MELAKA – Siapa sangka rahsia seorang keldai dadah Nigeria yang telah
beberapa kali berjaya meloloskan diri menyeludup bahan khayal itu ke
negara ini akhirnya terbongkar selepas dia terbuang air besar di atas
katil Hospital Melaka setelah tiga jam dirawat.
Tembelang lelaki berusia 33 tahun tersebut terbongkar pada pukul 3
pagi kelmarin apabila petugas hospital yang cemas melihat keadaannya
hairan sebaik ternampak 11 objek pelik turut terkeluar bersama najis di
atas katil.
Bagaimanapun, selepas diteliti, mereka mendapati ia merupakan kapsul
dadah yang telah ditelan oleh suspek untuk diseludup dan dijual kepada
penagih syabu di negeri ini.
Selepas ujian X-ray dilakukan, doktor mengesahkan sebanyak 16 kapsul
dadah lagi masih berada di dalam perutnya. Ia kemudian dapat dikeluarkan
pada pukul 8.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd.
Rahman berkata, pembongkaran berlaku apabila suspek yang mendakwa
dirinya pelajar sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur ditahan ketika
berkelakuan seperti orang tidak siuman berhampiran Rumah Batik, Pusat
Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini pada pukul 10.30 malam.
No comments:
Post a Comment