MEMAHAMI MANUSIA
Manusia juga ibarat puzzle. Setiap daripada kita mempunyai keunikan personaliti yang tersendiri. Berdasarkan kajian, personaliti manusia boleh dikelaskan kepada empat jenis profil iaitu Popular Sanguine, Perfect Melancholy, Powerful Choleric dan Peaceful Phlegmatic.
Apabila kita mengetahui profil personaliti, kita akan sedar istimewanya diri dan lebih penting lagi kita dapat menghargai personaliti dan sikap orang lain. Tiada satu profil personaliti yang lebih baik atau lebih buruk. Setiap personaliti mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri.
Ceria bersama Popular Sanguine
Jika ada dikalangan kawan anda yang popular dengan sifat ceria dan “happy go lucky”nya, maka dia memiliki personaliti ini. Kehadiran dia dalam mana-mana majlis pasti akan memeriahkan suasana. Sifat periang, peramah, suka bercerita, berjenaka, menjadi perhatian merupakan kriteria yang ada pada dirinya. Cuma kelemahannya kadangkala terlalu banyak cakap, mudah terlupa, tidak pandai mengurus, dan tidak serius.
Belajar mengurus dari Perfect Melancholy
Umumnya individu yang mempunyai personaliti ini seorang yang berfikiran tajam, organized dan artistik. Oleh sebab terlalu terperinci dan pentingkan details, kadangkala individu ini mudah mendapat tekanan dan perlu bersendirian. Walaupun begitu, kehadiran mereka sangat diperlukan dalam tugasan mengurus kerana mereka sangat pentingkan kesempurnaan. Malah artis, pemuisi, penulis sajak lahir dari golongan ini.
Berpandangan jauh seperti Powerful Choleric
Kebanyakan pemimpin mempunyai personaliti ini. Mereka jenis yang berani kehadapan, berkeyakinan tinggi, bercita – cita besar dan sukakan cabaran. Lazimnya mereka bijak dalam membuat keputusan dan membuatkan mereka tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Cuma kelemahannya, mereka agak degil, sukar menerima pandangan berbeza dan tidak sensitif terhadap perasaan orang lain.
Relax bersama Peaceful Phlegmatic
Individu yang mempunyai profil ini adalah seorang yang easygoing dan diplomasi. Mereka mudah bergaul dengan semua orang dan mempunyai ramai kawan. Kehadiran mereka diperlukan untuk mencapai perdamaian antara dua pihak di samping menjadi pendengar yang baik. Cuma lazimnya mereka tidak sukakan risiko dan cabaran. Lebih suka lakukan perkara yang mudah dan santai.
Jika mahu mengetahui profil personaliti anda, bacalah buku “Personality Plus” tulisan Florence Littauer yang akan memandu anda untuk memahami diri sendiri seterusnya memahami orang lain.
MENGHARGAI KEPELBAGAIAN
Ulasan di atas jelas membuktikan Allah menciptakan setiap individu berbeza personaliti kerana ada hikmah yang besar di sebaliknya. Seorang manusia tidak dapat menghasilkan banyak perkara bila berseorangan. Hasil daripada kerjasama dan sinergi antara manusialah yang menjadikan kehidupan kita lebih jauh bermakna. Ibarat puzzle yang berlainan bentuk, berbeza posisi sekiranya digabung-jalinkan dan diletakkan pada tempat yang sepatutnya, akan memberikan satu gambaran baru yang jauh lebih besar, menarik dan jelas.
Jadi berusahalah untuk menghargai keunikan dan perbezaan pada diri anda dan setiap manusia. InsyaAllah dengan kekuatan sinergi itu dapat menghasilkan integrasi dan membuahkan hasil yang optima untuk kebaikan sejagat.
Firman Allah swt “Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang berjuang di jalanNya, dalam barisan yang seperti satu binaan yang tersusun rapi.” (Surah As-Saff : 4)
Proses Membina Minda Perkasa Memerlukan Proses Memperkasakan 4 dimensi Manusia yang utama iaitu IQ (Minda Perkasa) + EQ (Emosi Perkasa) + SQ (Rohani Perkasa) + PQ (Fisiologi Perkasa) MAKA wujudlah 10 Bakat n Potensi Kecerdikan Yang Hebat.....iaitu Fikrah, Rabbani, Emosi Personaliti, Jasadi, Mata Sakti, Auditori Hikmah, Bicara Mutiara, Galaksi, MST dan P.A.K.S.I Yakinilah Bahawa Anda Unik, Hebat, Fakiih dan Mampu Berjaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali sa...
-
Oleh NIZHA PERIASWAMY nizha.periaswamy@kosmo.com.my PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemar...
-
Bahagian Pertama Bahagian Ke 2 Bahagian ke 3
No comments:
Post a Comment