Wajib flos setiap hari
TAHUKAH anda 54 peratus rakyat Malaysia tidak
tahu apakah itu plak dan majoriti (sehingga 95 peratus) tidak menyangka
plak adalah punca utama masalah gigi? Jadi, apakah plak?
Plak adalah selaput melekit tidak berwarna dan dihasilkan bakteria
yang sentiasa terbentuk pada permukaan gigi. Air liur, makanan dan
cecair bergabung menghasilkan selaput ini yang melekat pada gigi serta
di antara permukaan gigi dan gusi.
Pembentukan plak boleh menyebabkan gigi kotor dan juga faktor utama penyakit gusi.
Membanteras plak adalah proses sepanjang hayat dalam penjagaan mulut
sempurna. Plak juga mampu menyebabkan kaviti yang akan melemahkan gigi.
Plak mampu terbentuk pada gigi empat hingga 12 jam selepas memberus.
Justeru penting untuk memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali
sehari dan menggunakan flos setiap hari. Memberus gigi sahaja tidak
mencukupi. Pastikan anda menggunakan flos setiap hari untuk membersihkan
kawasan yang sukar dicapai terutamanya di celah-celah gigi bagi
membanteras plak.
TartarTartar atau juga dikenali kalkulus, adalah
selaput berkerak yang akan memerangkap kotoran dan menyebabkan gigi
bertukar warna. Kalsium dan fosfat kemudian bergabung untuk membentuk
kerak kristal pada gigi.
Kalsium fosfat ini kemudian akan mengeras dengan plak dan membentuk
kalkulus. Terdapat bahan kimia tertentu dipanggil pirofosfat membantu
mengurangkan pembentukan kalkulus dengan menghentikan pertumbuhan
kristal pada permukaan gigi dan menghalang kristal baru daripada
terbentuk.
Tartar membentuk ikatan kuat yang hanya mampu ditanggalkan oleh pengamal pergigian profesional.
Pembentukannya juga mungkin menyebabkan sukar untuk menanggalkan
bakteria plak dan seterusnya meningkatkan potensi masalah besar pada
masa depan.
PencegahanPlak dan tartar tidak bertindak dengan
cara yang
sama kepada semua orang. Setiap individu berbeza terhadap cara
mereka mendapat dan menentang jangkitan.
Untuk kebanyakan kita, selaput akan terbentuk dengan pantas apabila
usia semakin meningkat. Ini bermakna, semakin kita tua, semakin kerap
kita harus memantau kesihatan gigi kita.
Selain itu, kita perlu mengelakkan pembentukan plak dan tartar dengan mengubah cara kita menjaga kesihatan gigi.
Pertama, pilih berus gigi yang betul.
Misalnya, berus Oral-B Cross Action Pro-Health membantu menanggalkan sehingga 99 peratus plak dengan berus bersudut CrissCross.
Berus Power Tip pula membantu membersih
kan kawasan yang sukar dicapai dan lembut pada enamel dan gusi.
Dengan penggunaan yang kerap, ia telah terbukti secara klinikal
membantu menanggalkan lebih banyak plak berbanding berus gigi biasa
dengan bantuan berus CrissCross yang bersudut pada 16 darjah bagi
menentang plak.
Kedua, dengan membersihkan gigi secara profesional setiap enam bulan atau lebih kerap seperti yang disarankan doktor gigi.
Sekiranya anda tidak menanggalkan plak daripada gigi dengan
menggunakan flos dan memberus gigi, anda meningkatkan risiko pembentukan
kaviti.
Kaviti adalah lubang kecil yang terbentuk pada gigi yang reput akibat kurangnya penjagaan.
Sekiranya anda mempunyai gigi, tidak kira usia anda, kaviti mampu terbentuk.
Ia adalah masalah gigi yang sering ditemui di seluruh dunia. Namun,
penjagaan gigi yang sempurna termasuk penggunaan flos yang betul dapat
membantu menghalang pembentukan kaviti.
Sekiranya anda tidak menghiraukan kaviti untuk waktu yang panjang, ia
akan menjadi lebih besar dan menyebabkan sakit gigi. Sekiranya anda
tidak mendapatkan rawatan tampalan dengan doktor gigi, kaviti akan
membawa kepada jangkitan dan anda mungkin akan kehilangan gigi atau
mendapat jangkitan yang teruk.
MengawalCegah kaviti dengan mengawal pembentukan
plak melalui rutin memberus gigi dua kali sehari dan dengan menggunakan
flos setiap hari.
Pilih berus gigi dan produk flos yang anda suka agar anda gemar menggunakannya setiap hari.
Jangan lupa menjadualkan pemeriksaan gigi dengan doktor gigi untuk
pembersihan profesional dan mengenal pasti sebarang masalah sebelum
menjadi serius
No comments:
Post a Comment