23.12.09

PERSONALITI BERDASARKAN WARNA

Kadangkala dalam kita berkawan atau bekerja, kita melampaui batas sehingga bergaduh berselisih faham dan sebagainya. Kadang-kadang dengan pasangan suami/isteri atau adik-beradik atau ibu-bapa juga boleh bertengkar.

Salah satu sebabnya ialah kerana tidak cuba memahami perbezaan personaliti.

Pakar physchology membahagikan manusia kepada 4 jenis personaliti, iaitu:

1. Merah
2. Hijau
3. Kuning
4. Biru

Setiap jenis personaliti di namakan dengan warna untuk memudahkan kita mengingatinya. Jadi bukanlah personaliti warna hijau melambangkan orang yang suka warna hijau, ia sekadar label sahaja.

Menurut Carl Jung, setiap manusia mempunyai setiap personaliti ini. Cuma peratusan jenis personaliti itu berbeza di antara seseorang.

Merah
Orang yang mempunyai peratusan Merah yang tinggi pada hakikatnya pandai mempengaruhi atau memotivasikan orang lain. Mereka mempunyai bakat kepimpinan. Kebiasaannya mereka juga mempunyai beberapa orang pengikut atau pekerja. Mereka juga adalah jenis “doers”, iaitu orang yang melakukan sesuatu itu dengan cepat.

Walau bagaimanapun, mereka mempunyai ego yang tinggi, kurang sabar dan akibatnya mudah melepaskan kemarahan. Mereka juga agak sukar untuk di pengaruhi atau belajar melainkan dengan orang-orang tertentu.

Mengikut sesetengah pakar physcology, orang-orang yang boleh mempengaruhi atau menjadi mentor kepada orang merah ini ialah orang yang mereka berpendapat sebagai mempunyai kredibiliti tinggi.
Mereka juga menilai sesuatu pendapat berdasarkan kredibiliti orang yang memberi pendapat tersebut. Mungkin juga kerana mereka memang mahir dalam menilai kredibiliti seseorang dan kurang mahir dari segi menilaikan kandungan yang diucapkan.

Oleh kerana mereka jenis kurang sabar, maka pastikan apabila bercakap dengan mereka ini, gunakan ayat-ayat yang ringkas tetapi padat. Pastikan anda terus masuk ke topik. Jangan sekali-kali menggunakan sebarang ayat yang anda tahu boleh menyinggung mereka, kelak buruk padahnya. Walau bagaimanapun, mereka biasanya adalah orang yang berfikiran terbuka.

Keserasian: Kurang serasi dengan Hijau dan Biru.
Kerjaya: Pemimpin masyarakat, ketua jabatan/organisasi, pemimpin politik, mereka yang memegang tanggungjawab besar, mereka yang mempunyai pekerja sendiri.

Hijau
Golongan dengan peratusan ini adalah mereka yang banyak bergantung kepada fakta, ilmu dan pembacaan. Oleh itu, biasanya golongan ini adalah yang gemar membaca.

Mereka gemar membuat penyelidikan atau pembacaan untuk memastikan keputusan yang mereka buat adalah tepat. Malangnya ia kadangkala membuatkan mereka sering lambat di dalam membuat keputusan atau sesuatu kerja itu bertangguh. Mereka bukanlah “doers”.
Mereka menilai kredibiliti berdasarkan apa yang diperkatakan, bukan siapa yang mengatakannya.

Apabila bercakap dengan golongan ini, hendaklah bersabar dan bersedia dengan fakta-fakta, bukan andaian.

Keserasian: Kurang serasi dengan Merah.
Kerjaya: Engineer, IT (komputer), Doktor.

Kuning
Mereka ialah golongan yang suka menolong/membantu orang lain. Mereka berasa gembira jika dapat membantu orang lain. Mereka juga mempunyai ramai kawan.

Agak sukar untuk mencari kelemahan golongan ini kerana semua orang dan semua personailiti suka kepada mereka ini.

Walau bagaimanapun, mereka perlu di motivasikan untuk membuat sesuatu yang mereka kurang faham.

Seperti merah, mereka juga tidak suka dihidangkan dengan sesuatu yang kompleks. Mereka juga orang yang suka mengikut peraturan.

Apabila menerangkan sesuatu perkara dengan golongan ini, hendaklah mengikut turutan dan tidak di hidangkan kesemuanya.

Keserasian: Semua jenis personaliti
Kerjaya: Nurse, Doktor, Guru, sukarelawan.

Biru
Mereka ialah orang selalu gembira dan suka menikmati kehidupan atau pekerjaan. Menikmati kehidupan di sini tidak semestinya suka enjoy.
Tetapi boleh juga suka bercucuk tanam atau apa-apa juga hobi.
Golongan ini juga tidak suka sesuatu yang kompleks.

Jika berbicara dengan mereka, berbicara dahulu mengenai keluarga atau apa-apa juga yang mereka suka. Jangan terus masuk kepada topik sebenar.

Keserasian: Kurang serasi dengan Merah.
Kerjaya: Apa-apa kerjaya yang mereka boleh berseronok. Contohnya marketing (kerana boleh melancong), perhotelan, agensi pelancongan, nursery.

Mengikut Carl Jung, setiap manusia mempunyai ke empat-empat personailiti ini. Tetapi peratusan personaliti adalah berbeza di antara seseorang.

Misalnya George Bush mungkin mempunyai Merah:50%, Hijau:20%, Kuning:20% dan Biru:10%. Bagi nurse pula, mungkin Kuning:40%, Hijau:40%, Biru:10%, Merah:10%.

No comments: