Seoul: Beberapa hari selepas Apple Inc melancarkan iPhone 5, sudah 
tersebar maklumat Samsung Electronics akan melancarkan varian terbaru 
Samsung Galaxy S4 pada Februari 2013 di Kongres Mudah Alih Dunia di 
Barcelona, Sepanyol. 
Mengikut satu laporan Korea Times, varian terbaru S4 yang disasar meneruskan legasi super popular Galaxy SIII akan ditampilkan dengan skrin 5-inci, besar sedikit daripada 4.8-inci pada SIII.
Mengikut satu laporan Korea Times, varian terbaru S4 yang disasar meneruskan legasi super popular Galaxy SIII akan ditampilkan dengan skrin 5-inci, besar sedikit daripada 4.8-inci pada SIII.
      
Seperti dijangka dalam ebuah telefon pintar generasi terbaru, peranti itu akan dipadankan 
dengan perkakasan dan perisian terbaik yang boleh ditawarkan Samsung.
      
Tampilkan perubahan
Akhbar itu yang memetik seorang pegawai Samsung berkata, sebahagian besar daripada perubahan yang akan ditampilkan nanti akan berada di dalam peranti, bukannya bahagian luaran.
“S4 akan menyaksikan sedikit perubahan luaran tetapi mengekalkan rekaan empat segi sama dengan konsep separa bulat di bucu,” kata pegawai itu.
Telefon pintar terbaru itu dijangka mengekalkan pelbagai ciri istimewa pada Galaxy SIII termasuk sokongan untuk menggunakan rangkaian LTE (4G) dan penggunaan pemproses keluaran Samsung Exynos dan Snapdragon dari Qualcomm, bergantung kepada negara di mana peranti itu dijual.
AGENSI
 
No comments:
Post a Comment