Taqiyah
menurut kaum Muslimin adalah suatu istilah yang maksudnya hanya terarah
kepada satu erti iaitu “Dusta”. Adapun menurut Syi’ah ‘taqiyah’
bermaksud perbuatan seseorang yang menampakkan sesuatu berbeza dengan
apa yang ada dalam hatinya, ertinya nifaq dan menipu dalam usaha
mengelabui manusia. Taqiyah adalah satu prinsip dari prinsip-prinsip
kesesatan mereka. Taqiyah memiliki kedudukan yang luar biasa, mereka
telah menempatkannya dalam tempat yang agung dan istimewa, hingga mereka
menjadikannya sebagai asas dalam agama mereka, dengan taqiyah seorang
hamba akan mendapatkan pahala dan ihsan dari Allah.
Taqiyah
adalah satu rukun dari rukun-rukun agama mereka, seperti halnya solat.
Ibnu Babawaih mengatakan:“Keyakinan kami tentang taqiyah itu adalah dia
itu wajib. Barangsiapa meninggalkannya maka sama dengan meninggalkan
solat.” [Al-I’tiqadat, hal.114].
Mereka menisbahkan kepada
imam keenam Ja’far Ash-Shadiq, dia berkata: “Seandainya saya mengatakan
bahawa yang meninggalkan taqiyah sama dengan yang meninggalkan solat
tentu saya benar.” [Al-I’tiqadad, hal.114]
Sebagaimana
mereka katakan juga bahawa: “Daulah az-Zalimin” mereka menegaskan,
“Taqiyah adalah fardhu yang diwajibkan kepada kami dalam negara
orang-orang yang zalim. Kerana itu barangsiapa meninggalkan taqiyah maka
sungguh dia telah menyalahi agama imamiyah dan telah berpisah
dengannya.” [Bihar op. cit. 57/421]
Mereka menipu kaum muslimin kerana
mengikuti hawa nafsu iblis mereka, sekaligus mempropaganda kesesatan
mereka. Mereka menganggap bahawa taqiyah lebih tinggi kedudukannya
dibandingkan keimanan seseorang.
‘Imam
Bukhari’ mereka, iaitu Muhammad Al-Kulaini berkata: “Bertaqwalah kamu
kepada Allah 'Azza wa Jalla dalam agama kamu dan lindungilah agama kamu
dengan taqiyah, maka sesungguhnya tidaklah mempunyai keimanan orang yang
tidak bertaqiyah. Dia juga mengatakan “Siapa yang menyebarkan rahsia
bermakna ia ragu dan siapa yang mengatakan kepada selain keluarganya
bermakna kafir.” .”[Al-Kafi S 2/371,372 & 218].
Dan
demikianlah firqah Syi’ah menjadikan taqiyah, sebagai tiang agama dan
menjadikannya sebagai salah satu simbol agama. Keyakinan akan kewajiban
bertaqiyah menyebabkan mereka boleh berbohong. Sehingga perbuatan ini
menjadi “trade mark” atau simbol Syi’ah. Umpamanya ada yang mengatakan,
“Dia itu lebih pembohong dari orang rafidhah” [Tahqiq Mawaqif al-Sahabah fi al-Fitnah].
Kata mereka dalil bolehnya taqiyah ialah Firman Allah 'Azza wa Jalla, maksudnya:
“Janganlah
orang-orang Mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (kekasih,
penolong, pemimpin) dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Barangsiapa
berbuat demikian nescaya, lepaslah ia dari pertolongon Allah kecuali
kerana (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka.” [Ali Imran: 28].
Ini adalah istidlal (pengambilan
dalil) yang salah, menyalahi pengertian ayat yang jelas yang tidak
menerima ta’wil semacam di atas; ‘memelihara diri’ yang dimaksud dalam
ayat adalah ‘memelihara diri dari orang-orang kafir’.
Firman Allah 'Azza wa Jalla, ertinya:
“Kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa).” [An-Nahl: 106].
Ini
juga istidlal yang keliru dan jauh dari kebenaran kerana ayat ini
khusus bagi orang yang sudah tidak tahan siksaan, jika dia terpaksa
mengucapkan kekufuran, maka dia boleh mengucapkannya tanpa diyakini dan
diamalkan.
Sebagaimana mereka beristidlal dengan firman Allah 'Azza wa Jalla, melalui lisan Ibrahim a.s., ertinya:
“Lalu ia memandang sekali pandang ke bintang-bintang, kemudian ia berkata, ‘Sesungguhnya aku sakit’,” [Ash-Shaffat: 88-89].
Ini
tidak sama dengan kedustaan dan kebohongan model Syi’ah, tetapi ayat
ini membolehkan “tawriyah” (penyamaran) dalam zhahir ucapan jika
diharuskan dalam kondisi darurat.
Ucapan Ibrahim a.s.
“Sesungguhnya aku sakit” , maksudnya, “Dari amal kamu dan ibadah kamu
kepada berhala-berhala itu”. Ini bukan dusta tetapi di dalamnya
mengandung sindiran (ta’ridh) untuk maksud syar’i, iaitu menghancurkan
tuhan-tuhan mereka setelah ditinggalkan oleh para penyembahnya. Bahkan
taqiyah Syi’ah tidak hanya halal bagi manusia biasa, tetapi halal juga
bagi para Nabi dan Rasul. Ini adalah sangat buruk dan keji serta
kemungkaran yang nyata. Kerana Allah Ta’ala mengutus para Nabi dan Rasul
untuk tugas menyampaikan risalah Tuhan mereka, mengajar manusia dan
menyucikan mereka. Jika tidak tentu tidak akan tersebar dakwah mereka,
tidak akan muncul pertentangan di antara mereka dan orang-orang yang
mereka diutuskan kepadanya, tentu tidak akan merasakan ujian-ujian,
siksaan-siksaan dan mara bahaya.
Al-Qur’an adalah sebaik-baik saksi dalam hal ini dan yang menafikan ini adalah firman Allah 'Azza wa Jalla, artinya:
“(Iaitu)
orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut
kepada-Nya dan mereka tidak merasa takut kepada seorang (pun) selain
kepada Allah.” [AI-Ahzab: 39].
Di antara riwayat dusta Syi’ah adalah taqiyah yang dikaitkankan kepada Rasulullah s.a.w. Mereka menyebut dari Abu Abdillah a.s.
Dia
berkata: “Tatkala Abdullah bin Ubay bin Salul (pemimpin orang-orang
munafik) mati, Rasulullah s.a.w. menghadiri jenazahnya.
Maka Umar menegur Rasulullah s.a.w., “Bukankah Allah telah melarang anda untuk berdiri di kuburannya ?”
Rasulullah terdiam.
Umar mengulangi lagi, “Bukankah Allah 'Azza wa Jalla telah melarang Anda untuk berdiri diatas kuburannya?”
Maka
beliau menjawab, “Celaka kamu, tahukah kamu apa yang aku ucapkan?
Sesungguhnya aku mengatakan, “Ya Allah tutuplah mulutnya dengan api,
penuhilah kuburannya dengan api, dan masukkanlah dia ke dalam api
neraka.”
Abu Abdillah a.s berkata: “Maka jelaslah bahwa Rasulullah s.a.w. apa yang tadinya tidak dia sukai.” [Al-Kafi fi Al-furu’.Kitab Al-Janaiz 3/188]
Apakah
seperti ini sifat dan karakter Rasul yang diutus sebagai ‘rahmatan
lil’alamin’, yang datang sebagai pengajar dan pendidik bagi ummat
manusia? Sungguh ini adalah kebohongan dan kecurangan dari orang-orang
zindik untuk menjatuhkan maruah Rasulullah s.a.w.
Allah 'Azza wa Jalla telah memuji nabi-Nya dengan berfirman yang artinya:
“Dan sesungguhnya engkau berada di atas akhlak yang agung.”
Tuduhan
yang curang dan taqiyah yang didakwakan bertentangan dengan kandungan
dan makna ayat ini. Kemudian bagi yang masih memiliki akal, apakah
Rasululalh s.a.w. memerlukan sikap taqiyah dan nifaq sementara
kedudukannya sangat kuat dan kedudukannya sangat tinggi ketika itu?
Sepatutnya, Ibnu Salul lah yang memerlukan sikap dusta dan taqiyah ini kerana lemahnya dia di hadapan kekuatan Islam.
Apakah yang ditakuti oleh Rasulullah s.a.w. sehinga bertaqiyah di hadapan Ibnu Salul yang sudah menjadi mayat itu!
“Takutlah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.” [At-Taubah:119]
“Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.” [Al-Ahzab:70]
Kita
berlindung kepada Allah dari kejahatan mereka yang telah menyifati
Rasulullah s.a.w. yang diutus sebagai penyebar rahmat dengan
sifat-sifat seperti tadi.
Sesungguhnya taqiyah yang dilakukan
oleh Rafidhah adalah kemunafikan yang nyata, mereka menginginkan sesuatu
tapi mengucapkan dengan sesuatu yang lain. Memerintahkan sesuatu secara
terang-terangan dan melarangnya bila bersendirian. Allah Ta’ala telah
menjelaskan sifat-sifat orang munafik dan sifat-sifat tersebut adalah
sifat-sifat orang Syiah yang sudah terbiasa dan terdidik dengan
pendidikan yang hina ini, dan dari sana mereka mewariskannya kepada
anak-anak mereka.
Allah 'Azza wa Jalla berfirman:
“Apabila
orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata, kami mengakui
bahawa sesungguhnya kamu adalah benar-benar Rasul Allah. Dan Allah
mengetahui bahawa sesungguhnya kamu adalah benar-benar Rasul-Nya. Dan
Allah mengetahui bahawa sesungguhnya orang munafik itu benar-benar
pendusta.” [Al-Munafiqun:1].
Allah berfirman, ertinya: “Dan
bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan
kami beriman, dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka,
mereka mengatakan, ‘Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami
hanyalah berolok-olok.” [Al-Baqarah:14]
Latar Belakang Akidah Taqiyah
Kedudukan Syi’ah dahulu telah mengalami krisis ketika mereka membuka lembaran-lembaran kitab-kitab mereka di mana dalam
kitab ini Al-Imam mengancam dan menakut-nakutkan, dan dalam kitab lain
imam yang keempat menghalalkan dan dalam kitab yang sama imam keenam
mengharamkan , imam yang ini mengatakan ‘matahari’ sementara imamnya
yang lain mengatakan ‘bulan’, maka mereka mendapati bahawa ucapan orang
yang mereka yakini sebagai imam yang ma’shum terbebas dari kesalahan dan
kegelinciran ternyata ucapan mereka dalam satu perkara saling
bertentangan tanpa menemukan alasan pembenaran untuk itu. Sebagaimana
mereka merasa terpukul ketika terdapat dalam sebahagian riwayat mereka
memuji dan mencintai para sahabat Rasulullah s.a.w. , dan mengakui
baiyat terhadap mereka, bertentangan dengan apa yang mereka yakini.
Maka kesulitan mereka semakin rumit, kerana orang-orang bodoh dan hakham
Rafidhah telah menghukumi sesat orang-orang sesat di sekitar mereka,
dan memenuhi hati mereka dengan kebencian terhadap para sahabat dan
ummahat Al-Mukminin – semoga Allah meredhai mereka- sepanjang zaman .
Maka mereka berlari menuju tipu muslihat dan kesesatan. Mereka memandang
bahawa tidak ada jalan selamat bagi mereka melainkan dengan taqiyah.
Mereka merancang konsep taqiyah dan melengkapinya dengan berbagai macam
fadhilah, dengan begitu mereka telah mengelabui manusia.
Apabila
orang yang mengerumuni mereka dan yang menganut agama mereka hanyalah
orang-orang bodoh –semoga Allah memberi hidayah kepada mereka- yang
tidak mampu membuat penilaian di dalam masalah akidah. Jika mereka
mendengar dari satu imam yang berkata begini dan begitu, mereka langsung
membenarkan sebelum orang yang menceritakan hadits itu menyempurnakan
haditsnya. Mereka telah menjadikan para pengikut sebagai tawanan bagi
ucapan para imam yang dipalsukan itu, kerana mereka telah menanamkan
ketaatan buta tuli kepada imam, mereka telah menakut-nakutkan pengikutnya dan telah membius mereka dengan hadits-hadits yang tidak ada sangkut pautnya dengan Islam.
Maka
jika ucapan seorang imam bertentangan dengan imam itu sendiri, atau
ucapan seorang imam bercanggah dengan Imam yang lain, mereka mengatakan
sesungguhnya itu terjadi disebabkan taqiyah. Mereka benar-benar telah
menghiasi taqiyah ini dengan berbagai macam keutamaan dan keistimewaan
sesuai dengan keinginan nafsu mereka.
Bagaimanakah Kesaksian Ulama Mereka?
Berikut
ini adalah penyaksiian ulama Syi’ah yang berakal tentang taqiyah yang
dia sebutkan dalam kitabnya, “Sesungguhnya saya meyakini dengan
seyakin-yakinnya bahawa tidak ada satu ummat di dunia yang menghinakan
dirinya dengan menerima konsep taqiyah dan mengamalkannya. Inilah saya,
saya memohon kepada Allah secara ikhlas dan saya mengetahui hari yang
orang Syi’ah tidak pernah berfikir, bahkan tidak pernah berfikir tentang
taqiyah apalagi tentang pengamalannya.”
Dan dia menambah,
“Sesungguhnya yang menjadi kewajiban bagi Syi’ah adalah menjadikan
perhatiannya terhadap kaedah akhlak yang telah diwajibkan oleh Islam
atau seluruh kaum muslimin, yaitu: seorang muslim tidak boleh menipu,
tidak menjilat,tidak melakukan kecuali yang haq dan tidak berkata
melainkan yang haq sekalipun atas dirinya. Dan sesungguhnya perbuatan
baik itu adalah baik di segala tempat dan amal yang buruk adalah buruk
di segala tempat.”
Sehingga
dia berkata, “Hendaklah mereka juga mengetahui bahwa apa yang mereka
nisbahkan kepada imam Ash-Shadiq dari ucapannya taqiyah adalah ‘agamamu
dan agama bapa-bapaku’, sesungguhnya itu hanyalah dusta, bohong dan
fitnah atas imam yang sangat agung itu.”[ibid, hal.159]
Sebagaimana
dikatakan oleh seorang Iran, Ahmad Al-Kisrawi, “Sesungguhnya taqiyah
adalah satu macam dari dusta dan nifaq, apakah masih perlu menyelidiki
tentang keburukan dusta dan nifaq?” [Syi’ah wa At-Tasyayyu’, hal.87].
Sesungguhnya
taqiyah itu hanya dibolehkan untuk orang-orang lemah yang ditindas yang
khuatir tidak boleh kekal di atas kebenaran dan bagi orang-orang yang
tidak menempati qudwah (teladan) bagi manusia, orang seperti merekalah
yang boleh mengambil rukhsyah (taqiyah) ini. Adapun orang-orang yang
memiliki semangat dan tekad dari para Imam yang menjadi petuntuk jalan
maka mereka wajib mengambil azimah (hukum yang kuat) menanggung derita ,
tetap teguh di jalan Allah walau apapun yang mereka hadapi. Dan adalah
para sahabat Rasulullah s.a.w. orang yang mulia sebagaimana yang
dipersaksikan Al-Qur’an. Allah berfirman :
“Kekuatan,
kemuliaan itu hanyalah bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang
yang mukmin, tetapi orang-orang yang munafik itu tidak mengetahui.” [Al-Munafiqun: 8].
Maka
tidak boleh orang-orang yang mulia (kuat) itu hanya berasal dari para
sahabat yang khusus, kerana Ali dan Ibnu Abbas , bukan orang yang
munafik juga bukan orang yang hina sehingga mengambil sikap taqiyah.
Ibnu
Taimiyah berkata, “Inilah sikap Rafidhah”. Syi’ar mereka adalah
kehinaan, baju mereka adalah nifak dan taqiyah, modal mereka adalah
dusta dan sumpah palsu. Mereka berdusta atas nama Ja’far As-Siddiq bahwa
dia berkata : Taqiyah adalah agamaku dan agama bapa-bapaku. Dan Allah
telah membersihkan ahlul bait dari hal itu dan tidak menjadikan mereka
memerlukan kepadanya , kerana mereka adalah manusia paling jujur dan
paling agung imannya. Agama mereka adalah takwa dan bukan taqiyah
[Al-Muntaqa: 86].
Inilah hakikat taqiyah dalam agama Syi’ah dia
tidak lain hanyalah dusta, nifaq, dan penipuan; tidak ada amanah bagi
mereka, tidak ada keikhlasan dan kejujuran dalam agama mereka . Mereka
adalah para pendusta yang bangga dengan dustanya dan terang-terangan
dengan maksiatnya di hadapan mata manusia.
Allah berfirman:“Di
antara orang-orang Mukmin ada orang-orang yang menepati apa yang telah
mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur dan
di antara mereka (ada pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun
tidak mengubah-ubah janjinya, supaya Allah memberikan balasan kepada
orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya, dan menyiksa orang
munafik jika dikehendaki-Nya, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya
Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Al-Ahzab:23-24].
Serangan Syi'ah Terhadap Sahabat
Apa kata mereka tentang sahabat?
Ibnu
Taimiyah berkata: “Syi’ah Rafidhah mengatakan: Sesungguhnya kaum
muhajirin dan anshar menyembuyikan nash-nash sehingga mereka kafir
kecuali hanya sedikit saja, lebih dari 10 orang dan sesungguhnya Abu
Bakar, Umar dan orang sepertinya adalah orang munafik , yang sebelumnya
adalah beriman kemudian menjadi kafir. [Majmu’ fatawa 3/356].
Mereka
juga mengaguhnya para sahabat, kerana mereka telah membai’at Abu Bakar,
maka semuanya menjadi kafir kecuali tiga atau empat orang ,(Kitab syiah
Itsna ‘asyariyah) diantaranya dari Hinan bin Sadir (tokoh syi’ah) dari
bapanya dari Abu Ja’far, dia berkata : “Semua manusia menjadi kafir
setelah meninggalnya Nabi saw kecuali tiga orang iaitu : Miqdad bin
Aswad, Abu Zar al Ghifari dan Salman al- Farisi.” [Al-Kafi
12/321,322]. Lebih dari itu mereka juga mengkafirkan sebahagian dari
ahli Bait Rasulullah s.a.w. , seperti Al-Abbas dan Abdulullah bin Abbas,
mereka menganggapnya kerdil dan bodoh. [Ushul Kafi 1/247]. Maka
lihatlah bagaimana mereka menganggap generasi termulia menjadi seperti
iblis atau Abu Jahal. Padahal dengan celaan mereka terhadap sahabat saja
sudah bererti mencela Nabi dan Islam. Cukuplah bagi kita untuk menepis
kebatilan itu dengan Hadits: “Janganlah kamu mencela sahabatku,
karena seandainya kamu berinfaq emas sebesar gunung uhud tidak akan
menyamai kebaikan mereka (walaupun) satu mud atau setengahnya” [HR. Bukhari dari Abi Said Al- Khudri]
Bukan hanya itu sahaja tetapi mereka juga mengkafirkan khalifah, serta menghukumi pemerintahannya sebagai negara kafir.
Menurut
Syi’ah Itsna’asyariyah, bahawa semua pemerintahan selain pemerintahan
Itsna’asyariyah adalah bathil, dan penguasanya adalah thagut.
Barangsiapa yang berbai’at kepadanya tak ubahnya seperti orang yang
membai’at thagut. Mereka berpendapat bahwa semua khalifah selain Ali dan
Hasan adalah thagut, sekalipun mereka menyeru kepada kebenaran.
Al-Majlisi mengatakan: “Bahawa khulafa’ Ar-Rasyidin adalah perampas yang
murtad dari Islam, semoga Allah melaknat mereka dan orang yang
mengikuti mereka, kerana mereka menzalimi Ahlul bait dari awal hingga
akhir.” [Ushul kafi: 1/427 dan Rijal al-kusyi hal:35]. Di
masa Ja’far bin Shadiq, Syi’ah rafidhah juga mengatakan : Penduduk Syam
lebih jelek dari pada penduduk Romawi (Nasrani), dan penduduk Madinah
tujuh puluh kali lebih jelek dari penduduk Makkah, sedangkan penduduk
Makkah telah kafir dengan nyata. [Ushul kafi: 2/49]