Kuala Lumpur: Mesyuarat Majlis Syura PAS malam tadi memutuskan kalimah
Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.
Sayap tertinggi dalam parti berkenaan yang dianggotai 15 ahli, berpendapat menterjemah kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna dan salah guna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata, sekali gus perlu dicegah.

Ketetapan itu yang turut melarang kalimah Allah diterjemahkan
ke dalam mana-mana bahasa dunia, diputuskan pada mesyuarat di Ibu
Pejabat PAS, di sini yang dipengerusikan Mursyidul Amnya, Datuk Aziz
Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.
Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani umat Islam iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan” Kenyataan Majlis Syura PAS
Dalam kenyataan media dikeluarkan selepas mesyuarat hampir dua jam berakhir 11 malam itu, Nik Aziz dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, berkata kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bersama Haron dan Ketua Dewan
Ulama, Datuk Harun Taib antara ahli Majlis Syura yang menyatakan
pendirian mereka secara terbuka menentang penggunaan kalimah ‘Allah’
dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam.
No comments:
Post a Comment