18.7.12

Perang "Gorilla" akan Bermula.

Pemberontak isytihar perang


Gambar  dari laman   YouTube menunjukkan penyokong parti pembangkang Syria  menyekat jalan    dengan membakar tayar  menyebabkan kesesakan teruk di Daraa, kelmarin. - Foto AFP Gambar dari laman YouTube menunjukkan penyokong parti pembangkang Syria menyekat jalan dengan membakar tayar menyebabkan kesesakan teruk di Daraa, kelmarin. - Foto AFP
Pertempuran sengit meletus dengan tentera kerajaan di Syria

Damsyik: Ibu negara Syria semakin bergegar dengan konflik selepas pemberontak mengumumkan akan melancarkan serangan besar-besaran terhadap tentera kerajaan. Serang pemberontak
Tentera kerajaan guna helikopter dilengkapi mesingan serang Qaboon” - Pemantau bagi Hak Asasi Syria
Askar prokerajaan pula menggunakan helikopter penyerang menyerang pemberontak di kawasan tertentu di Damsyik dan pertempuran dilaporkan sengit.

Tentera Syria Merdeka (FSA) berkata, operasi itu digelar ‘gunung berapi Damsyik dan gempa bumi Syria’.

Saksi melaporkan tembakan mesingan di Medan Sabaa Bahrat, terletak di tengah Damsyik.

“Tembakan mesingan kedengaran di Medan Sabaa Bahrat. Anggota keselamatan bersenjata Kalashnikov dilihat di kawasan yang juga lokasi Bank Pusat,” kata mereka.
Kejadian tembak menembak juga dilaporkan meletus di Baghdad Street, jalan raya utama dekat medan berkenaan.

Sekat laluan

FSA juga cuba menyekat laluan keluar masuk dari Aleppo di utara, ke Daraa di selatan dan dari Deir Ezzor di timur ke Latakia di persisiran pantai.

Beberapa jam selepas pengumuman berkenaan, aktivis dan pemerhati melaporkan, helikopter tentera membedil daerah Qaboon di Damsyik.

Pemberontak serta tentera turut bertempur di kawasan penempatan Al-Midan dan Al-Hajar al-Aswad.

“Tentera kerajaan menggunakan helikopter dilengkapi mesingan untuk menyerang Qaboon,” kata Pemantau bagi Hak Asasi Syria beribu pejabat di Britain,
Aktivis di Damsyik memberitahu, serangan helikopter dilancarkan selepas FSA di Qaboon menangkis cubaan tentera menawan semula kawasan itu.

Tentera turut menyerang kawasan kejiranan dengan mortar dan melepaskan tembakan ke semua arah di daerah itu daripada helikopter yang terbang rendah, kata aktivis yang memperkenalkan dirinya sebagai Omar.

No comments: