Ahlan Wasahlan...

Jawatan Kosong Untuk Gadis Bawah 27 Tahun

Minuman Kesihatan dan Kekuatan

Minuman Kesihatan dan Kekuatan
Belum Cuba ..Belum Tahu... Cuba dulu baru tahu..

HANTU TAKUT PADA PENAGIH DADAH DI HIGHLAND TOWERS

Kondo penagih

hmetro.com.my

SUNYI...wartawan melalui laluan kecil dipenuhi hutan di sekitar Highland Towers.
SUNYI...wartawan melalui laluan kecil dipenuhi hutan di sekitar Highland Towers. 
 
AMPANG JAYA: Kondominium mewah, Highland Towers di Hill View, Hulu Klang, di sini, yang dulunya dikaitkan dengan kawasan berhantu, keras dan menakutkan menjadi ‘syurga’ buat penagih dadah yang menggunakan kawasan berkenaan sebagai tempat melepaskan ketagihan.

Malah, kawasan terbabit juga dikatakan menjadi tempat tumpuan segelintir individu melakukan aktiviti pemujaan.

Mengimbas kembali kejadian pada 11 Disember 1993 itu, tragedi meragut nyawa 48 penghuni Blok 1 di kawasan berkenaan menjadikan kondominium mewah itu kian dilupakan dan terbiar serta dipenuhi hutan sehingga wartawan Metroplus dimaklumkan ia disalahgunakan pihak tertentu untuk penagihan dadah dan pemujaan.
   
    Foto
  • BUKTI...kesan unggun api menunjukkan ada individu
     berkunjung ke Highland Towers.


  • Foto KESAN...wartawan menunjukkan kesan unggun api yang ditemui di kawasan berkenaan.
Berdasarkan aduan itu, wartawan melakukan tinjauan di kawasan itu bagi memastikan kesahihan dakwaan berkenaan.

Hasilnya, sebaik menjejakkan kaki, wartawan mendapati kawasan dipenuhi hutan itu mempunyai laluan kecil. 

Malah, sebaik menyusuri laluan itu yang menghubungkan kawasan luar dengan kondominium mewah yang ditinggalkan, banyak kesan tapak kaki ditemui di bahagian bawah bangunan itu membuktikan dakwaan kawasan terbabit sering dikunjungi individu mahupun kumpulan tertentu.
Foto
Metroplus difahamkan, penagih menceroboh kawasan itu pada waktu malam.
Buktinya, terdapat penemuan puluhan kotak rokok, tin minuman keras, bekas minuman berserta kesan unggun api bersama kain dan getah di beberapa bahagian kondominium berkenaan.
Tinjauan juga mendapati, di tingkat bawah Blok 2 terdapat beberapa tiang diubah suai sebagai unggun api dan kerusi dipercayai menjadi ‘port’ mereka untuk mengambil dadah.
Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Razak, 50, berkata, kadang-kala ketika melalui kawasan terbabit dia sering ternampak beberapa individu tidak dikenali menceroboh masuk ke bangunan itu pada waktu malam.
Menurutnya, dia tidak menolak kemungkinan kawasan berkenaan sering menjadi kunjungan penagih dadah melepaskan ‘gian’ kerana kawasan itu yang dipenuhi semak-samun.

“Hingga kini, kami dapati tiada ada usaha untuk merobohkan bangunan terbabit yang terbiar sejak lama sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk di sini.

Ketua Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Norhayati Ahmad berkata, Taman Hillview termasuk tapak Highland Towers itu di bawah pengawasan pihaknya, namun sehingga kini status bangunan berkenaan adalah di bawah pemaju.
Menurutnya, pihaknya sudah beberapa kali menghantar notis kepada pemaju terbabit supaya membersihkan kawasan berkenaan, namun menemui jalan buntu selepas pemaju sedia ada muflis dan diambil alih pemaju lain.

“Kami tiada kuasa untuk membuat sebarang tindakan kerana kawasan terbabit masih tertakluk di bawah pemaju pangsapuri berkenaan, malah tiada arahan sama ada daripada kerajaan mahu pun pemaju untuk merobohkan bangunan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika ditemui berkata, pihaknya sentiasa mengadakan pemantauan di kawasan terbabit dari semasa ke semasa selepas menerima aduan orang awam.
Menurutnya, tahun lalu saja bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang melakukan serbuan dua kali di kawasan terbabit dan menahan tujuh penagih di kawasan itu dalam operasi berasingan.

No comments: