Ahlan Wasahlan...

Jawatan Kosong Untuk Gadis Bawah 27 Tahun

Minuman Kesihatan dan Kekuatan

Minuman Kesihatan dan Kekuatan
Belum Cuba ..Belum Tahu... Cuba dulu baru tahu..

Rokok MOden Pembunuh MOden...lifestyle baru...gaya baru...

Pengguna rokok e-elektronik terdedah kepada penyakit

ANTARA rokok e-elektronik yang terdapat di pasaran. - Gambar hiasan


BENTONG - Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali," katanya


**** Anda akan ketagih Nikotin dan mudah kena Angin Ahmar, Stroke, Serangan Jantung....

**** Walaupun tiada bahan pemangkin kanser seperti Tar, Karbon Monoksida tetapi bahayanya ialah ianya bentuk cecair, kesan di atas akan menjadi cepat berganda-ganda..

++++++++++

E-rokok tidak buang Ketagihan

Pengguna e-rokok harus ingat mereka berisiko terdedah dengan penyakit lain yang disebabkan oleh nikotin. - Gambar hiasan
 
KEBANYAKAN kita hidup dalam persekitaran yang dipenuhi dengan perokok. Sama ada saudara terdekat, rakan sebaya, majikan, rakan sekerja mahupun orang asing yang tidak dikenali.

Biarpun risiko penggunaan tembakau ke atas kesihatan sudah diketahui umum, usaha mempromosikan hidup bebas rokok masih tidak begitu berkesan. 

Kajian pernah menunjukkan 90 peratus tabiat merokok olrh perokok dewasa bermula sejak muda lagi. Hampir setiap hari, dianggarkan sekurang-kurangnya 4,400 kanak-kanak menjadi perokok tegar apabila mereka dewasa.

Jadi pelbagai cara atau kaedah dicipta untuk membantu perokok tegar termasuk rokok elektronik (e-rokok) atau e-Cigarette.

Pada awal kemunculan e-rokok, ramai beranggapan kaedah ini membantu mengikis tabiat merokok.
Sejak akhir-akhir ini, e-rokok yang menggunakan cecair bagi menghasilkan wap dijual secara berleluasa dan mendapat sambutan hangat dalam kalangan perokok.

Pelbagai spekulasi timbul apabila rokok versi digital ini semakin mendapat sambutan.
Jika dahulu perokok seolah-olah berbangga ketika menghisap sebatang rokok, kini ramai yang merasakan mereka berada di kelas tersendiri apabila menghisap e-rokok.

Tahukah anda, e-rokok juga mengandungi cecair nikotin yang membawa padah kepada pengguna kerana bahan itu meningkatkan ketagihan merokok.

Dalam pada itu, sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna menunjukkan e-rokok juga mampu merosakkan paru-paru mereka yang menggunakannya.
Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.

Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit.

Sehingga kini, e-rokok yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu masih belum disahkan lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.

Tinjauan ke bazar larut malam sekitar Lembah Klang mendapati penjualan e-rokok kini semakin berleluasa.
Kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum dijual.

Kesan nikotin
Menurut Pakar Perubatan dan Pernafasan Pusat Perubatan Price Court, Dr. Daniel Lee Keat Chye, kebanyakan pengguna menganggap e-rokok selamat dan merupakan alternatif bagi mereka yang ingin mengurangkan ketagihan merokok.

“Sebenarnya belum ada kajian e-rokok yang ada di pasaran ini selamat atau tidak. Wujudnya salah faham apabila mereka menganggap asap e-rokok terhasil daripada cecair biasa dan tidak mengandungi nikotin.
“Hakikatnya, kesihatan anda tetap terjejas dan berisiko sekiranya anda masih menghisap e-rokok yang mengandungi nikotin. Lebih membimbangkan, sukatan nikotin yang terdapat di dalam e-rokok tidak diketahui," ujarnya.

Tambah Dr. Daniel, nikotin meningkatkan kadar denyutan nadi dan pengaliran hormon ‘adrenalin’ serta melembapkan sistem urat saraf.

“Nikotin boleh bertindak terus ke atas otak dengan memberi kesan rangsangan. Rangsangan ini diperkukuhkan pula oleh pelbagai faktor pendorong yang boleh bersifat positif dan negatif," ujarnya.

Contohnya, perokok akan merokok dengan lebih kerap apabila berada di tempat-tempat hiburan di mana keseronokan berada di situ bertindak sebagai faktor pendorong positif. Perokok juga akan merokok dengan lebih kerap apabila berasa bosan atau mengalami perasaan tertekan - faktor pendorong yang negatif.
Selain penggantungan psikologi dan fizikal akibat nikotin, perokok juga terperangkap dengan kongkongan tabiat yang cukup payah untuk dilepaskan.

Selain itu, nikotin juga mengakibatkan denyutan nadi yang luar biasa, penyempitan saluran nadi, peningkatan tekanan darah, serangan jantung, angin ahmar dan ulser perut dan usus.

Tidak menyebabkan kanser
“Secara keseluruhannya, anda akan mengalami kesan kesihatan sama seperti rokok biasa. 

“Bezanya, e-rokok tidak mengandungi bahan-bahan kimia lain seperti tar, karbon monoksida dan irritants sehingga menyebabkan kanser paru-paru.

“Pun begitu, pengguna e-rokok harus ingat mereka berisiko terdedah dengan penyakit lain yang disebabkan oleh nikotin," ujarnya.

Selain risiko kesihatan, Dr. Daniel memberitahu, trend e-rokok akan membawa satu budaya negatif kerana orang ramai beranggapan mereka masih boleh merokok dengan kaedah selamat.

Golongan remaja pula akan menganggap e-rokok satu gaya baru dan mereka akan meniru tanpa mengetahui risiko yang sebenar.

Rawatan berhenti merokok
Dr. Daniel memberitahu, cara terbaik untuk mengurangkan ketagihan merokok adalah berhenti merokok melalui putaran tingkah laku merokok.

Ketagihan masih berlaku walaupun orang ramai menggantikan rokok biasa dengan e-rokok kerana nikotin boleh menyebabkan mereka ketagihan.

Dengan menggunakan teknik yang betul, kita boleh membantu perokok berhenti. Untuk memberikan motivasi kepada mereka, penekanan haruslah diberikan kepada perbincangan tentang faedah-faedah yang bakal dinikmati apabila berhenti merokok.

Fakta tentang risiko penyakit dibincangkan juga secara terperinci terutamanya kepada perokok yang sudah pun mengalami kesan - kesan penyakit berkaitan merokok

“Perokok boleh memilih untuk berhenti merokok dengan menggunakan kekuatan azam semata-mata atau dengan bantuan rawatan gantian nikotin (RGN)," ujarnya

RGN dapat membantu perokok mengharungi proses berhenti merokok. Produk yang terdapat di pasaran antaranya gam nikotin, penampal nikotin dan alat penyedut (inhaler) nikotin
  

No comments: