12.11.11

MANUSIA ADALAH MAKHLUK KREATIF DAN SERBA BOLEH...KNAPA TAK GUNAKAN POTENSI LUARBIASA INI?

Salam semua,

Kita sebagai manusia adalah modal insan yang serba boleh, kreatif dengan syarat kena ada keyakinan diri yang jitu - self-esteem-. Keyakinan diri akan membuang sifat malu pada kehebatan dan membina sifat berani utkk membuat sesuatu yang luar biasa.

Kita boleh.....

Ikuti kehebatan manusia halimunan ini.......

Artis halimunan menyamar rak sayur


SEORANG wanita ketawa ketika menolak troli dan mendekati artis China, Liu Bolin di sebuah pasar raya di Beijing, China kelmarin.


BEIJING - Artis China Liu Bolin sekali lagi mengagumkan peminatnya apabila dia menyamar sebagai rak sayur di sebuah pasar raya di sini kelmarin.

Digelar artis halimunan kerana kepakarannya menyatukan diri dengan pelbagai latar belakang, Bolin, 35, bergiat aktif dalam seni ilusi optik sejak enam tahun lalu.

Lelaki tersebut kerap melakukan persembahan solo dan berkumpulan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Pada Jun lepas, dia pernah menyamar sebagai rak majalah di New York. - Reuters


No comments: