21.1.13

ISU KEMUNCAK KALIMAH ALLAH....

Hadi akan pertahan Majlis Syura Ulama

KUALA TERENGGANU 20 Jan. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan tunduk dengan desakan DAP agar beliau mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.

Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika dihubungi di sini hari ini berkata, Abdul Hadi akan mempertahankan pendirian Majlis Syura itu walaupun jelas bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang.

Ahmad Samsuri menegaskan, beliau yakin Presiden Pas itu tetap dengan pendirian serta keputusan yang telah diambil oleh Majlis Syura Ulama Pas tempoh hari berhubung isu itu.

"Saya pasti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan keputusan rasmi yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Beliau tidak akan sekali-kali berganjak dengan desakan DAP itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini

=========================

Pas minta DAP jangan pertikai keputusan Dewan Ulama

KUALA TERENGGANU 20 Jan. - Selepas menempelak Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali semalam, Dewan Ulama Pas meminta DAP jangan sesekali mempertikaikan keputusan dewan itu berhubung isu kalimah Allah yang khusus untuk orang Islam.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, pendirian Pas berhubung isu penggunaan kalimah Allah tidak perlu dipersoalkan oleh pakatan pembangkang kerana kerjasama yang dijalinkan mereka hanya dalam soal politik dan bukannya agama.

Bagi persoalan yang menyentuh agama katanya, Pas boleh membuat keputusan secara bersendirian.

"Kalau Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu merayu atau mendesak juga Pas mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti, itu dia punya pasallah,"

===========================

Gesaan Karpal wajar buka mata Pas

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Para pemimpin, ahli dan penyokong Pas perlu sedar tentang sikap sebenar DAP ekoran gesaan Pengerusinya, Karpal Singh supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama parti itu berhubung dengan kalimah suci Allah

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berpendapat, Abdul Hadi tiada pilihan lain kecuali terus mempertahankan pendirian majlis syura walaupun terdapat desakan supaya pendirian itu diubah.

Menurut beliau lagi, dalam keadaan Abdul Hadi yang tidak banyak pilihan sama ada terus mempertahankan keputusan ulama atau akur dengan kehendak Karpal, Presiden Pas itu wajar menunjukkan ketegasannya.

"Seperti mana ketegasan serta istiqamahnya para ulama di dalam parti itu yang selama ini tidak pernah berganjak dengan pendirian bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna oleh mereka yang bukan beragama Islam.

=========================

 



No comments: