Richworks tumpu operasi 4 negara
SELEPAS tiga tahun membawa ramai usahawan tempatan mengorak kejayaan
dalam perniagaan, syarikat motivasi Richworks Human Capital Development
(M) Sdn Bhd, bakal mengembangkan sayapnya ke luar negara.
Pengasas Kumpulan Richworks, Dr Azizan Osman, berkata syarikatnya akan mengembangkan sayap perniagaannya di empat negara iaitu Indonesia, Filipina, India dan Australia selepas Aidilfitri nanti.

Katanya, beliau menyasar pembabitan tiga kali ganda daripada peserta
yang datang ke Seminar Marketing Power yang dianjurkan di negara ini.
“Sebenarnya masalah pemasaran ini berlaku di mana-mana saja. Di negara maju juga mengalami masalah sama.
“Saya ke Amerika Syarikat tahun lalu, dan saya menyedari masalah ini juga berlaku di sana.
“Usahawan berjaya, pandai dalam pemasaran manakala yang tidak berjaya, dia tidak pandai dalam pemasaran. Ini bukan masalah di Malaysia saja,” katanya selepas Seminar Marketing Power yang diadakan di Hotel Bluewave di Shah Alam, semalam.
Azizan berkata, berikutan beliau akan mengembangkan perniagaannya ke luar negara, siri jelajah seminar itu adalah terakhir yang akan dilakukannya sendiri sebagai penceramah.
Katanya, ia kerana beliau jarang berada dalam negara untuk mengendalikan sendiri seminar berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, beliau merancang mengadakan seminar usahawan di negara ini setahun sekali selepas ini.
“Ia antara faktor mengapa kami menganjurkan seminar percuma ini sejak Januari lalu kerana u ia akan menjadi sesi terakhir.
“Kalau adapun, pasukan saya yang akan mengendalikan seminar berkenaan,” katanya.
Mengenai siri seminar yang sudah tiga tahun dijalankan itu, Azizan berkata lebih 35,000 usahawan terbabit dengan seminar berkenaan sejak ia mula diperkenalkan.
Sementara itu, katanya, lebih 18,000 usahawan yang sudah berjaya membawa perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi termasuk memperoleh pendapatan yang mencecah ratusan juta ringgit.
Azizan berkata, masalah kebanyakan usahawan ialah ramai yang tidak tahu cara memasarkan produk walaupun mempunyai produk yang bagus.
Selain itu, katanya, konsep pemasaran gerila yang diperkenalkannya membantu mengajar usahawan untuk memasarkan produk masing-masing dengan kos yang rendah atau tanpa membabitkan kos

No comments:
Post a Comment