4.12.09

Hati-hati Tika Hujan Dekat LRT Chan Sow Lin!



TENGGELAM...dua kereta yang ditenggelami air berhampiran Stesen
LRT Jalan Chan Sow Lin, semalam.

KUALA LUMPUR: Tiga pemandu kereta nyaris lemas apabila kereta dipandu meredah banjir kilat tiba-tiba tersangkut sebelum dibawa arus deras ke dalam kawasan jalan yang menjadi kolam maut sedalam hampir empat meter.

Hujan lebat melanda ibu kota sejak jam 5 pagi menyebabkan air naik mendadak di beberapa kawasan rendah di sekitar ibu kota.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi semalam berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jalan Chan Sow Lin di sini, pemandu terbabit yang tidak menyedari jalan digenangi air cuba meredah banjir terbabit, bagaimanapun panik selepas kereta ditenggelami air.

Difahamkan air yang menenggelami jalan terbabit lebih tinggi daripada biasa menyebabkan pemandu menyangka boleh melepasinya.

No comments: