Ais lautan Artik semakin mencair

IMEJ satelit yang dikeluarkan oleh 
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat 
(NASA) menunjukkan kecairan ais laut yang berlaku di kawasan Artik.  
NEW YORK - Sekumpulan pakar kelmarin memberi amaran kecemasan 
berikutan kesan global akibat kecairan ais di kawasan Artik yang tidak 
diramal boleh berlaku, termasuklah pelepasan gas metana dari kawasan 
permafrost yang ketika ini berada di bawah ais.
Universiti Columbia dan kumpulan aktivis alam sekitar Greenpeace 
mengadakan majlis berasingan bagi membincangkan data kerajaan Amerika 
Syarikat (AS) yang menunjukkan bahawa ais di lautan Artik telah menyusut
 kepada permukaan paling kecilnya sejak ia mula direkodkan pada tahun 
1979.
Menurut data daripada Pusat Data Salji dan Ais di Boulder, Colorado, 
imej-imej satelit menunjukkan litupan ais Artik cair kepada 3.4 juta 
kilometer persegi pada Ahad lalu yang merupakan titik ramalan terendah 
tahun ini.
"Di antara tahun 1979 dan 2012, kita mengalami penurunan ais laut 
sebanyak 13 peratus bagi setiap dekad, melonjak daripada kadar enam 
peratus di antara tahun 1979 hingga 2000," kata pakar oseanografi, 
Wieslaw Maslowski ketika berucap pada majlis Greenpeace.
"Jika trend ini berterusan kita akan kehilangan ais laut menjelang hujung dekad ini," Maslowski. - AFP
No comments:
Post a Comment