1.12.09

Musim haji tiba ke penghujung 2009



GAMBAR yang dirakam dari udara menunjukkan jutaan jemaah haji sedang mengelilingi Kaabah di dalam Masjidil Haram di Mekah pada Sabtu lalu. Ibadah tersebut berakhir semalam. – AP

MEKAH 30 Nov. – Ibadah haji musim ini sampai ke penghujungnya hari ini tanpa meletusnya wabak selesema babi yang sebelum ini dikhuatiri mengancam tiga juta jemaah yang menunaikan rukun Islam kelima itu.

Pihak berkuasa Arab Saudi berkata, hanya lima kematian dan 73 kes dijangkiti virus influenza A (H1N1) itu dilaporkan.

Menteri Kesihatan Saudi, Abdullah al-Rabeeah berkata, lima jemaah meninggal dunia akibat virus itu, yang turut menghidapi penyakit kronik yang lain, tetapi di kalangan jemaah lain tidak timbul masalah kesihatan serius.

“Dengan sukacitanya saya mengumumkan ibadah haji 2009 berlangsung tanpa sebarang wabak penyakit,” kata menteri itu yang dipetik oleh agensi berita rasmi, SPA.

Lebih sejuta daripada mereka dijangka berlepas balik menerusi lapangan terbang dan pelabuhan di Jeddah, pintu masuk utama ke Mekah yang dilanda hujan lebat dan banjir kilat pada Rabu lalu. – AFP

No comments: