Tembak, penggal kepala perogol
NEVIN (kiri), memenggal kepala Nurettin (kanan)sebelum menanamnya di dataran di kampungnya.
ANKARA: Seorang wanita mengaku menembak mati lelaki yang didakwa merogolnya.
Dia juga mengaku memenggal kepala lelaki itu sebelum menanamnya di dataran di kampungnya.
Nevin Yildirim, 26, kini menunggu perbicaraan selepas membunuh lelaki
 terbabit di kediamannya di Yalvac, barat daya Turki minggu lalu.  Ibu 
dua anak itu yang hamil lima bulan mendakwa, dia mengandungkan anak 
perogol itu.  Dia menuntut pihak berkuasa supaya membenarkannya 
menggugurkan kandungannya walaupun telah empat minggu melepasi had yang 
dibenarkan untuk melakukan pengguguran.    Nevin berkata, perogol itu, 
Nurettin Gider mula menyerangnya beberapa hari selepas suaminya 
meninggalkan kediaman mereka sejak Januari lalu untuk bekerja di bandar 
lain.
Dia mendakwa, Nurettin mengancamnya dengan pistol dan berkata akan membunuh anaknya yang berusia dua dan enam tahun jika mendedahkkan perbuatannya.
Pemerkosaan itu berterusan selama lapan bulan hingga 28 Ogos lalu 
apabila Nevin memutuskan dia tidak sanggup lagi untuk berdiam diri.  
Pada hari itu, dia menembak Nurettin selepas lelaki terbabit memanjat 
tembok di belakang kediamannya dan menembaknya sekali lagi ketika dia 
cuba mengambil pistolnya.  Nevin berkata: “Saya mengejarnya. Dia jatuh 
Dia mula menyumpah saya.
“Kali ini, saya tembak alat sulitnya. Dia kemudian senyap. Saya tahu dia sudah mati. Saya kemudian memenggal kepalanya,” katanya. Keseluruhannya, Nevin menembak Nurettin 10 kali, termasuk beberapa kali di kemaluannya. Dia juga menikam lelaki itu. Nevin kemudian membawa kepala Nurettin yang berlumuran darah ke dataran di kampungnya di Yalvac, kata penduduk. - Agensi
No comments:
Post a Comment