24.11.09

Jangan tertipu apabila penjual mengenakan caj 2% tambahan kerana menggunakan kad kredit

Kita sebagai pengguna jangan membiarkan diri kita ditipu apabila penjual mengenakan 2% caj tambahan kerana pembelian menggunakan kad kredit...

Kejadian ini melular di Low Yat dan sesetengah kedai.... jauhkan diri kita daripada penipuan di siang hari ini

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Caj kad kredit tambahan dilarang

KUALA LUMPUR - Para peniaga pada prinsipnya dilarang daripada mengenakan caj tambahan kad kredit atau surcaj kepada pelanggan yang membeli barangan menggunakan kad kredit.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, larangan ke atas pengenaan caj tambahan itu adalah selaras dengan peraturan syarikat penjenama kad seperti MasterCard Worldwide dan Visa International serta dalam syarat perjanjian di antara peniaga dan institusi pemeroleh peniaga.

"Pemegang kad sebenarnya berhak memaklumkan kepada institusi pemeroleh peniaga atau pengeluar kad kredit yang berkenaan mengenai pengenaan caj tambahan dengan mengemukakan bukti.

"Contohnya resit bayaran yang menyatakan jumlah caj tambahan itu supaya dapat disiasat dan tindakan sewajarnya boleh diambil oleh institusi pemeroleh peniaga ke atas peniaga berkenaan. Pemegang kad juga mempunyai pilihan untuk tidak membeli barangan daripada peniaga yang mengenakan caj tambahan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Abdul Rahman ingin tahu mengapa peniaga dibenarkan mengenakan caj tambahan sebanyak dua peratus kepada pembeli yang menggunakan kad kredit dan menyifatkan tindakan itu sebagai 'rompakan siang hari.

No comments: