akyat Syria hampir menang
|
ISTANBUL - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa
kebangkitan rakyat Syria menentang Presiden Bashar Al-Assad semakin
hampir menuju kemenangan.
Beliau juga memberi amaran bahawa Turki akan bertindak balas jika terdapat sebarang tindakan permusuhan daripada Syria.
Turki sebelum ini meminta Bashar meletakkan jawatan selepas beliau gagal untuk membawa pembaharuan.
Ribuan penduduk Syria mendapatkan perlindungan di sempadan Turki
ekoran pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Bashar.
Pertempuran itu bermula sejak Mac tahun lalu yang menyebabkan lebih 19,000 orang terbunuh.
Hubungan antara Turki dengan Syria merosot pada bulan lalu apabila
sebuah jet Turki ditembak jatuh oleh pasukan pertahanan udara Syria.
Syria menyatakan ia menembak jet pejuang F-4 yang terbang rendah pada kelajuan tinggi kerana tidak mengetahui ia milik Turki.
Sementara itu, para pemberontak Syria menyatakan bahawa tentera
pemerintah telah memindahkan senjata kimia ke lapangan terbang dekat
sempadan negara tersebut.
Kelmarin, jurucakap Kementerian Luar Syria, Jihad Makdisi menyatakan
negaranya tidak akan menggunakan sebarang senjata kimia atau bukan
konvensional terhadap penduduk awam.
Seorang pegawai pertahanan Israel semalam menyatakan bahawa senjata kimia itu masih berada dalam kawalan pemerintah Syria.
"Kebimbangan pastinya, rejim Bashar akan menjadi tidak stabil dan
kawalan senjata itu juga menjadi tidak stabil," kata pegawai tersebut,
Amos Gilad kepada Radio Israel.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama turut meminta Bashar tidak melakukan kesilapan dengan menggunakan senjata kimia.
"Mereka (rejim Bashar) akan dipertanggungjawabkan oleh masyarakat
antarabangsa dan AS jika mereka melakukan kesilapan dengan menggunakan
senjata tersebut," katanya.
Dalam perkembangan yang sama, seramai 14 orang terbunuh di seluruh Syria semalam.
Menurut Pemantau Hak Asasi Untuk Syria, sejumlah 116 orang mati kelmarin.
Antara yang terbunuh itu ialah empat orang awam dan seorang
pemberontak di bandar Aleppo, empat penduduk awam di Damsyik, seorang
pemberontak di Deir Ezzor serta empat askar Syria di Idlib. - Agensi
No comments:
Post a Comment