15.12.09

Apakah methodologi terbaik melaksanakan Hukum Syariah Islam

Perlaksanaan hukum syariah Islam merupakan tuntutan yang wajib bagi semua umat Muslimin. Banyak nas-nas al Quran n as-Sunnah yang disebut oleh Ustaz-ustaz sama ada di surau, masjid, program agama, ceramah, bengkel malah menerusi media elektronik.

Namun begitu, kita kekurangan model contoh yang menghayati apa yang telah dilaksanakan di zaman Rasulullah, Para Sahabat, Khulafa' ArRasyidiin dan zaman selepasnya. Tiada dokumen atau gambar atau lukisan, bagaimanakah pendekatan yang telah diambil bagi melaksanakan hukum ini terutama hukuman rejam sampai mati bagi penzina yang terdiri dripada golongan yang sudah berumah tangga.

Filem "Semerah Padi" menunjukkan bagaimana penduduk dan memerintah melaksanakan hukuman rejam sampai mati dan hukuman sebat bagi penzina yang berkahwin dan penzina bujang. Namun persoalannya ...adakah ianya menepati kaedah yang dianjurkan oleh Islam.

Begitu juga satu hukuman rejam sampai mati yang dilaksanakan oleh Penduduk dan Pentadbir Satu Kawasan Di Somalia...

Anda boleh membaca serta melihat gambar-gambar yang disertakan dan BERFIKIR... adakah ini KAEDAH/METHOD PERLAKSANAAN yang selari dengan kehendak Islam yang sebenarnya?

*************************************************

DUNIA

Penduduk lihat hukuman rejam


MOHAMED ditanam dalam lubang di Afgoye, pada Ahad lalu.


MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.

Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.

Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.

"Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain," kata seorang pekedai, Halima Osman.

"Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.

"Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.

"Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri," tambahnya.


SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed.


Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.

Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.

"Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai.

"Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya.

Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.

Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.


BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati.


Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.

"Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow.

Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agensi

No comments: