25.3.12

BETUL KE IMAM SYAFIE SOKONG SYIAH?

SALAH SATU pandangan daripada pengkaji syiah yang menjawab satu wawancara Syiah Malaysia di televisyen AlHijrah satu ketika dulu.....



Syair Imam Syafie

SYIAH menggunakan Syair Imam Syafie dengan tujuan seolah-olah Imam Syafie meredhai Syiah.

Ini adalah kata-kata Imam Syafie yang amat popular digunakan oleh Syiah Melayu hatta simpatisan Syiah seperti penulis tersohor Malaysia,Dr. Faisal Tehrani.

Syiah Melayu sering menggunakan hujah ini,

"Jika cinta kepada keluarga Muhammad adalah Rafidhah,maka saksikanlah jin dan manusia aku adalah Rafidhi"

Ini adalah kata-kata atau syair dari Imam Syafie.Syiah Rafidhah menyelewengkannya kepada hadis yang kononnya dinukil oleh Imam Syafie.

Motif Syiah Melayu ini adalah untuk mendakwa bahawa Imam Syafie sendiri meredhai Rafidhah.Sebenarnya,hujah ini menikam mereka sendiri,kerana Imam Syafie BUKAN mengiktiraf dirinya sebagai syiah,tetapi maksud kata-katanya ialah: MEMPERTIKAIKAN BAHAWA RAFIDHAH (SYIAH) CINTA PADA AHLI BAIT.

Hanya mereka yang tidak memahami uslub Bahasa Arab yang mengatakan Syafie mengaku Rafidhah/Syiah.Orang yang belajar Bahasa Arab boleh bandingkan uslub Syafie dengan uslub Quran ini:

Firman Allah s.w.t:

"Katakanlah (Wahai Muhammad) Kalaulah Tuhan al-Rahman mempunyai anak, maka akulah yang mula-mula memuliakannya".

(Al-Zukhruf: 81)

Ayat ini bukan menunjukkan Nabi memuliakan anak Tuhan, tetapi MENAFIKAN TUHAN ADA ANAK.

Sama dengan syair Imam Syafie, bukan mengaku sebagai Rafidhah (Syiah) tetapi MENAFIKAN RAFIDHAH CINTA AHLI BAIT.Dengan kata lain,Imam Syafie memperli dakwaan golongan Rafidhah yang kononnya cintakan Ahli Bait.

Ini ditegaskan oleh Imam Syafie sendiri:

"Aku tidak pernah melihat orang yang lebih dusta penyaksiannya daripada Rafidhah". (Siyar A'lam Nubala)

Jika Syiah Melayu menggunakan hujah ini,pada masa yang sama dia juga mengaku berfahaman Rafidhah.Maka kita boleh tahu dia adalah Syiah pelampau dari kalangan Imamiyyah.Perangkap yang dia beri nampaknya bukan sahaja memakan diri malah membogelkannya dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

No comments: