23.12.09

PERSONALITI BERDASARKAN EMOSI

Mengapa emosi menjadikan seseorang sebagai unik? Kerana manusia pada dasarnya mempelajari ilmu yang sama. Sebagai contoh, kanak-kanak yang belajar dalam kelas yang sama, di ajar oleh guru yang sama, tetapi pada akhirnya memberikan prestasi yang berlainan dalam bidang akademik. Kerana pelajar bukan robot. Mereka yang beremosi ini mempunyai tahap penerimaan maklumat yang berlainan. “Mood” sebagai contohnya adalah contoh bagaimana emosi menjadikan keunikan manusia dapat dilihat.

Sungguhpun setiap manusia adalah unik, tetapi pakar telah bersetuju bahawa personaliti manusia boleh dipecahkan kepada 4 jenis kumpulan:-

1) Driver / Pemaksa
- sangat fokus kepada sesuatu objektif
- tahu apa yang diingini dan bagaimana mendapatkannya
- berinteraksi dengan cepat dan pantas ke arah tujuan sebenar
- bersetuju dengan “matlamat menghalalkan cara”
- rajin, bertenaga, kurang malu

2) Expressive / Penunjuk
- seorang jurujual secara semulajadi atau pencerita
- seorang yang sangat ramah dan mesra
- seorang pemberi motivasi yang baik, boleh berinteraksi dengan senang
- selalu tokok tambah cerita, melebih-lebihkan dan tiada fakta
- gemar bercakap tapi tidak membuat

3) Amiable / Si Bersopan-santun
- sangat baik hati dan mengelak dari konflik
- boleh menyesuaikan diri dalam banyak keadaan
- bermasalah dalam membuat keputusan
- suka kepada seni, sajak dan sangat sensitif
- pendiam dan bercakap lembut

4) Analytical / Pemikir
- sangat suka kepada perkara-perkara kecil
- tidak boleh buat keputusan tanpa fakta yang mencukupi
- selalunya sangat baik dari segi pengiraan atau pembuatan
- sangat kritikal
- suka menjangka perkara buruk
- percaya pada pandangan sendiri

Apakah faedah untuk mengenali personaliti seperti ini? Sebenarnya ia boleh membantu kita untuk menerima hakikat bahawa dalam urusan seharian, kita tidak boleh lari dari konflik. Seteruk mana konflik itu berlaku banyak kaitannya dengan pemahaman kita pada 4 personaliti yang berbeza ini. Dari segi cara kita menyelesaikan konflik, memahami kesannya, menerima seadanya dan pelbagai faedah lain yang dapat mengurangkan “damage” yang berlaku dari sesuatu konflik dengan orang-orang di sekeliling.

No comments: