21.11.09

Banggakah kita_anak dapat 5A dalam UPSR dan berebut masuk SBP?

Minggu ini, keputusan UPSR telahpun keluar, ada parent happy sgt dan ada parents sedih sgt... seolah-olah bila anak gagal dapat 4A atau 5A- dunia masa hadapan anak itu pudar, kelam dan dikira gagal atau tak cerdik!

Apakah yang sebenarnya, kita ingin daripada pendidikan anak-anak? Cemerlang dalam exam? cemerlang dalam hidup? cemerlang dalam akhlaq, moral dan kehidupan?

Anak seusia 12 tahun dibebankan dgn stress yang tinggi, dihantar ke kelas tuisyen setelah penat belajar di sekolah, dihantar ke kelas itu dan ini.... akhirkan kemahiran sosial dan nilai sosial terabai....

Yang dapat dilahirkan ialah anak yang hebat dalam pelajarannya tapi tak reti nak bersosial.. hidupnya dgn buku, komputer, gajet dan dunia mainannya....sahaja...

Tapi mudur dan gagal dalam membina kemahiran berkomunikasi, kemahiran bersembang dgn kawan dan orang tua, kemahiran membina team cemerlang, kemahiran kepimpinan dan kepemimpinan, kemahiran membina disiplin diri, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kreatif, konstruktif dan kritikal yang berhemah, kemahiran menghadapi stress dan kemahiran menghadapi kegagalan.

Lihat sebahagian besar pelajar lepasan SPM, STPM dan Graduan Universiti yang mencari pekerjaan.... begitu lemah dalam kemahiran berkomunikasi walaupun menggunakan bahasa ibunda, kemahiran bekerja dalam team, kemahiran membina ilmu baru, kemahiran memantapkan kemahiran yang sedia ada, kemahiran temuduga, kemahiran menjawab atau bertanya menerusi telefon...

Ayat yg digunakan kebanyakkannya ayat pasar atau ayat budak bawah/rendah pemikiran seperti

"Hello, sapa tu yek?" "apa yg boleh dibantu yek" "awak ni sapa yek?
"kalu saya kerja kat sana berapa gaji yek"

Bila ditanya.."awak ada pengalaman" jawabnya tak de yek" (bunyi yek..yek..yek.. yang datang fikiran saya ialah belajar bahasa dengan "yek" kat zoo agak budak ni?"

Berapa expected salary?.... apa jawapannya, "budok degree ...rm3000 sebulan!"

"ha..ha... tiada pengalaman minta RM3000 sebulan?"..adakah itu kemahiran memberikan jawapan dalam interview?

Itulah contoh-contoh yang berlaku dewasa ini akibat memberikan penekanan yang terlalu tinggi dalam kecemerlangan akademi sampai terabai kecemerlangan kemahiran sosial dan nilai sosial....

TAPI apakah cabaran anak walaupun cemerlang?

laporan kosmo ada kebenarannya....


48,171 pelajar rebut 6,600 tempat





KUALA LUMPUR - Jika kesemua 48,171 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berharap dapat ke sekolah berasrama penuh (SBP) pada Januari depan, maka pastinya ramai yang kecewa.

Ini kerana kuota bagi 58 SBP di seluruh negara untuk pelajar baru hanya 6,600 orang, menjadikan purata 10 pelajar yang masing-masing mendapat 5A terpaksa bersaing merebut satu tempat.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zakarshi (gambar kecil) mengakui ramai pelajar pasti kecewa kerana jumlah tempat di SBP jauh daripada mencukupi.

"Kita tahu di luar sana ramai pelajar cemerlang tetapi itu sahaja tempat yang ada,'' katanya selepas majlis Pra Pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di sini semalam.

Disebabkan tempat yang terhad, beliau menjelaskan, saringan memilih calon juga diperketatkan.

No comments: