5.9.12

Banjir Di Serdang, Bangi dan Kajang

 Saya sendiri terlekat di Mines sebelum Komuter Serdang selama Sejam Setengah sebelum membuat keputusan melakukan satu cross yang agak "bahaya jugak" hanya boleh dibuat sewaktu darurat sahaja iaitu dari Highway besraya sebelum komuter serdang ke Jalan Balakong.....

Ini baru ujian Allah dgn menghantar tentera airnya....


Majoriti kenderaan melakukannya dari sekecil motor sehingga sebesar bas kerana dah jemu menunggu......

=============

350 rumah tenggelam

hmetro.com.my

TERKANDAS...anggota bomba dan penyelamat serta penduduk sekitar membantu mengeluarkan kanak-kanak sekolah yang terperangkap.
TERKANDAS...anggota bomba dan penyelamat serta penduduk sekitar membantu mengeluarkan kanak-kanak sekolah yang terperangkap.
TERPERANGKAP...kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan.
TERPERANGKAP...kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan. 
KUALA LUMPUR: Lebih 350 buah rumah dan 100 kenderaan ditenggelami air sedalam satu meter dalam kejadian banjir kilat di Taman Sri Serdang dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata hujan lebat selama dua jam bermula 4.30 petang itu menyebabkan air dari longkang besar di kawasan berkenaan melimpah dan menenggelamkan rumah serta kenderaan penduduk sekitar.

“Turut terperangkap kira-kira 300 pelajar dan 23 guru dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Serdang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah, namun berjaya diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat kira-kira jam 9.30 malam tadi,” katanya ketika meninjau keadaan banjir di sini semalam.

Abdul Razak berkata pihaknya menyediakan pusat pemindahan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) namun tiada penduduk yang dipindahkan.

“Air mula surut sejak pukul 7 malam, dan saya dimaklumkan oleh penduduk kali terakhir berlaku banjir kilat di kawasan ini adalah 27 tahun lalu,” katanya.


========================
Hujan lebat petang 4 September 2012 sebabkan banjir kilat dan
kesesakan jalan raya yang teruk di jalan utama Lembah Kelang seperti


di Kuala Lumpur, Serdang, Bangi, Nilai dan Kajang.
Laluan trafik sangat perlahan dan adakalanya tidak bergerak
menghala ke selatan bandar raya hingga sebelum tol Sungai Besi.
Kesesakan tersebut menjadi lebih buruk di Jalan Istana
hingga ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Sungai Besi
akibat banjir kilat yang berlaku.

Pada kira-kira pukul 9 malam, PLUS Expressways Bhd (PLUS)
membuka laluan alternatif sebelum laluan tol bagi membolehkan
pemadu membuat pusingan ‘u’ untuk kembali ke bandar raya.

Di Lebuh Raya Besraya, banjir kilat yang berlaku
dihadapan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang
menyebabkan kesesakan yang teruk sekitar
Hotel Palace of The Golden Horses, Mines dan Balakong
dengan hanya satu lorong boleh digunakan.
Kesesakan turut berlaku di hadapan bangunan Minlon
menghala ke stesen KTM Serdang.
Paras air naik di KM303.8 laluan Universiti Pertanian-Kajang
kedua-dua belah jalan terpaksa ditutup.

Di Lebuh Raya SILK, banjir kilat melanda sekitar Bandar Sg Long
jalan menghala ke Cheras dan Kajang terpaksa ditutup
dan trafik dilencongkan ke Putrajaya.

Di Lebuh Raya KESAS pula, kesesakan bermula di Vista Komanwel
menghala ke MRR2, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Sri Petaling.

Kesesakan trafik turut dilaporkan berlaku di Subang Jaya
sekitar bulatan Persiaran Kewajipan dan kawasan Sunway,
lebuh raya NPE dan SPRINT.

=================

user posted image
user posted image
user posted image 
 
Photo terbaik FB Syahrin Abdul Aziz.
 

Banjir: Lebuh raya Utara Selatan berhampiran UPM ditutup


 

No comments: