25.5.12

Kami Kurangkan Credit Card Interest dari 18% ke 8.9%?

Salam,

Mungkin ramai di kalangan kita akan menerima satu panggilan daripada SMART SOLUTIONS yang menawarkan offer

"Kurangkan interest kad kredit daripada 18% menjadi 8.9%"

Antara no pemanggil ialah 016-2070182 - perempuan india.

Bila ditanya, "You ada website syarikat untuk saya go thru dahulu?"

Jawabnya, "Tak ade encik", kami tak boleh publickan sistem ini kepada orang ramai, kalau encik bersetuju, encik boleh datang jumpa konsultan kami, Syarikat kami di AMPANG PARK tingkat 1, kami mempunyai hubungan dgn semua syarikat yang sediakan kad kredit, kami boleh bantu encik"

Bila dinyatakan, "Saya tak boleh layan panggilan ini sebab bank Negara nasihat supaya berhati-hati kerana tawaran begini byk tipudayanya - fraudnya..."

Jawapan yang diberikan, "encik boleh datang ke syarikat kami, sebab tawaran ini istimewa".......

=====================

KEKADANG TERFIKIR IALAH:

Kalau benar begitu, kenapa pihak bank sendiri yang kurangkan terus interest kad kredit kepada 8.9% tanpa perlu melalui agen atau pihak ketiga.....?

Kalau menjalankan business yang betul, kenapa tiada website atau blog?

Apa yang hendak ditakutkan?

Wassalam

No comments: