Pembuat telefon cari alternatif sistem Android
Berlin: Di sebalik pengumuman awam  dibuat bahawa mereka kekal dengan 
teknologi Android, beberapa pembuat telefon secara senyap  meneroka 
pilihan terhadap sistem operasi berkenaan yang terbabit dalam keputusan 
mahkamah berhubung pertikaian antara Samsung dan Apple, kata pemerhati 
industri.
     Minggu lalu, mahkamah Amerika Syarikat (AS) membuat keputusan 
bahawa peranti Samsung yang menggunakan sistem operasi Android melanggar
 paten Apple, yang menjadi tamparan utama kepada platform perisian mudah
 alih terkemuka itu kerana ia boleh membawa kepada pengharaman jualan 
dan yuran pelesenan yang tinggi.
      
“Keputusan itu tidak relevan dengan apa yang kami lakukan,” kata Ketua Pembangunan Perniagaan ZTE di Eropah, Chris Edwards.
Begitupun, tatkala pasaran mudah alih semakin matang dan lebih banyak kes berhubung paten dijangka berlaku, beberapa pembuat telefon mudah alih sedang mencari alternatif.
No comments:
Post a Comment