8.11.09

Enam finalis Penyampai Ikon tentukan juara 14 November



ENAM peserta final Penyampai Ikon 2009 (dari kiri depan) Aina Suzaily, Aiyshah, Shahril, Hazel (belakang, kiri), Faizi dan Beatrice (gambar kecil).


DEBARAN. Program realiti Penyampai Ikon 2009 terbitan RTM malam tadi mengumumkan enam peserta yang mara ke episod akhir pada 14 November ini.

Mereka ialah Aina Suzaily M. Zailanny, Mohamed Shahril Sarapudin, Hazel Desmond, Khairil Faizi Dalaiil dan Aisyhah Baslie manakala Beatrice Krishnan kembali bersaing selaku peserta terbaik di kalangan mereka yang tersingkir.

Jika sebelum ini rancangan itu disiarkan dalam bentuk rakaman, dalam episod akhir itu mereka bakal beraksi secara langsung dari Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur dan disiarkan menerusi TV2 mulai pukul 8.30 malam.

Mereka adalah antara 17 peserta Kolej Penyampai Ikon yang telah mengikuti pengajian dalam bidang kewartawanan siaran anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak 14 Ogos lalu.

No comments: