19.11.09

2 Akta Yang Menggembirakan Pengguna Buat Seketika

Akta maklumat kredit dibentang

KUALA LUMPUR - Selepas mendapat pelbagai reaksi dan bantahan daripada banyak pihak mengenai tindakan agensi rujukan kredit khasnya Credit Tips Off Sdn. Bhd. (CTOS) mendedahkan maklumat pelanggan yang ingin mendapatkan pinjaman kepada bank, Rang Undang-Undang Agensi Pelaporan Kredit 2009 akhirnya dibentangkan di Parlimen semalam.

Rang undang-undang yang akan dinamakan Akta Agensi Pelaporan Kredit 2009 itu, antara lain, bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran dan pengawalseliaan semua agensi pelaporan kredit yang melibatkan pemprosesan maklumat kredit pelanggan yang mungkin terdiri daripada individu, pertubuhan perbadanan atau badan tidak diperbadankan.

Menurut rang undang-undang itu, melalui pengawalseliaan agensi pelaporan kredit, kepentingan pelanggan terpelihara dan ini seterusnya akan memberi keyakinan di kalangan orang yang terlibat dalam transaksi komersial yang berkaitan dengan pertukaran maklumat kredit.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Akta Sewa Beli akan dipinda

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan meminda Akta Sewa Beli ekoran berlakunya banyak tindakan keterlaluan oleh pihak bank terhadap pengguna yang gagal melunaskan hutang ansuran kenderaan mereka.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pindaan akta itu perlu dilaksanakan kerana Akta Sewa Beli sedia ada memberi terlalu banyak kebebasan kepada bank sehingga melakukan tindakan dengan mengenakan pelbagai caj kepada pengguna yang gagal melunaskan hutang ansuran mereka.

"Sebagai contoh, apabila bank bertindak menarik kereta pengguna yang gagal melunaskan hutang ansuran mereka seperti yang ditetapkan dalam perjanjian sewa beli, pengguna akan menghadapi pelbagai bayaran untuk menuntut semula kereta mereka.

"Antaranya ialah bayaran upah tarik kereta, bayaran tuntutan semula dan bayaran untuk menyimpan kereta pengguna," katanya selepas menghadiri mesyuarat antara KPDNKK dan 40 wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO) persatuan pengguna di sini semalam.

No comments: