Ahlan Wasahlan...

Jawatan Kosong Untuk Gadis Bawah 27 Tahun

Minuman Kesihatan dan Kekuatan

Minuman Kesihatan dan Kekuatan
Belum Cuba ..Belum Tahu... Cuba dulu baru tahu..

PENDIRIAN KALIMAH ALLAH...

Mufti Kelantan

KOTA BHARU 9 Jan. - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad (gambar) mengingatkan semua pihak di negeri ini tentang kalimah Allah yang eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.


Menurutnya, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 1 Disember 1981 telah meluluskan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1981 iaitu satu enakmen untuk menjaga kesucian kalimah itu.


Katanya, enakmen itu yang diwujudkan bagi mengawal dan menyekat penyebaran iktikad dan kepercayaan agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam, secara jelas telah menyenaraikan 24 perkataan termasuk kalimah Allah di bawah Jadual (Seksyen 9) Bahagian 1 enakmen sebagai hak eksklusif agama Islam.


Sehubungan itu, beliau secara sinis 'meminta' enakmen tersebut dipinda atau dimansuhkan sekiranya sudah lapuk dan tidak relevan lagi.


Dewan Ulama Pas kekal pendirian kalimah Allah khusus agama Islam


Harun Taib 
KUALA TERENGGANU 9 Jan. - Dewan Ulama Pas kekal dengan pendirian yang kalimah Allah hanya khusus bagi agama Islam justeru agama-agama lain tidak berhak menggunakan kalimah suci itu.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, pendirian itu hanya merujuk kepada penggunaan kalimah suci itu di dalam kitab Bible, versi bahasa Melayu kerana dalam agama Kristian, telah menyebut tuhan bagi seluruh penganutnya ialah Nabi Isa, bukannya Allah.

Bagaimanapun beliau mengelak daripada menyatakan pendirian dewan itu ketika diminta mengulas ketegasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan keputusan parti itu bahawa kalimah Allah boleh dikongsikan bersama dengan bukan Islam.

Harun membayangkan beliau tidak mahu diseret dalam kontroversi baru yang tercetus kerana reaksinya yang mula dilihat bercanggah dengan pendirian parti sebenarnya hanya ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung kenyataan awalnya

Kuala Lumpur: Pemimpin pembangkang semakin bercelaru apabila memberi pandangan yang bercanggah mengenai isu bukan Islam guna kalimah Allah.
Jika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan keputusan parti itu dua tahun lalu membenarkan kalimah Allah digunakan penganut agama lain, Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun Taib pula mengaku tidak tahu-menahu mengenai keputusan itu.

Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir berkata, Dewan Ulama perlu melihat keadaan terlebih dulu sama ada penggunaan kalimah itu untuk tujuan kebaikan atau keburukan.


Jika untuk tujuan keburukan, seperti mempermain-mainkan kalimah Allah, sudah tentu tidak boleh. Pendapat saya adalah berpegang kepada siasah syariah. Saya bukan merujuk kepada parti kerana saya rasa perlu cakap apa yang difikirkan betul, katanya kepada BH, semalam.

Pandangan Harun tidak selari dengan kenyataan Hadi kelmarin yang mengumumkan parti itu mempertahankan keputusan dua tahun lalu untuk membenarkan kalimah Allah digunakan penganut agama lain, tetapi tidak boleh diterjemahkan dalam sebarang bahasa, termasuk bahasa Melayu.

Kenyataan Khalid

Di Shah Alam: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tidak salah kalimah Allah digunakan dalam Bible selagi tidak mengandungi unsur penghinaan.
Beliau berkata, hakikatnya sebarang perkara yang berkaitan agama Islam serta undang-undang berkaitannya adalah di bawah kuasa Sultan dan perkara itu harus diterima oleh kerajaan negeri selaras dengan kelulusan dewan undangan negeri (DUN) Selangor.

Mengikut Seksyen 47, Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri, lafaz Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama Islam serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam yang lain, katanya pada sidang media di sini, semalam.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu, Abdul Khalid berkata, ia dibenarkan selagi tiada unsur penghinaan atau penyalahgunaan.

Sebagai contoh, jika Bible yang ditulis di Lubnan (dengan kalimah Allah digunakan), ia tidak salah selagi tiada unsur yang boleh menjurus ke arah memujuk orang Islam untuk menukar agamanya, katanya.

Kelmarin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengulangi titahnya melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah di negeri itu sejajar dengan fatwa negeri itu yang dikeluarkan pada 18 Februari 2010 dan fatwa Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa kebangsaan pada Mei 2008.

Bidang kuasa pemerintah

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata keputusan sama ada kalimah Allah boleh digunakan penganut agama lain, adalah dalam bidang kuasa pihak pemerintah.

Katanya, sehingga kini kerajaan belum membuat keputusan muktamad, sama ada kalimah itu hanya untuk umat Islam atau penganut agama lain boleh mengamalkannya.

Beliau berkata, dari aspek agama, tiada hadis yang melarang bukan Islam menggunakan perkataan itu, malah di Arab Saudi sendiri mereka boleh menggunakannya.

Jika perkataan Allah sudah digunakan dalam kehidupan harian penganut agama Kristian seperti di Sabah dan Sarawak, kita tidak boleh menghalangnya.

Saya sependapat dengan pucuk pimpinan PAS, Allah boleh digunakan penganut agama lain, namun kita pertahankan pendirian kalimah itu tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu. katanya.

Bukan jaga hati

Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah, pula mendakwa keputusan parti itu bukan bertujuan menjaga hati sekutu mereka dalam pakatan pembangkang, terutama DAP.

Bagaimanapun, beliau menyokong kenyataan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, supaya orang bukan Islam jangan mencampuri urusan agama Islam bagi mengelakkan permusuhan dan salah faham
.

Mufti Selangor: 'Kenapa hendak guna kalimah ALLAH'
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN 10 Januari 2013
Tamyes
SHAH ALAM - Pendirian membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu satu langkah seolah-olah merelakan ALLAH Yang Esa dalam ajaran Islam itu disekutukan, kata Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid.

Oleh yang demikian katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa kalimah ALLAH hanya boleh digunakan oleh penganut agama Islam supaya ia tidak menimbulkan sebarang keraguan di kemudian hari.

"Jika kalimah ALLAH itu digunakan dalam Bible menggantikan 'God' sedangkan 'God' dalam Bible itu adalah 'Trinity', Tuhan yang ada anak, Tuhan yang ada bapa, Tuhan yang ada isteri,  jadi beerti, andai kata kita redha kalimah ALLAH digunakan dalam Bible, maknanya kita telah pun merelakan ALLAH itu bukan lagi Esa," katanya ketika diminta mengulas pendirian Pakatan Rakyat berhubung penggunaan kalimah ALLAH di kalangan bukan Islam.

Meskipun begitu katanya, penggunaan kalimah ALLAH dalam keadaan-keadaan tertentu misalnya dibolehkan kepada penganut agama lain selain Islam.

"Kalau dia nak sebut, umpamanya kalau ditanya siapakah yang menciptakan langit dan bumi, kalau dia kata ALLAH, memang betul. Kalau orang kafir itu hendak sebut ALLAH, itu terpulang kepada dialah.

"Tetapi apa yang kita tekankan di sini ialah apabila kalimah ALLAH itu hendak digunakan dalam Bible bahasa Melayu kemudian perkataan 'God' itu ditukar dengan kalimah ALLAH, itu yang kita tidak setuju. Itu nanti yang akan mewujudkan kekeliruan," tegas beliau lagi.

 Mengulas lanjut, Tamyes menegaskan sekiranya terjemahan 'God' dalam Bible itu digantikan dengan ALLAH, beliau khuatir anak muda yang cetek pengetahuan agama boleh terpesong akidahnya kelak.
"Anak muda yang cetek agama ini, mungkin sekarang belum lagi tetapi 10 tahun akan datang merasakan tidak ada beza ALLAH dalam Kristian dan ALLAH dalam Islam. Sama sahaja, kalimahnya juga sama," katanya.  

Beliau turut mempertikaikan bagaimana cadangan seumpama itu boleh ditimbulkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini walhal 'God' dan ALLAH dalam kedua-dua fahaman agama, Islam dan Kristian, adalah berbeza sama sekali.

"Pertamanya ALLAH itu bukan ALLAH Trinity. Kenapa kalimah ALLAH ini hendak diguna?" soalnya.

Beliau juga tidak menolak ini adalah usaha pihak tertentu untuk mengelirukan masyarakat Islam di negara ini.

"Ada usaha untuk memutarbelitkan fahaman kalimah ALLAH itu yang hendak dibawa dan diterjemahkan ke dalam Taurat atau pun Injil supaya akhirnya manusia ini tidak dapat membezakan di antara fahaman ALLAH dalam Islam dan God dalam Kristian," katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dalam SMS kepada Sinar Harian Online menggesa umat Islam di seluruh negara supaya memperkukuhkan ajaran Islam masing-masing daripada mengambil peduli kebebasan beragama penganut agama lain sehingga menimbulkan permusuhan.

"Adalah tidak wajar orang Islam campur tangan urusan agama lain. Ini bertentangan dengan konsep tiada paksaan dalam beragama yang ditetapkan oleh ALLAH dalam al-Quran. Juga ia menyalahi Perlembagaan Malaysia.

"Umat Islam sepatutnya memperkuatkan dakwah islamiah. Bukannya asyik mengambil sikap bermusuhan dengan penganut agama lain. Ini tidak baik untuk dakwah Islam. Hak beragama kafir zimmi dijamin oleh Rasulullah SAW. Umat Islam wajib pertahankan hak dan keputusan yang pernah Rasulullah bagi kepada mereka," katanya.

Atas dasar itu, beliau turut menyeru umat Islam di negara ini membuang sikap buruk "yang tak sukakan kedamaian antara agama di Malaysia."

"Umat Islam lemah sebab mereka suka salahkan orang lain dan malas buat tugasan sendiri khususnya dalam dakwah Islam. Bila datang agama lain, sibuk salahkan mereka. Negatif," tambah beliau.

No comments: