14.1.13

Kenyataan Paderi Indonesia TTG Kalimah Allah.

Kalimah Allah: Kenyataan Jahja perkukuh pendirian


KUALA LUMPUR 13 Jan. - Kenyataan seorang paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar bahawa kalimah Allah adalah khas untuk umat Islam memperkukuhkan lagi pendirian ulama di negara ini yang menentang penggunaan kalimah itu di dalam Bible versi bahasa Melayu.

Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Aidit Ghazali memberitahu, kenyataan Jahja itu juga selari dengan perjuangan para ilmuwan dan pertubuhan Islam di negara ini bahawa tiada ruang untuk umat Islam berbeza pendapat tentang penggunaan kalimah Allah.

“Kenyataan itu mengukuhkan lagi pendirian kita bahawa kalimah Allah adalah eksklusif untuk umat Islam. Pendirian kita jelas, walaupun sebelum paderi itu membuat pengakuan di dalam bukunya lagi.

“Kita menentang penggunaan kalimah Allah di dalam Bible versi bahasa Melayu kerana melibatkan urusan ibadat sesuatu agama. Kalimah itu kita perlu pertahankan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini

=================



No comments:

Huraian Kisah Saidina Umar Memukul Anaknya / Sebat Anak. Benar atau Palsu?

Pastikan anda telah mengikuti Siri Tabarra 1 - 10 sebelum anda membaca dan memahami Tabarra 11.... Jika belum sila hubungi penghantar siri...