Minuman berkarbonat punca gemuk

GAMBAR fail menunjukkan minuman berkarbonat yang boleh didapati di pasaran. 
WASHINGTON - Tiga kajian terbaharu yang disiarkan di Amerika Syarikat
 (AS) pada minggu lalu mengesahkan terdapat kaitan antara minuman manis 
berkarbonat dan air buah-buahan yang mengandungi kandungan gula tinggi 
dengan penularan kegemukan atau obesiti dalam kalangan penduduk AS.
Menurut penulis satu kajian yang disiarkan jurnal New England Journal
 of Medicine di online, pengambilan minuman tersebut meningkat lebih dua
 kali ganda sejak tahun 1970-an.
Kajian itu menyatakan pada tempoh masa yang sama, kadar obesiti dalam kalangan penduduk dewasa AS meningkat 30 peratus.
Berdasarkan kajian pertama, minuman bergula didapati menjejaskan gen 
yang mengatur berat dan meningkatkan kecenderungan untuk berat badan 
seseorang bertambah.
Para penyelidik menggunakan 32 variasi gen yang diketahui akan 
memberi kesan terhadap berat badan bagi mewujudkan profil peserta yang 
menyertai kajian berkenaan.
Tabiat pemakanan para peserta itu juga dikenal pasti oleh penyelidik selain pengambilan minuman bergula dan amalan senaman.
Dua lagi kajian menunjukkan kumpulan kanak-kanak dan remaja yang 
diberikan minuman tanpa kalori seperti air mineral atau minuman tanpa 
banyak kandungan gula yang mengandungi gula tiruan didapati mengalami 
pertambahan berat badan yang sedikit
No comments:
Post a Comment