Penduduk Kemboja berusaha selamatkan ikan lumba-lumba
KRATIE - Para pengawal sungai Kemboja berusaha menyelamatkan
kehidupan ikan lumba-lumba dengan melakukan rondaan di Sungai Mekong
bagi memastikan tiada aktiviti nelayan dan penduduk yang boleh
menjejaskan kehidupan haiwan itu.
Menurut beberapa pakar, punca kematian ikan lumba-lumba dewasa adalah
disebabkan jaring pukat hanyut yang ditinggalkan terlalu lama di sungai
itu.
Pakar-pakar berkenaan percaya kehidupan ikan lumba-lumba berwarna
kelabu itu berada dalam keadaan bahaya dan berdepan ancaman kepupusan di
sungai tersebut.
Jumlah haiwan dewasa itu yang dikenali sebagai ikan lumba-lumba air tawar Irrawaddy adalah antara 85 hingga 150 ekor.
Seorang pengawal sungai, Pech Sokhan berkata, pihaknya perlu mendidik
penduduk pada setiap hari tentang bahaya penggunaan pukat tersebut
untuk menangkap ikan kerana ia boleh membahayakan ikan lumba-lumba.
Pukat hanyut dan kurungan ikan diharamkan di sungai itu.
Bagaimanapun, para pesalah yang menggunakan kaedah menangkap ikan
tersebut tidak akan ditangkap atau didenda tetapi peralatan perikanan
mereka dirampas. - AFP
No comments:
Post a Comment