16.5.12

Kanser Pad Minyak Masak Berulang!

Salam,

Saya pernah mempelajari bahaya minyak masak yang digunakan berulangkali pada tahun 1990 lagi apabila saya menghadiri program Arwah Dato Dr. Noorlaily daripada Nury Institute. 

Pada waktu itu tak ramai orang percaya apa yang kita katakan. Saya berusaha mengelak drpd membeli makanan goreng yang saya dapati minyak masak penjual dah jadi mcm arang...

 Alhamdulillah setelah 22 tahun berlalu..barulah akhbar kosmo melaporkan perihal BAHAYA menggunakan minyak masak yang berulang ini.

=======

Elak guna minyak masak berulang kali

ADA peniaga mahu berjimat menggunakan minyak masak berulang kali tanpa mempedulikan kesan sampingan kepada pelanggan. -Gambar hiasan


SERDANG – Tindakan segelintir peniaga mahu berjimat dengan menggunakan minyak masak yang sama berulang kali diibaratkan pembunuh senyap kepada pembeli.

Pengarah Pusat Pengembangan Keusahawanan dan Pemajuan Profesional, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Nordin Abdul Rahman berkata, penggunaan minyak terpakai menyebabkan peningkatan kadar lemak tepu yang berbahaya kepada kesihatan.

Menurutnya, kecenderungan peniaga menggunakan semula minyak terpakai itu dikesan apabila beberapa orang penyelidik UPM yang sedang melakukan kajian biodiesel mendapati bahan itu begitu sukar ditemui.

“Penyelidik kami tidak dapat bekalan minyak masak tersebut kerana mendapati peniaga tidak akan membuangnya selepas digunakan, malah ia dicampur dengan minyak masak baharu.

“Minyak yang diguna semula menyebabkan peningkatan kolesterol serta serangan penyakit jantung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran dan Pembangunan Halal Negeri Selangor 2012 di sini semalam.

No comments: