebut merupakan operasi Tentera Udara Arab Syria.
Kampung itu terletak dalam wilayah Hama.

Seorang aktivis Rangkaian Berita Sham menyatakan kebanyakan yang terbunuh itu ialah anggota pemberontak dalam serangan yang berlaku kelmarin.

Sementara itu, White House semalam menyatakan ‘kekejaman’ di Syria oleh tentera Bashar itu sepatutnya menghapuskan sebarang keraguan tentang perlunya satu tindak balas antarabangsa.

Jurucakap White House, Josh Earnest memberitahu para pemberita dalam pesawat Air Force One bahawa keganasan yang dilakukan berulang kali itu terhadap penduduk awam menunjukkan Bashar kehilangan kelayakan untuk mengetuai Syria.

Di Geneva, Switzerland, Utusan Khas Keamanan PBB dan Liga Arab, Kofi Annan turut mengutuk pemerintah Syria ekoran kejadian pembunuhan itu.

Annan mendakwa pemerintah Syria melanggar rancangan pelan damainya ekoran kejadian tersebut. – Agensi

============================

Imej diperoleh dari rakaman YouTube menunjukkan mayat-mayat lelaki, dipercayai maut akibat bedilan tentera Syria di perkampungan Treimsa, wilayah Hama, Syria, kelmarin. - AFP
 
BEIRUT 13 Julai - Lebih 200 penduduk awam di perkampungan Treimsa, wilayah Hama terkorban semalam, apabila tentera Syria melancarkan serangan menggunakan kereta kebal dan helikopter.

Menurut Ketua Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman, sebanyak 30 mayat penduduk kampung tersebut telah dikenal pasti.

Ketua sebuah kumpulan pemberontak yang berpangkalan di utara Syria, Abu Mohamad berkata, tentera rejim Presiden Bashar al-Assad mula menyerang Treimsa pada pukul 11 pagi waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia).

Serangan itu juga menyaksikan Tentera Pembebasan Syria (FSA) bertempur dengan tentera kerajaan.

Treimsa yang dihuni kira-kira 7,000 penduduk, kini lengang ekoran serangan tersebut.

"Kira-kira 30 kenderaan tentera memasuki Treimsa dan penduduk kampung tidak sempat melarikan diri ketika serangan dilancarkan," kata seorang aktivis, Ibrahim.

Agensi berita SANA melaporkan, pertempuran antara tentera Syria dengan kumpulan pemberontak menyebabkan tiga askar kerajaan maut.

Sementara itu, ketua kumpulan pembangkang, Majlis Kebangsaan Syria, Abdel Basset Sayda menyelar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana gagal menyekat pertumpahan darah yang terus berlaku.

"Perkara ini sangat memalukan buat Majlis Keselamatan PBB dan Liga Arab. Kami mahukan penyelesaian secepat mungkin agar tiada lagi penduduk Syria yang terkorban.

"Tentera rejim akan terus melancarkan serangan demi serangan jika tiada pihak yang menghalang," katanya

No comments: