19.5.12

Cacat Bukan Penghalang

Pendekar kaki satu

hmetro.com.my
      
TANGKAS...Zulkifli (kiri) dan Mohd Asri aktif bersilat.
TANGKAS...Zulkifli (kiri) dan Mohd Asri aktif bersilat. 
 
PASIR MAS: Walaupun kudung sebelah kaki, dua sahabat layak digelar ‘pendekar kudung’ kerana mereka bukan saja mahir bersilat, malah menjadi tok guru atau tenaga pengajar seni mempertahankan diri itu.

Zulkifli Mamat, 49, yang kehilangan kaki kirinya akibat kemalangan dan Mohd Asri Daud, 33, yang cacat kaki kirinya sejak lahir, mampu bersilat seperti pesilat lain dengan tangkas.

Zulkifli yang menjadi tok guru Silat Minangkabau dan mula mempelajari silat itu sejak zaman kanak-kanak berkata, dia bersyukur dengan kelebihan dianugerahkan Allah dalam seni mempertahankan diri.

Katanya, dia kehilangan kaki kiri selepas dihempap besi ketika menjadi pekerja pembinaan jambatan Pasir Mas-Salor pada 1990.

“Akibat kemalangan itu, kaki kiri saya terpaksa dipotong. Saya mengambil masa hampir setahun memulihkan semangat dan kekuatan fizikal sebelum dapat kembali bersilat.

“Pada mulanya sukar membiasakan diri kerana perlu bersilat sambil memegang tongkat, tetapi Alhamdulillah, berkat kesabaran dan sokongan keluarga, saya mampu kembali mahir bersilat seperti orang normal,” katanya yang berasal dari Kampung Aur Duri, di sini

No comments: