Ahlan Wasahlan...

Jawatan Kosong Untuk Gadis Bawah 27 Tahun

Minuman Kesihatan dan Kekuatan

Minuman Kesihatan dan Kekuatan
Belum Cuba ..Belum Tahu... Cuba dulu baru tahu..

Sekali Lagi Zoo Menerima Tiupan Angin Panas Sebelum Tahun 2009 Melabuhkan Tirainya, .....

Zoo Ampang bergegar lagi.... angin panas kembali bertiup kencang... semua singa-singa di dalamnya kembali mengaum-ngaum kepanasan... ada mengambil air sembahyang untuk sejukkan diri... ada pergi ke penghujung pagar... berdoa...dan melakukan meditasi rohani.. memohon petunjuk ilahi...

Bulan lepas, satu singa betina menghantar sekeping nota rasmi mengumumkan perletakan jawatannya sebagai singa perkasa zoo ampang... sesinga betina yang lain mengaum kebisingan berkata itu dan ini... mungkin kecewa dgn nota itu.... makanan semakin bertambah... pengunjung mula ramai tetapi korum untuk buat show tak cukup....

Hari ini, singa jantan yg menjadi harapan penjaga zoo pula mula berbicara secara rasmi melalui ledakan-ledakan sms menyatakan riwayat hidupnya di zoo ampang tidak lama... beliau juga memohon keizinan untuk keluar dari kepompong zoo.. ingin hidup bebas di luar sana atau berpindah ke zoo yang lain sesuai sarjana yang dimiliki...

Penjaga zoo nampak sedikit keciwa... menghantar aura gelombang pada sesinga yang lain ... bertanyakan sebuah komitment pada persembahan yang dikehendaki oleh pengunjung....
Gempita sesinga yang lain buat seketika...namun sedikit memahami apabila singa jantan ini berbicara... memahami sedikit kegusaran si penjaga zoo.

Gerakerja persembahan semakin bertambah... bilangan sesinga jejantan dan bebetina semakin merusut...lalu sebuah perjumpaan tergempar perlu diadakan bagi menyusun satu warkah bicara sejuta langkah...

Dunia semakin berubah, trend semakin baru...zaman sentiasa perlukan yang kini dan terkini...

Umur-umur sesinga juga semakin berubah menjadi semakin lama dan tua... anak-anak singa juga semakin membesar...semakin kuat makan...semakin perlukan ini dan itu di sekolah, di rumah dan disekeliling mereka....

Dulang makanan yang diberi tetap sama.......adakah ianya perlu sama selamanya atau perlu berada dalam magic multiplier... menjadi dua..tigaa..atau 10 dulang...ditambah setiap bulan atau setiap tahun....

Singa kini hanya melihat lingkaran duri dan ranting besi penghujung pagar.... tak berapa tinggi untuk dilompati.... melihat mentari bercahaya indah..bagai pelangi melabuuhkan diri untuk tenggelam bagi menutup sekalian hari...ye ... menggantikan dgn malam....

Adakah esok...juga sama fungsinya?

No comments: