17.7.12

Kekasih Bidadari Syurga di Syria.... buat Syuhada' Kebenaran...

Konflik Syria diisytihar peperangan saudara

Foto
  
  • Pasukan Tentera Pembebasan Syria melaunkan slogan anti Presiden Bashar al-Assad di wilayah Idlib, utara Syria. - Foto AP]
  • Seorang wanita meratap di sisi mayat.
 




Dakwaan jenayah perang boleh dikenakan: ICRC

Damsyik: Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) secara rasmi mengisytiharkan konflik di Syria sebagai perang saudara, status yang memungkinkan dakwaan jenayah perang dikenakan.

Kenyataan ICRC dibuat ketika pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumpulkan maklumat baru mengenai apa yang berlaku di kampung yang menyaksikan berpuluh penduduk dilaporkan terbunuh dalam serangan rejim.

Selepas lawatan ke Tremseh kelmarin, pasukan itu berkata tentera Syria mengunjungi rumah ke rumah di komuniti petani itu, memeriksa kad pengenalan penduduk dan membunuh sebahagiannya serta menahan yang lain.
Takungan darah dan serpihan otak dalam dilihat di beberapa rumah”, Kenyataan PBB
Menurut PBB, serangan menyasarkan anggota tentera yang berpaling tadah dan aktivis.

“Takungan darah dan serpihan otak dalam dilihat di beberapa rumah,” kata kenyataan PBB.

Syria menafikan dakwaan PBB yang tenteranya menggunakan senjata berat seperti kereta kebal, artileri dan helikopter ketika melancarkan serangan Khamis lalu.

No comments: