10.1.13

Telefon pintar paling nipis di dunia 2012

Telefon pintar paling nipis di dunia



TELEFON pintar Alcatel One Touch Idol Ultra dipamerkan pada pameran CES di Las Vegas, Amerika Syarikat kelmarin.



PARIS - Syarikat peralatan Perancis, Alcatel memperkenalkan model baharu One Touch Idol Ultra yang didakwa telefon pintar paling nipis di dunia, lapor laman web infomobile. 


Setebal cuma 6.45 milimeter, gajet tersebut dipamerkan pada hari pertama pameran Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.


Telefon pintar itu mempunyai skrin berukuran 11.9 sentimeter dan dijana pemprosesan dua teras berkapasiti 1.2 giga hertz dan perisian Android 4.1 Jelly Bean.


Model terbaharu itu akan mula dijual di China pada hujung bulan ini sebelum memasuki pasaran lain di dunia termasuk AS dan Eropah. - Agensi


Alcatel akan lancar 30 telefon pintar, 12 tablet tahun ini

KUALA LUMPUR 9 Jan.- TCL Communications Technology Holding Sdn. Bhd. melalui produknya, Alcatel One Touch akan melancarkan 20 hingga 30 jenis telefon pintar tahun ini, di samping 12 jenis tablet.

Pengarah Jualan Alcatel Asia Pasifik, Liza Woods berkata, setakat ini, syarikatnya telah memasarkan lima produk, antaranya One Touch 993D, One Touch 997D dan tablet One Touch T10.

"Kita komited untuk menembusi pasaran di negara ini dan menyasarkan penguasaan pasaran sebanyak lima peratus pada tahun ini," katanya pada sidang akhbar disini hari ini.

Jelasnya lagi, kesemua harga produk yang ditawarkan sangat berpatutan di antara RM349 sehingga RM799.

"Alcatel telah bertapak di negara ini sejak tiga tahun yang lalu, dengan kemunculan semula melalui produk baharu yang berkualiti dan berpatutan ini, kita yakin akan menjadi pilihan pengguna," katanya

No comments: