Ahlan Wasahlan...

Jawatan Kosong Untuk Gadis Bawah 27 Tahun

Minuman Kesihatan dan Kekuatan

Minuman Kesihatan dan Kekuatan
Belum Cuba ..Belum Tahu... Cuba dulu baru tahu..

Nikah Mutaah Haram Di Sisi Islam

Saya petik dari blog Ibn Najib.

A. Definisi Mutaah
Al Mut’ah berasal dari kata Mata’a. Yamta’u dan Mut’ata (مَتَعَ – يَمْتَعُ - مُتْعَةَ) ertinya “membawa suatu barang”. Mut’ah boleh juga diertikan barang yang menyenangkan, di ambil dari kata istimtha’ iaitu bersenang-senang. Atau ia juga bererti
متعينى بنفسك , أو اتمتع بك , أو متعتك بنفسى
Kesedapan diri sendiri, atau menikmatimu, atau benda yang dipergunakan dengan senang hati. (Abdur Rahman Al Jaziry, Kitab al Fiqhu ‘Ala Madzahib Al Arba’ah, Darl Fikr, Beirut, 1969, ha. 90)

Dalam kamus lisan al Arab Manzur mengatakan, mut’ah adalah bersenang-senang dengan perempuan, tapi kamu tidak mengingininya kekal bersamamu. Al Azhari berpendapat al-muta’ (اَلْمَتَّعُ) adalah setiap apa yang bermanfaat.(Muhammad Fuad Syakir, Zawajun Batil : Al Misyar, al Urfi, as Sirri, al Mut’ah,)

Adapun pengertian nikah mut’ah (menurut istilah) adalah hubungan suami isteri sementara yang diadakan melalui akad tertentu yang disebutkan di dalamnya masa (batas perkahwinan) dan mahar di samping pokok perkahwinan itu sendiri. Dalam hukum perkahwinan istilah mut’ah ini lazim digunakan untuk benda dalam perkahwinan berupa nafkah dan lain-lain serta lazim juga dipakai untuk istilah “kenikmatan hubungan seks”. Yang terakhir ini diambil dari firman Allah :
فَمَا اسْتَمْتَعْتُم بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً
Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah) (Surah An-Nisa: 24)
Nikah Mut'ah di tepi jalan

Nikah mut’ah merupakan perkahwinan yang bersifat sementara kerana adanya semacam kontrak untuk suatu tempoh tertentu sebagai balasan bagi suatu imbalan jasa atau “Ajr” dan jika berlalu masa yang dijanjikan itu, baik sehari, seminggu atau sebulan, maka tercerailah hubungan kahwin antara keduanya. Oleh sebab itu nikah ini juga dinamai dengan nikah terputus, dan disebut mut’ah kerana dengan perkahwinan tersebut laki-laki dapat menikmatinya sepuas-puasnya sampai tempoh yang telah disebutkan dalam akad.

Senada dengan ini hakikat nikah mut’ah digambarkan dalam praktik bangsa Arab yang dahulunya telah melaksanakan kontrak untuk suatu perkahwinan sementara yang disebut dengan istilah itu. Ini dapat dilihat pada:

“Bila mana seseorang datang ke suatu desa dan dia tidak mempunyai kenalan di sana (untuk menjaga rumahnya), dia akan mengahwini seorang wanita untuk selama waktu dia tinggal di sana, sehingga wanita tersebut akan menjadi isterinya dan menjaga rumah suaminya”. Hal ini terus berlaku sampai turun wahyu :
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela (Surah Al-Mukminun: 5-6)

Di sini Ibnu Abbas dilaporkan telah mengatakan, semua cara-cara lain kecuali yang dua ini tidak dibolehkan.(Ibnu Al Humam, Kamaluddin, Fathul Qadir, Jilid 3, hal. 151)

Dari beberapa pengertian yang ditinjau dari aspek bahasa dan istilah tersebut, nikah (kahwin) mut’ah merupakan suatu jenis perkahwinan yang di dalam akadnya disyaratkan menyebut batas waktu sesuai kesepakatan mereka yang berijab kabul. Perceraian secara automatik terjadi dan berlaku manakala masa yang dijanjikan dalam akad tersebut telah habis.

Yang demikian menunjukkan bahawa nikah mut’ah ini memang ditandai dengan keharusan melafazkan batas atau lamanya waktu yang mengikat mereka dalam akad pernikahan. Fukaha Malik, Syafi’i, dan Hanbali sepakat menyatakan bahawa nikah ini tidak ada bedanya dengan “Nikah Muqqat”. Masyhur di kalangan fuqaha Hanafi bahawa nikah mut’ah ini mensyaratkan lafaz tersebut.

B. Hukum dan Pendapat Fuqaha Tentang Nikah Mut'ah
Para fuqaha seperti tokoh terkemuka imam madzhab sepakat bahawa nikah mut’ah itu batil dan haram hukumnya, kerana Rasulullah s.a.w. telah melarangnya meski (pernah) membolehkannya dengan sebab situasi dan kondisi tertentu pada saat itu. Ketika Rasul membolehkannya itu pun, nikah semacam ini diikat oleh sejumlah syarat sebagai mana di dalam Kitab Zawajun Batil karya Muhammad Fuad Syakir bab Al Misyar, al Urfi, as Sirri, al Mut’ah seperti :

a. Dibolehkan bagi musafir yang benar-benar memerlukan.

b. Harus dengan kehadiran wali perempuan dan dua orang saksi.

c. Mahar harus dengan kesepakatan bersama.

d. Ketika masanya habis, perempuan tersebut harus menunggu idah hingga ada kejelasan apakah dia hamil atau tidak.

e. Nasab anak ditetapkan pada suami.

Secara sejarahnya dibolehkannya nikah mut’ah oleh Rasul ini kerana umat Islam waktu itu berada dalam masa transisi, iaitu peralihan dari masa Jahiliah menuju Islam. Sebagaimana diketahui bersama praktik perzinaan di masa jahiliah begitu membudaya, sementara Islam datang dari Rasul menyeru ummat Islam untuk berperang, maka (keadaan) jauhnya dari isteri-isteri mereka tentu saja merupakan suatu penderitaan tersendiri.

Kebolehan ini berlangsung hingga datangnya ayat atau hadis Nabi sebagai nasakh (النسخ) atas praktik tersebut dan larangan ini kemudian berlaku bertepatan dengan waktu-waktu seperti pada saat perang Khaibar, penaklukan kota Mekkah, perang tabuk dan haji wada’ sampai hari Kiamat. Nasakh bermaksud menukar satu hukum dengan hukum yang lain atau menghapuskannya dengan tiada ganti apabila kita dapati dua dalil berlawanan, maka diambil yang paling lewat diturunkan bagi ayat al-Quran dan yang paling sahih bagi al-hadis.

Imam Malik sebagaimana tersebut dalam kitabnya :
حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِك عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ وَالْحَسَنِ ابْنَيْ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ عَنْ أَبِيهِمَا عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ مُتْعَةِ النِّسَاءِ يَوْمَ خَيْبَرَ وَعَنْ أَكْلِ لُحُومِ الْحُمُرِ الْإِنْسِيَّةِ
Telah menceritakan kepadaku Yahya dari Malik dari Ibnu Syihab dari Abdullah dan Hasan keduanya adalah anak Muhammad bin Ali bin Abu Thalib, dari Bapanya dari Ali bin Abu Thalib berkata, "Pada perang Khaibar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang nikah mut'ah makan daging keldai jinak. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim , Imam Tirmidzi dan sekalian jumhur Imam Hadis meriwayatkannya)

Di dalam hadis riwayat Tirmidzi, Imam Tirmidzi mengulas:
وَفِي الْبَاب عَنْ سَبْرَةَ الْجُهَنِيِّ وَأَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ عَلِيٍّ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَغَيْرِهِمْ وَإِنَّمَا رُوِيَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ شَيْءٌ مِنْ الرُّخْصَةِ فِي الْمُتْعَةِ ثُمَّ رَجَعَ عَنْ قَوْلِهِ حَيْثُ أُخْبِرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَمْرُ أَكْثَرِ أَهْلِ الْعِلْمِ عَلَى تَحْرِيمِ الْمُتْعَةِ وَهُوَ قَوْلُ الثَّوْرِيِّ وَابْنِ الْمُبَارَكِ وَالشَّافِعِيِّ وَأَحْمَدَ وَإِسْحَقَ
"Hadits Ali merupakan hadits hasan sahih. Kebanyakan ulama dari kalangan sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan yang lainnya mengamalkan hadits ini. Diriwayatkan juga dari Ibnu Abbas hadits yang memberi keringanan masalah nikah mut'ah, namun dia mencabut pendapatnya setelah diberi kabar dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Kebanyakan kalangan ulama berpendapat pengharaman nikah mut'ah. Ini juga merupakan pendapat Ats Tsauri, Ibnu Mubarak, Syafi'i, Ahmad dan Ishaq." (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Hudud Bagi Yang Bernikah Mut'ah
Nikah mut’ah diharamkan pada saat fathu makkah tahun 8 Hijriyah. Ini adalah pengesahan Imam Ibnul Qoyyim dalam zadul Ma’ad 3/495, Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam fathul bari 9/170, Syaikh Al- Albani dalam irwaul Ghalil 6/314.

Secara berurutan dapat dilihat pada Imam Malik bin Anas, Darl Jiil, Beirut, hal. 481; Imam Abi Abdillah Muhammad bin Idris Al Syafi’iy, Al Umm, Juz kelapan, Darl Fikr, hal. 276-277, Imam Syafi’i dalam kitabnya menyebutkan :
اخبرنا مالك عن ابن شهاب عن عبدالله والحسن ابنى محمد بن علي عن ابيهما عن على رضى الله عنه أن النبى صلعم هى يوم خيبر عن نكاح المتعة وأكل لحوم الحمر الأهلية. وإن كان حديث عبد العزيزين عمر عن الربيع بن سبرة ثابتا فهو مبين أن النبى صلى الله
{عليه وسلم احل نكاح المتعة ثم قال { هي حرام إلى يوم القيامة
Dikhabarkan kepada kami dari Malik dari Ibnu Syihab dari Abdullah dan Hasan keduanya adalah anak Muhammad bin Ali bin Abu Thalib, dari Bapanya dari Ali bin Abu Thalib berkata, "Pada perang Khaibar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang nikah mut'ah makan daging keldai jinak. Di dalam hadis Abdul ‘Azizain dari Rabi’ bin Sabrah Tsabit menjelaskan sesungguhnya Nabi Shallahu alaihi wasallam menghalalkan nikah mut’ah (semasa perang Khaibar) kemudian baginda bersabda “ia diharamkan sehingga hari kiamat.”

Kesepakatan dari ulama terkemuka atas haramnya model pernikahan ini, didasari oleh beberapa hal berikut :
a. Mut’ah ini tidak boleh dihubungkan dengan hukum-hukum yang ada dalam Al-Quran tentang pernikahan, seperti talak, idah termasuk masalah kewarisan. Sehingga tidak sah pernikahan dimaksudkan sebagaimana halnya jenis-jenis perkahwinan lain yang batil.

b. Terdapatnya sejumlah hadis yang secara tegas mengharamkannya.

c. Umar dalam khutbah yang disampaikan pada masa kekhalifahannya telah melarang nikah mut’ah ini dan para sahabat lainnya tidak ada yang menentangnya. Imam Malik meriwayatkan hadis:
و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ أَنَّ خَوْلَةَ بِنْتَ حَكِيمٍ دَخَلَتْ عَلَى عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فَقَالَتْ إِنَّ رَبِيعَةَ بْنَ أُمَيَّةَ اسْتَمْتَعَ بِامْرَأَةٍ فَحَمَلَتْ مِنْهُ فَخَرَجَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ فَزِعًا يَجُرُّ رِدَاءَهُ فَقَالَ هَذِهِ الْمُتْعَةُ وَلَوْ كُنْتُ تَقَدَّمْتُ فِيهَا لَرَجَمْتُ
Telah menceritakan kepadaku dari Malik dari Ibnu Syihab dari Urwah bin Zubair bahwa Khaulah binti Hakim menemui Umar bin Khattab dan berkata; "Rabi'ah bin Umayyah telah menikah secara mut'ah dengan seorang wanita, lalu wanita itu hamil! " Umar bin Khattab kemudian keluar dengan membawa selendangnya, lalu ia berkata, 'Ini adalah Nikah mut'ah, sekiranya aku mendapatinya, maka akan aku rajam."          (Hadis Riwayat Malik secara automatik pegangan mazhab Maliki. Turut dikeluarkan di dalam Kitab al-Istidzkar al-Jami` li Mazhab Fuqaha al-Amsar bagi mazhab asyairah dan Kitab Al-Umm Imam Syafii bagi mazhab syafii)

d. Pernyataan Al Khithaby yang menyatakan bahawa pengharaman ini didasarkan atas ijmak kecuali oleh sebahagian ulama Syi’ah. Mereka menjadikan Ali bin Abi Thalib tempat bersandar atas segala perkara yang diperselisihkan, justeru meriwayatkan bahawa keabsahan nikah tersebut telah mansuh. Begitu juga halnya dengan Al Baihaqy yang telah menukilkan berita dari Ja’far bin Muhammad ketika beliau ditanya tentang nikah mut’ah ini. Oleh beliau dinyatakan bahawa yang demikian “nikah tersebut merupakan zina”.

e. Tujuan nikah ini semata-mata melampiaskan syahwat, tidak ada tujuan untuk menurunkan atau mempertahankan generasi, padahal yang demikian merupakan tujuan asasi dari sebuah pernikahan. Atas dasar ini mut’ah tersebut persis dengan zina. Selain itu ia membahayakan kaum dipindah-pindahkan dari satu ke lain tangan. Tidak hanya itu saja, masa depan anak pun menjadi terancam ketika terjadi kehamilan, sebab mereka tidak akan mendapatkan bimbingan dan perlindungan rumah tangga yang kukuh yang akan mendidik dan mendampingi pembesaran mereka. (Fiqih Sunah Sayid Sabiq)

Larangan Mut’ah
Haram dan batilnya pernikahan mut’ah sebagaimana pendapat jumhur ulama, selain disebabkan oleh alasan-alasan tersebut, mereka juga mengemukakan beberapa riwayat yang menerangkan tentang pelarangan nikah mut’ah (setelah pernah dibolehkan) ini, di antaranya ialah:

a. Pada saat Perang Khaibar (7 H/628 M)
حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِك عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ وَالْحَسَنِ ابْنَيْ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ عَنْ أَبِيهِمَا عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ مُتْعَةِ النِّسَاءِ يَوْمَ خَيْبَرَ وَعَنْ أَكْلِ لُحُومِ الْحُمُرِ الْإِنْسِيَّةِ
Telah menceritakan kepadaku Yahya dari Malik dari Ibnu Syihab dari Abdullah dan Hasan keduanya adalah anak Muhammad bin Ali bin Abu Thalib, dari Bapanya dari Ali bin Abu Thalib berkata, "Pada perang Khaibar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang nikah mut'ah makan daging keldai jinak. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim , Imam Tirmidzi dan sekalian jumhur Imam Hadis meriwayatkannya)

b. Pada tahun Al Fath (Penaklukan Kota Mekkah tahun 8 H)
حَدَّثَنَا أَبُو كَامِلٍ فُضَيْلُ بْنُ حُسَيْنٍ الْجَحْدَرِيُّ حَدَّثَنَا بِشْرٌ يَعْنِي ابْنَ مُفَضَّلٍ حَدَّثَنَا عُمَارَةُ بْنُ غَزِيَّةَ عَنْ الرَّبِيعِ بْنِ سَبْرَةَ أَنَّ أَبَاهُ غَزَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتْحَ مَكَّةَ قَالَ فَأَقَمْنَا بِهَا خَمْسَ عَشْرَةَ ثَلَاثِينَ بَيْنَ لَيْلَةٍ وَيَوْمٍ فَأَذِنَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مُتْعَةِ النِّسَاءِ فَخَرَجْتُ أَنَا وَرَجُلٌ مِنْ قَوْمِي وَلِي عَلَيْهِ فَضْلٌ فِي الْجَمَالِ وَهُوَ قَرِيبٌ مِنْ الدَّمَامَةِ مَعَ كُلِّ وَاحِدٍ مِنَّا بُرْدٌ فَبُرْدِي خَلَقٌ وَأَمَّا بُرْدُ ابْنِ عَمِّي فَبُرْدٌ جَدِيدٌ غَضٌّ حَتَّى إِذَا كُنَّا بِأَسْفَلِ مَكَّةَ أَوْ بِأَعْلَاهَا فَتَلَقَّتْنَا فَتَاةٌ مِثْلُ الْبَكْرَةِ الْعَنَطْنَطَةِ فَقُلْنَا هَلْ لَكِ أَنْ يَسْتَمْتِعَ مِنْكِ أَحَدُنَا قَالَتْ وَمَاذَا تَبْذُلَانِ فَنَشَرَ كُلُّ وَاحِدٍ مِنَّا بُرْدَهُ فَجَعَلَتْ تَنْظُرُ إِلَى الرَّجُلَيْنِ وَيَرَاهَا صَاحِبِي تَنْظُرُ إِلَى عِطْفِهَا فَقَالَ إِنَّ بُرْدَ هَذَا خَلَقٌ وَبُرْدِي جَدِيدٌ غَضٌّ فَتَقُولُ بُرْدُ هَذَا لَا بَأْسَ بِهِ ثَلَاثَ مِرَارٍ أَوْ مَرَّتَيْنِ ثُمَّ اسْتَمْتَعْتُ مِنْهَا فَلَمْ أَخْرُجْ حَتَّى حَرَّمَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ و حَدَّثَنِي أَحْمَدُ بْنُ سَعِيدِ بْنِ صَخْرٍ الدَّارِمِيُّ حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ حَدَّثَنَا عُمَارَةُ بْنُ غَزِيَّةَ حَدَّثَنِي الرَّبِيعُ بْنُ سَبْرَةَ الْجُهَنِيُّ عَنْ أَبِيهِ قَالَ خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْفَتْحِ إِلَى مَكَّةَ فَذَكَرَ بِمِثْلِ حَدِيثِ بِشْرٍ وَزَادَ قَالَتْ وَهَلْ يَصْلُحُ ذَاكَ وَفِيهِ قَالَ إِنَّ بُرْدَ هَذَا خَلَقٌ مَحٌّ
Telah menceritakan kepada kami Abu Kamil Fudlail bin Husain Al Jahdari telah menceritakan kepada kami Bisyr yaitu Ibnu Mufadldlal telah menceritakan kepada kami Umarah bin Ghaziyyah dari Ar Rabi' bin Sabrah bahwa ayahnya pernah ikut perang Fathu Makkah bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dia berkata; Kami tinggal di Makkah selama lima belas hari dan malam, lantas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberikan izin kepada kami melakukan nikah mut'ah. Lalu saya bersama seorang dari kaumku pergi mencari seorang wanita untuk kami nikahi secara mut'ah, saya lebih tampan dari saudaraku yang memang dia agak jijik daripadaku. Masing-masing dari kami membawa kain baju (untuk mas kahwin); tetapi baju telah usang, sedangkan baju sepupuku masih baru dan halus. Sesampainya kami di bawah kota Makkah atau di atasnya, kami bertemu seorang wanita muda yang cantik dan berleher panjang. Lantas kami bertanya kepadanya; "Mahukah kamu menerima salah satu dari kami untuk kahwin mut'ah denganmu?" Dia menjawab; "Apa ganti (maskahwin) yang akan kalian berikan?" Lalu masing-masing dari kami memperlihatkan baju yang telah kami siapkan sebelumnya, sementara itu, wanita tersebut sedang memperhatikan kami berdua, saudara sepupuku melihat kepadanya sambil berkata; "Sesungguhnya baju yang ini sudah usang, sedangkan bajuku masih bagus dan halus." Wanita tersebut berkata; "Baju usang ini juga tak masalah." Dia mengatakannya sampai tiga kali atau dua kali. Kemudian saya nikah mut'ah dengannya. Saya tidak keluar dari (Makkah) sehingga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengharamkannya (untuk selamanya)." Dan telah menceritakan kepadaku Ahmad bin Sa'id bin Shakhr Ad Darimi telah menceritakan kepada kami Abu An Nu'man telah menceritakan kepada kami Wuhaib telah menceritakan kepada kami 'Umarah bin Ghaziyyah telah menceritakan kepadaku Ar Rabi' bin Sabrah Al Juhani dari Ayahnya dia berkata; Kami pernah keluar bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pada hari penaklukan kota Makkah menuju Makkah, kemudian dia menyebutkan seperti haditsnya Bisyr dengan menambahkan; Gadis itu berkata; "Apakah hal itu bolah?" dan ada juga tambahan (kata sepupu Sabrah); "Sesungguhnya kain burdah yang ini sudah usang." (Sahih Muslim Bi Syarh Al Nawawi, Juz ke 9, hal. 185)

c. Pada tahun Authas (Masa Perang Hunain dan Thaif tahun 8 H)
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ حَدَّثَنَا أَبُو عُمَيْسٍ عَنْ إِيَاسِ بْنِ سَلَمَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ رَخَّصَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ أَوْطَاسٍ فِي الْمُتْعَةِ ثَلَاثًا ثُمَّ نَهَى عَنْهَا
Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Yunus bin Muhammad telah menceritakan kepada kami Abdul Wahid bin Ziyad telah menceritakan kepada kami Abu Umais dari Iyas bin Salamah dari bapaknya ia berkata; "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membolehkan nikah mut'ah pada tahun Authas (tahun penaklukan kota Makkah) selama tiga hari. Kemudian beliau melarangnya."         (Sahih Muslim Bi Syarh Al Nawawi, Juz ke 9, hal. 184)

d. Pada Perang Tabuk (9 H/630 M)
عن جابر رضى الله عنه قال : خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى غزوة تبوك حتى إذا كنا عند العقبة مما يلي الشام جاءت نسوة قد كنا تمتعنا بهن يطفن برحالنا ، فجاء رسول الله صلى الله عليه وسلم فذكرنا ذلك له ، قال فغضب وقام خطيبا فحمد الله وأثنى عليه ونهى عن المتعة ، فتوادعنا يومئذ فسميت ثنية الوداع
Dari Jabir Radiallahuanhu berkata: “Kami keluar dengan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ke peperangan Tabuk, semasa kami berada di Aqabah menuju ke Syam, datang kepada kami wanita lalu kami berseronok menari dengannya di tempat kami, datang Rasulullah shallallahu alaihi wasallam lalu mengingatkan kami, katanya, beliau menjadi berang dan berdiri seraya berkhutbah, lalu beliau memuji Allah dan menyanjung-Nya dan menegah kami dari mut’ah. Mulai hari itu, tempat itu dikenali Tsaniyatul Wada” (Ibnu Hajar Al Asqalany, Fath al Bari, Jilid IX, hal. 169)

e. Pada tahun Haji Wada’ (tahun 11 H/632 M)
حدثنا مسسدد بن مسرهد أخبرنا عبد الوارث عن إسماعيل ابن أمية عن الزهرى قال : {كنا عند عمر بن عبد العزيز فتذاكرنا متعت النساء, فقال رجل يقال له ربيع بن سبرة : أشهد على أبى أنه حدث أن رسول الله صلى الله عليه وسلم هى فى حجة الوداع
Dikhabarkan kepada kami Musadad bin Masrahad, dikhabarkan kami Abul Warits dari ismail bin Umayyah dari Az-Zuhri berkata:  “Ketika kami berada di sisi Umar bin Abdul Aziz, dia mengingatkan kami akan keseronokan dengan wanita, berkata seorang lelaki yang dipanggil Rabi; bin Subrah: Aku bersumpah atas nama bapaku, sesungguhnya ia pernah berlaku di dalam haji wada’. (Abi Al Thayyib Muhammad Syamsu Al Haqq Al ‘Adziem Abady, ‘Aun Al Ma’bud Syarh Sunan Abi Dawud, Darl Fikr, Juz keenam, hal 82).

Bersumber dari beberapa riwayat dimaksudkan, jelas bahawa para sahabat termasuk Ali bin Abi Thalib juga menyatakan tentang adanya larangan Nabi s.a.w terhadap nikah mut’ah ini. Ketidakbolehan nikah mut’ah yang mereka fahami melalui riwayat Sabrah Al Juhny di atas, tampaknya terjadi sedikit perbezaan pendapat dalam penentuan masa berlakunya. Oleh jumhur dinyatakan bahawa kebolehannya hanya terbatas pada waktu perang Futuhu Makkah saja, sesudah itu Nabi-pun
melarang untuk selama-lamanya dan syariatnya sudah mansuh.

C. Bagaimana Nikah Mut’ah
Golongan agama Syiah yang membolehkan secara mutlak dan yang jumhur ulama yang mengharamkan sama-sama berdalil pada keumuman nas Al-Quran ayat 24 surat An Nisa di atas, kalimat فما استمتعتم (apa yang kami nikmati) bagi mereka yang berpendapat haramnya nikah mut’ah mentafsirkan “pernikahan dengan keharusan membayar mahar”, sedangkan golongan yang beranggapan halal (boleh), istimtha’ diertikan dengan “nikah sementara untuk menikmati hubungan lelaki dan wanita untuk waktu tertentu yang harus dibayar maharnya”.

Atas dasar ini, terhadap dua versi pendapat tentang hukum nikah mut’ah, yakni haram dan halal. Halalnya nikah mut’ah secara mutlak sebagaimana pendapat golongan agama Syi’ah tanpa adanya nasakh tersebut secara automatik menjadikan praktik ini tetap ada dan dilakukan di tempat-tempat yang komunitinya yang beraliran Syi’ah dan Imam Mahdinya, Khomeininya dan Ayatus Syaithonnya sudah tentu bernikah Mut’ah. Namun demikian, golongan Syi’ah Imamiyah membuat sejumlah persyaratan bagi kebolehan praktik ini, dan untuk lebih jelasnya bagaimana pernikahan mut’ah menurut Syi’ah ini, dapat dilihat pada huraian berikut:
Menurut agama Syi’ah, perempuan yang boleh dinikahi secara mut’ah ini haruslah perempuan yang Muslim atau wanita (kitabiyah) Yahudi dan Nasrani atau boleh juga perempuan Majusi. Syarat akad nikahnya hanya dengan dua perkara yakni ijab dan kabul dengan model kalimat : نكحتك saya nikahi engkau تزوجتك saya kahwini engkau dan متعتك saya kahwin mut’ah engkau.

Waktu lamanya mut’ah merupakan syarat dalam pernikahan ini, bagi mereka yang melakukannya harus membatasi lamanya pernikahan, dan ini diserahkan kepada dua belah pihak yang berakad, baik panjang ataupun pendek, walaupun hanya setengah hari. Selain itu harus ada mahar yang disepakati
keduanya dengan dasar saling redha, meski hanya dengan segenggam gandum.

Akad nikah yang dilafazkan, kadang-kadang mencakup seluruh syarat yang ada, contohnya :
أتزوجك متعة على كتاب الله وسنة نبيه نكاحا غير سفاح لاترثنى ولا أرثك كذا يوما بكذا اجرا وعليك المدة
Perkahwinan ini tidak menggunakan saksi dan i’lan, kerana kesaksian pada dasarnya hanya untuk menentukan kewarisan. Meski laki-lakinya mensyaratkan bahawa perempuan mendapatkan warisan darinya, ia tidak akan mendapatkannya, kerana dalam pernikahan ini tidak ada pewarisan antara mereka (menjadi syarat).

Masa idah perempuan yang di mut’ah adalah dua kali haid bagi yang sudah atau masih haid dan 45 hari bagi yang belum atau haidnya telah berhenti. Jika suami yang memut’ah meninggal, maka idahnya 4 bulan 10 hari.

Perempuan yang telah akil baligh, berhak memut’ahkan dirinya, walinya sendiri tidak berhak untuk memaksa, baik perempuan tersebut perawan atau janda, dan bagi suami tidak ada kewajiban memberi nafkah terhadap isteri yang dimut’ahnya.

Jika terjadi kehamilan, maka anak dinasabkan kepada bapanya, dan apabila suami tersebut menolak (tidak mengakui), ia tidak boleh memakai cara li’an yakni empat kali sumpah persaksian yang disertai dengan kesaksian suami dalam tuduhan isteri telah berzina, sedangkan isteri dengan kesaksian menunjukkan kemarahan (menolak tuduhan), semua dilakukan suami untuk menolak nasab anak yang di kandung si isteri.

Nikah Mut'ah ibarat: "Jual barang murah-murah di tepi jalan"

Dalam nikah ini tidak ada ihshan (pengakuan sudah menikah) baik dari pihak suami ataupun isteri yang dimut’ah, sehingga jika salah satu atau keduanya berzina tidak dihukumkan dengan rejam. Hukuman mati dengan lemparan batu kecil, khusus dikenakan bagi penzina yang telah kahwin bukan perawan dan bujang.

Laki-laki boleh bermut’ah dengan banyak perempuan, bahkan dengan perempuan yang sedang dimut’ah orang lain. Agama Syi’ah membolehkan laki-laki nikah mut’ah dengan wanita pelacur (jalang) dengan alasan bahawa ia boleh melakukan ihshan (pengakuan sudah menikah) atas perempuan tersebut, dan tidak menanggung dosa wanita itu sedikitpun.

Alasan Agama Syiah Nikah Mut’ah
Adapun yang menjadi dasar (alasan) kebolehan nikah mut’ah menurut agama Syi’ah ini adalah :
a. Sebahagian hadis yang diriwayatkan dalam kitab-kitab mereka misalnya : Adapun yang menjadi dasar (alasan) kebolehan nikah mut’ah menurut agama Syi’ah ini adalah :
لما اسرى بالنبى صلى الله عليه وسلم الى السماء قال : لحقنى جبريل فقال : يا محمد إن الله يقول : إنى غفرت للمستمتعين من النساء من امتك
Kebolehan mut’ah menurut mereka didasarkan pada ijma’ yang mutlak (qath’i), sementara pendapat kebalikan hanya didasarkan pada hal yang bersifat spekulatif. Zhon (persangkaan) tidak boleh dihapus oleh sesuatu yang qath’i. Mereka bahkan menganggap yang demikian itu sebagai amal yang dapat mendekatkan diri kepada Allah. Pelarangan itu hanya disebabkan oleh paksaannya Umar bin Khaththab.

b. Menurut mereka Nabi Muhammad s.a.w pernah melakukan mut’ah berdasarkan firman Allah :
وَإِذْ أَسَرَّ النَّبِيُّ إِلَى بَعْضِ أَزْوَاجِهِ حَدِيثاً
dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya. kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia Yang tersebut (kepada seorang madunya) (Surah at-Tahrim: 3)

c. Pakar agama Syi’ah kontemporari berpendapat bahawa mut’ah boleh menanggulangi permasalahan seksual generasi muda. Di samping sebagai benteng akhlak, penjaga diri, kehormatan dan menyelamatkan diri dari dosa, apalagi bagi anak-anak muda yang sering musafir jauh untuk menuntut ilmu atau kepentingan perniagaan.

d. Kitab-kitab agama Syi’ah mencatat riwayat yang sahih tentang pelarangan Nabi s.a.w terhadap nikah mut’ah seperti pada perang Khaibar yang sanadnya dari Zain bin Zainal Abidin dari bapanya Ali bin Abi Thalib. Mereka tidak mengingkari riwayat ini terjadi kerana taqiyyah (menjaga keselamatan diri dari bahaya).

e. Meskipun agama Syi’ah mengakui bahawa Umar bin Khaththab telah melarang mut’ah di tengah-tengah para sahabat termasuk Ali bin Abi Thalib pada saat itu, namun kerana Umar membawa pedang di tangannya, maka Ali pun memilih diam saja (seperti tidak mengingkarinya). Di samping itu mereka juga beralasan bahawa Ibnu Abbas tidak menarik fatwanya, dalam erti yang tetap membolehkan mut’ah ini sampai akhir hayat beliau.

D. Analisis Perbandingan
Nikah mut’ah sebagaimana diketahui merupakan sebuah persoalan yang sudah menjadi perdebatan cukup lama di kalangan Islam, terutama antara Islam dan agama Syi’ah. Bagi kelompok Ahli sunah Wal Jemaah, mut’ah adalah sesuatu yang dilarang agama, meski pada periode tertentu ia pernah dibolehkan, namun kebolehan itu telah dinasakh. Sementara bagi aliran agama Syi’ah yang telah kafir itu, nikah mut’ah merupakan sesuatu yang dibolehkan dari dulu hingga sekarang, kerananya tidak ada masalah jika penganutnya melakukan praktik tersebut.

Perdebatan masalah fiqh di sekitar persoalan mut’ah yang sudah dimulai sejak belasan abad yang silam dengan dua versi pendapat ini sungguh relevan jika dianalisis dengan menggunakan pendekatan atau dalil tujuan sebuah pernikahan. Dalam pengertian bahawa ia tidak hanya diperbincangkan sekadar boleh tidaknya secara fiqhiyah saja, tapi hendaknya juga didiskusikan pada persoalan mampukah konsep pernikahan ini mengekalkan laki-laki dan perempuan pada tujuan (hakikat) berumah tangga.

Kalau diperiksa sebab-sebab dibolehkannya nikah mut’ah di masa-masa permulaan Islam itu ialah lantaran adanya semacam kekhuatiran terjadinya perzinaan dan perbuatan yang mencemarkan serta untuk menjaga kehormatan seseorang yang dalam masa transisinya tidak sanggup membendung hasrat seksual yang begitu membudaya, tetapi setelah berlaku dan dijalankan oleh beberapa orang sahabat Nabi, kemudian datang keterangan dari Allah yang melarang melakukan pernikahan itu, dengan segenap ketaatan mereka pun menjauhinya, dan larangan tersebut berlaku sampai hari kiamat sebagaimana hadis Nab :
ثم غدوت ورسول الله صلى الله عليه وسلم قائم بين الركن والباب وهو يقول : أيها الناس إنى قد كنت أذنت لكم فى الإستمتاع. ألاوان الله قد حرمها إلى يوم القيامة. فمن كان عنده منهن شيئ فليخل سبيلها. ولا تأخذوا مما اتيتمو هن شيئ
Kemudian telah sampai Rasulullah lalu berdiri di antara sudut pintu dan berkata, “Wahai manusia, sesungguhnya aku pernah mengizinkan kamu bermut’ah dengan wanita. Sesungguhnya Allah telah mengharamkan perbuatan itu sehingga hari kiamat. Sesiapa yang ada di sisinya wanita mut’ah, maka bebaskanlah ia dan jangan kami ambil sesuatu yang kamu berikan pada mereka. (Al Hafizh Abi Abdillah Muhammad bin Yazid Al Qazwiny, Sunan Ibnu Majah, Darl Fikr, tth, Kitab Nikah dengan nombor hadis 1962, bab 44, hal. 631. Hadis riwayat Ibn Majah fi sunanihi fi bab an-nahi `an nikah al-mut`ah. Jilid:1. Hal: 631 dan hadis riwayat al-Baihaqi fi al-s-Sunan al-Kubro fi bab nikah al-mut`ah. Jilid:7.Hal: 203.).

Berbagai sumber dan riwayat tentang pelarangan nikah ini, ditambah dengan pensyaratan dan ketentuan hukum yang menjadi karakter pernikahan sebagaimana konsep agama syi’ah seperti lafaz khusus dan ucapannya, tidak ada kewajiban nafkah, talak yang automatik, lamanya masa idah serta tidak ada
hubungan kewarisan antara pasangan yang bermut’ah, jelas menunjukkan bahawa praktik dimaksudkan secara hukum mutlak tidak boleh dibenarkan.

Kalaupun dalam tradisi ahli sunnah dikenal beberapa istilah seperti “Al-Ajr, Al-‘Ajl, Al-‘Aqd, Al-Iftiraq, Al-‘Idah, Al-Mirats termasuk bukti ayat 24 surah Al-Nisaa’ dan fatwa Ibnu Abbas yang dianggap kesahihan pernikahan jenis ini, namun yang demikian itu belum sepenuhnya boleh dijadikan alasan kalau jumhur ulama Islam juga mengakui pengharaman nikah mut’ah ini. Kerana yang demikian sesuai dengan petunjuk syari’at telah menggariskan ketentuan hukum dan pensyaratan yang tampaknya genting sekali dengan apa yang difahami dan diterapkan oleh agama Syi’ah laknatullah itu.

Sebab Mut’ah Dilarang
Terhadap beberapa alasan yang dikemukakan oleh puak agama Syi’ah sebagai dalil pembolehnya nikah mut’ah ini demikian juga sejumlah pendapat dan tanggapan yang dimunculkan para fuqaha di bawah ini dapat dijadikan bahan pertimbangan akan kesahihannya.

a. Ibnu Umar dan Abu Hurairah menyatakan bahawa mut’ah telah menghancurkan perkara talak, idah dan hak waris serta bagaimana mungkin orang yang melakukannya boleh terbebas dari persoalan muhshan yang semestinya dihukumkan hudud rejam. (Asy Syaukani, Nail Al Authar, Jilid III, Darl Turats, hal. 138.)

b. Pernyataaan Iman Syafi’i bahawa ijmak nikah mut’ah yang dilarang itu ialah setiap pernikahan yang memakai batas masa baik pendek atau panjang, seperti perkataan seorang laki pada perempuan “Saya menikahi engkau selama satu hari” atau “sebulan” atau “sampai saya pergi dari negeri ini”. (Abdur Rahman Al Jaziry, Kitab al Fiqhu ‘Ala Madzahib Al Arba’ah, Darl Fikr, Beirut, 1969, ha. 90)

c. Imam Al Khaththaby, Imam Nawawi menyatakan bahawa keharaman nikah ini merupakan ijma’ yang berlaku untuk selama-lamanya sampai hari kiamat, termasuk Abu Bakar Al Jaziri yang mengkategorikannya sebagai nikah fasid yakni tidak sah. (Fathul Muin, Menara Kudus, Jilid 3, hal. 19)

Atas dasar ini, Ahlus Sunnah wal Jama’ah telah sampai pada standard ijmak dalam mengharamkan nikah mut’ah ini setelah adanya kepastian larangannya yang terjadi di masa khalifah Umar bin Khaththab (13 H/644 M) yang langsung disuratkan beliau ketika menyampaikan khutbah dengan dihadiri oleh para sahabat termasuk Ali bin Abi Thalib. dan dikuatkan oleh Ibnu Rusyd Al Qurthubi dengan pernyataan bahawa nikah tersebut merupakan perkara yang haram dan menjadi ijmak fuqaha di setiap daerah.

Melalui riwayat ini, dapat diyakinkan bahawa Umar melarang nikah tersebut bukan kerana hasil ijtihad peribadi tapi didasarkan pada pelarangan yang datang dari Rasulullah sendiri, dan bukan sahabat seperti Umar hanya sekadar mencari-cari muka atau takut pada seseorang dalam menegakkan perintah Allah.

Al-Quran berdasarkan surat Al Ahzab ayat 49 telah menegaskan bahawa akad nikah (syari’at) tidak terputus kecuali dengan talak, sementara nikah mut’ah tidaklah demikian. Talak secara automatik terjadi kerana berlalunya masa atau habisnya waktu sesuai akad dalam ucapannya (sighat) tanpa adanya lafaz dan secara automatik telah memutuskan ikatan nikah antara kedua orang yang bermut’ah. Atas dasar ini nikah mut’ah merupakan akad yang batil. Begitu juga halnya dengan lafaz dalam ucapannya yang sama sekali tidak mengarah dan mengisyaratkan sesuai petunjuk syari’at. (Lihat Surat Al Mukminun ayat 1-7).

Dihubungkan dengan surat Al Ruum ayat 21, dalam nikah mut’ah tidak didapatkan rasa kasih sayang itu (mawaddah wa rahmah), kerana di dalamnya tidak diiringi dengan kalimat nikah yang berimplikasi pada akibat-akibat hukum yang ditimbulkan oleh pernikahan sebagaimana yang dikehendaki syari’at. Sebab isteri yang dimaksudkan adalah isteri yang dinikahi dengan menggunakan wali dan saksi, walimatul ‘Urus, terjadinya hubungan kewarisan dan talak suami dengan cara-cara yang baik ketika mereka mengakhiri sebuah pernikahan.

Dalam kapasiti ini perempuan mencuba berada di luar kawasan perdebatan, meski sesungguhnya boleh saja memihak pada salah satu pendapat di atas, namun jika dilihat dari perspektif keadilan jantina, perempuan dalam kondisi ini tampak terhina kemuliaannya. Betapa tidak, akibat hukum yang ditimbulkan dari pernikahan mut’ah jelas merugikan perempuan, kehormatannya menjadi hancur, harga dirinya rendah, kerana nyaris sama dengan “penyewaan perempuan, untuk dinikmati sesaat”. Perlakuan ini tidak mempedulikan perasaan dan kecenderungan-kecenderungan perempuan, mereka seakan-akan barang yang dapat dijual belikan dan dipindah tangankan sesuka hati.

Walaupun sebahagian pihak mengatakan sebaliknya; perempuan justeru diperdayakan kerana memiliki kebebasan untuk menentukan segala sesuatu sesuai kesepakatan, perempuan berhak menolak sesuai keinginannya, tapi persoalannya adalah, dalam konteks budaya patriarki (lelaki mempunyai kedudukan kuasa yang tinggi berbanding wanita) yang begitu kental, tidak semua perempuan dalam keadaan berdaya dan memiliki autonomi bebas untuk menentukan kehendaknya. Meski di satu sisi tidak boleh diingkari bahawa barangkali ada saja perempuan yang tidak merasakan ini sebagai sukar.

Sesuai dengan satu cirinya iaitu tidak menimbulkan kelayakan ihshan (pengakuan sudah menikah), nikah mut’ah sama dan cenderung membuat orang untuk berbuat maksiat dan gejala pelacuran, bohsia dan GRO di tengah-tengah masyarakat. Suami boleh melakukan zina dengan perempuan lain dengan tidak dihukum rejam, sementara syari’at dengan hadnya tersebut memandang suci sebuah pernikahan, sehingga menjauhkan seseorang yang telah terikat dengan akad nikah supaya menghindari dari maksiat. Begitu pula dengan bilangan isteri yang diakui syari’at, justeru bertolak belakang dengan ketentuan hukum nikah mut’ah ini iaitu memberikan kebebasan pada laki-laki untuk mengahwini berapa pun jumlah perempuan, termasuk mut’ah perempuan yang sudah dimut’ah orang lain. Kebolehan ini merupakan dalil konkrit tidak sah atau batalnya pernikahan tersebut sebagaimana pendapat jumhur termasuk dalam hal kebolehan mengahwini wanita penzina. Yang demikian merupakan pelanggaran nyata terhadap agama dan akidah, dan secara jelas ini termasuk dalam zina. (Lihat Surah an-Nur ayat 3).

Adapun tentang pernyataan puak agama Syi’ah yang mengatakan bahawa sesuatu yang masuk spekulatif tidak boleh dihapus oleh ijmak yang qath’i, dapat dibantahi dengan kenyataan telah datangnya larangan dari Nabi Muhammad melalui riwayat sahih yang kemudian menjadi ijmak ulama, kecuali yang mereka maksudkan itu ijmak yang terjadi sebelum adanya pelarangan, padahal ini sesuatu yang tidak mungkin. Dalil yang diajukan oleh kelompok ini dengan menunjuk dasar bahawa Nabi Muhammad melakukan mut’ah berdasarkan firman Allah seperti disebutkan terdahulu, tidak boleh dijadikan acuan dalam mentafsirkan ayat dimaksudkan, kerana ayat tersebut tidak menerangkan “kepada salah seorang yang dimut’ah beliau”, di samping tidak ada salah satu kitab hadis dan biografi yang mencatat satu nama dari perempuan yang dimut’ah Nabi. Itu ertinya kelompok ini telah membuat suatu kebohongan dengan melontarkan tuduhan palsu dan dusta besar yang sekali gus merupakan penghinaan dengan menisbahkannya baginda shallallahu alaihi wasallam.

قال الخطابي: إن سعيد بن جبير قال : قلت لابن عباس هل تدري ما صنعت ، وبِمَ أفتيت؟.. قد سارت بفتياك الركبان ، وقالت فيه الشعراء
قال : وما قالوا ؟
قد قلت للشيخ لما طال محبسه يا صاح هل لك في فتيا ابن عباس ؟
هل لك في رَخصة الأطراف آنسة تكون مثواك حتى رجعة الناس ؟
فقال ابن عباس :
إن لله وإنا إليه راجعون " ... والله ما بهذا أفتيت، ولا هذا أردت، ولا أحللت إلاّ مثل ما احل الله الميتة والدم ولحم الخنزير ، وما تحل إلا للمضطر ، وما هي إلا كالميتة والدم ولحم الخنزير

Berkata ibnu Abbas dengan mengucap kalimat istirja’ (Innallah wa inna ilaihi waaji’un) “demi Allah bukan itu yang telah aku fatwakan, dan bukan itu yang ku inginkan, aku tidak menghalalkannya kecuali seperti Allah menghalalkan bangkai darah dan daging babi. Ia tidak halal kecuali bagi yang sangat terpaksa (mudarat), dan kehalalan mut’ah hanyalah seperti kehalalan bangkai darah dan daging babi. (Fiqh Al Sunnah¸Darl Al Tsaqafah Al Islamiyyah karya Sayid Sabiq hal 28)

Dijelaskan lagi oleh Ibnu Qayyim halalnya nikah mut’ah seperti yang difatwakan Ibnu Abbas adalah untuk yang sangat terpaksa, mana kala orang-orang telah melewati batas-batas (tidak meletakkan pada kondisi tersebut), beliau pun menahan dan rujuk pada fatwanya. Berdalih dengan pendapatnya Ibnu Abbas ini memang secara sengaja mereka maksudkan sebagai penguat alasan, kerana selain beliau dikenal termasuk ahlul bait, beliau juga ahli dalam ilmu nasakh (النسخ) mansukh, tapi beliau justeru tidak menarik fatwanya ketika diingatkan oleh Ali bin Abi Thalib tentang pelarangan nikah mut’ah ini.

Terkait dengan ini, dalil pakar agama Syi’ah kontemporari yang menyatakan bahawa mut’ah menjadi benteng akhlak orang muda dari dosa dalam kaitannya terhadap permasalahan seksual, sepenuhnya belum boleh dijadikan alasan untuk itu. Kerana berbagai upaya dan penyelesaian boleh diterapkan untuk membendung hasrat demikian dengan tidak harus lari pada pernikahan semacam ini. Al-Quran sendiri memberi peluang untuk memenuhi hajat demikian dengan cara-cara yang dibenarkan syari’at, dalam ertian tidak mesti menjadikan nikah mut’ah sebagai penyelesaiannya yang secara jelas dilarang setelah adanya dalil yang bersifat nasakh (النسخ).

Atas dasar demikian penulis cenderung fatwanya Ibnu Abbas yang difahami memberi isyarat akan kebolehan nikah mut’ah “kerana terpaksa” dengan pertimbangan maslahat dan mudaratnya ini dapat dipastikan tidak boleh dijadikan pegangan dalam mengatasi persoalan di atas. Dengan menggunakan pendekatan pada kerangka makna dan tujuan sebuah perkahwinan, nikah mut’ah sebenarnya merupakan sebuah konsep pernikahan yang kurang memenuhi maksud dan tujuan dititahkannya pernikahan syari’at, Yakni pernikahan sepanjang hayat, yang disepakati oleh kaum Muslimin dan seluruhnya dengan pensyaratan yang kontradiksi dari perkahwinan sementara yang hanya disepakati oleh agama Syi’ah (Lihat Kitab Syi’ah wat Tashhih Ash Shira’ Bainasy Syi’ah wat Tasyayyu’ karya Musa Al Musawy, hal. 166-167) sebab jika ternyata timbul permasalahan, perempuan tidak memiliki kekuatan hukum untuk mendapat pertolongan dan perlindungan seperti halnya nafkah dan kewarisan.

secara ideal, pernikahan harus boleh melindungi kedua belah pihak yang terkait dalam akad. Dengan demikian barangkali layak dan pantas jika dikedepankan pernyataan bahawa mafsadat atau mudaratnya lebih banyak timbang maslahatnya. Sehingga nikah mut’ah ini merupakan bentuk pernikahan yang dilarang dan terlarang oleh Islam, dan adalah logik jika bertolak dari nikah yang fasid ini, ia berimplikasi hukum sebagaimana versinya agama Syi’ah.

Nikah mut’ah seperti yang difahami kelompok agama Syi’ah termasuk jenis pernikahan yang dilarang dan dihukumkan batil (haram) sebagaimana pendapat jumhur ulama Islam. Dua versi pendapat yang ada dalam konteks hukum nikah mut’ah dikemukakan oleh kelompok-kelompok yang mendasarkan pada beberapa dalil dan alasan yang memperkuatnya, dan dengan dalil yang sama ketika didiskusikan melahirkan perbezaan pendapat di kalangan mereka. Makna kebolehan nikah mut’ah ini di masa-masa permulaan Islam tidak sepenuhnya sama dengan apa yang dipraktikkan belakangan oleh kalangan yang membolehkannya. Perdebatan masalah fiqhiyah yang kemudian didekati dengan metode penggunaan mengesan makna dan tujuan sebuah perkahwinan, kebolehan nikah mut’ah belum boleh dihubungkaitkan dengan darurat atau keterpaksaan sebab masih ada penyelesaian yang dapat menyelesaikannya dengan tetap bersumber pada ketentuan syariat yang sah.

No comments: