11.9.12

REMAJA! Berhati-hati Sebelum Approve APP Dlm FACEBOOK

Tipu mangsa guna Facebook


HUI FHEN (duduk, kanan), Jia Wei (duduk, kiri) dan Michael (duduk, tengah) menunjukkan laman web yang memperdayakan pengguna Facebook di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang pelajar mendakwa akaun laman sosial Facebook miliknya digodam selepas menyertai peraduan menerusi satu pautan laman web dari sebuah syarikat pengurusan acara pada 4 September lalu.
Akibatnya, penggodam berkenaan telah menggunakan Facebook miliknya untuk meminta rakan-rakan pelajar terbabit membeli kad prabayar bernilai RM10 untuk diisikan kepada satu nombor telefon dipercayai milik penjenayah siber itu.
Menurut mangsa, Koh Hui Fhen, 19, beberapa orang rakannya telah terjerat dengan penipuan yang dilakukan penggodam yang menggunakan Facebook peribadinya.
“Kejadian ini berpunca daripada tindakan saya yang menekan butang ‘kongsi’ apabila diminta mengundi untuk sebuah syarikat, D-sire Se7en Sdn. Bhd. pada 4 September lalu untuk memenangi tawaran hadiah berupa kad prabayar bernilai RM30.
“Akibatnya, tindakan itu telah memberi peluang kepada penggodam untuk mencuri kata laluan saya sebelum menipu wang daripada rakan saya melalui Facebook,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam

No comments: