MODEL... beberapa model tandas digital dalam ujian di pejabat penyelidikan di ibu pejabat Woongjin Coway di Seoul, Korea Selatan.
"Kebersihan Adalah Separuh Daripada Iman tetapi Diamalkan di Negara Bukan Islam"
KONSEP tandas moden yang dilengkapi sistem dikenali sebagai bidet
kini digunakan secara meluas di Korea Selatan yang direka cipta khusus
bagi mencari penyelesaian mengekalkan kebersihan seterusnya memberi
keselesaan kepada pengguna.
Penggunaan sistem bidet ini hanya memerlukan pengguna duduk di atas
tandas dan selepas selesai membuang air besar, mereka dikehendaki
menekan butang dan air akan terpancut dari depan dan belakang untuk
membasuh bahagian yang kotor,
Malah teknologi digelar tandas moden ini dapat memberi manfaat
kepada pengguna yang amat menitikberatkan kebersihan malah ia mampu
mengurangkan pembaziran air serta dapat menyalurkan najis kepada sistem
lebih baik.
Di kanan tandas dilengkapi sistem bidet dipasang beberapa butang yang berfungsi mengawal kekuatan pancutan air, kawalan suhu air, sumber kuasa dan pelapik tandas yang boleh diselaraskan suhu mengikut keselesaan pengguna.

Keberkesanan sistem ini terbukti mengelakkan kekotoran yang bersepah akibat pancuran air tidak stabil jika menggunakan paip air di tangan kanan berbanding teknologi tandas moden yang mementingkan aspek kebersihan
Malah sistem bidet juga mengagumkan dan boleh dianggap inovasi paling
maju di dunia kerana menggunakan teknologi terkini dilengkapi butang
khas yang mengawal pancutan air selain mengelakkan lantai becak dan
menjamin kebersihan.
Presiden Pertubuhan Tandas Dunia (WTA), Dr Yong E Cho, berkata, kebanyakan pelancong yang datang ke Korea Selatan akan merasai keseronokan dan keselesaan ketika menggunakan tandas di negara terbabit kerana dilengkapi sistem bidet yang mengutamakan kebersihan dan canggih serta antara yang terbersih di dunia.
Menurutnya, masyarakat di negara ini terhutang budi dengan bekas presiden terdahulu iaitu Jae Duck Shim yang memberi tumpuan untuk meningkatkan kemajuan budaya kebersihan tandas di negara terbabit sehingga mencapai ke tahap sekarang.
“Tanpa kesedarannya yang mengadakan kempen pembudayaan tandas bersih dan cantik, rakyat di negara ini kini tidak akan merasai tandas moden sedia ada.
“Kami percaya budaya dan konsep tandas yang diamalkan di Korea akan dicontohi ke seluruh dunia melalui projek dikenali Toilet of Love yang akan diwujudkan di tandas awam di negara membangun,” katanya kepada seramai 20 wakil media dari Malaysia yang berkunjung ke pejabat WTA di bandar Suwon baru-baru ini bagi mengenali lebih dekat konsep budaya tandas di Korea Selatan.
Yong berkata, penggunaan sistem bidet di kalangan isi rumah sejak kebelakangan ini menunjukkan peningkatan malah kemudahan terbabit kini turut digunakan secara meluas di tandas awam.
“Bagi memberi takrifan mengenai tandas yang bersih dan berada dalam keadaan baik ia perlu melepasi beberapa aspek iaitu pengguna seharusnya mempunyai perasaan selesa dan bau menyamankan ketika menggunakan tandas.
“Malah tandas yang bersih juga membolehkan pengguna dapat membaca buku dengan tenang dan melihat lukisan cantik tergantung di dinding tanpa terganggu. Mereka juga dapat mendengar muzik di dalam tandas,” katanya.
Beliau berkata, selain itu, apa yang lebih penting konsep tandas moden yang bersih akan membuatkan pengguna dapat menikmati hidangan makanan di dalamnya dengan gembira dan tenang.
“Jika kesemua ciri-ciri itu ada di dalam tandas terbabit, maka ia boleh ditakrifkan sebagai tandas bersih dan cantik yang memenuhi kriteria tandas moden.
“Selain itu, elemen paling penting bagi mengekalkan kemudahan tandas yang bersih dan cantik khususnya di bandar Suwon adalah dengan mempunyai peruntukan dana bagi menyelenggara kemudahan tandas setiap masa.
“Cara mentadbir urus yang sistematik dan konsisten dalam penyelenggaraan turut dititikberatkan bagi memastikan tandas awam sentiasa bersih,” katanya.

No comments:
Post a Comment