23.11.11

GUNUNG-GANANG DAN KEHIJAUAN MEMPENGARUHI EMOSI DAN MINDA

Salam,

Jikalau kita bergaul dengan rakan-rakan daripada Indonesia, kita mudah dapati bahawa tindakan mereka banyak didominasikan oleh perasaan dan emosi yang kuat.

Emosi dan perasaan halus banyak memandu setiap tindak tanduk mereka. Itulah survival mereka kerana dari kecil lagi mereka tidak bergantung kpd orang lain....mereka hanya bergantung kepada kebolehan potensi diri...malah mereka tidak pernah bertongkatkan kepada bantuan kerajaan.

Mereka sanggup melakukan apa sahaja utk hidup...atas nama survival.

Kalau ada dikalangan mereka - orang indonesia- bergantung sepenuhnya kepada orang lain maka mereka akan kehilangan potensi diri.

Perpaduan mereka juga sangat kuat atas nama Bangsa Indons, mereka sanggup bersatu tak kira baik atau buruk. Sebab itu Agama Islam sangat perlu untuk mereka sebagai panduan ke arah kebaikan.

Atas dasar hidup bersama emosi dan perasaan halus inilah, kita dapati mereka mempunyai ratusan puak, golongan, pertubuhan, jemaah...kerana mereka suka akan kesatuan dalam persatuan.

Orang indonesia sanggup hidup dan mati kerana agama yang dianuti, kerana negara yang dicintainya dan kerana bangsa yang dimegah-megahkannya....

Sebab itu tatkala di Malaysiapun, kita akan dapati antara mereka bergaduh besar malah sanggup bunuh-membunuh atas nama perbezaan puak dan suku.

Antara negara pula, kekadang kita melihat mereka begitu marah kepada Rakyat Malaysia atas sebab berita angin yang disebarkan oleh media massa mereka sendiri.

Sebagai contoh kes deraan pekerja mereka oleh majikan cina malaysia. Mereka melihat isu ini adalah perbuatan rakyat Malaysia dan bukan cina malaysia. Akhirnya Rakyat Malaysia Bangsa Melayu yang berada di Indonesia juga terancam.

Pernah satu ketika dulu-semasa saya menuntut di UIA, saya terpaksa menerangkan perbezaan makna Rakyat Malaysia kepada Kawan saya Indonesia dan menerangkan perbezaan budaya, cara berfikir dan cara bertindak bangsa Cina, Melayu, India,Suku-Suku di Sarawak dan Sabah supaya beliau tidak akan marahkpd semua Rakyat Malaysia tetapi hanya marah pada tindakan bangsa yang membuat kesilapan/aniaya kpd Bangsa Indonesia sahaja. Alhamdulillah akhirnya beliau faham.

Berita-berita sukan seperti di bawah menjelaskan bagaimana Rakyat Indonesia bertindak berdasarkan pergerakan emosi dan perasaan halus serta bagaimana mereka begitu bangga dgn bangsa Indonesia dan begitu yakin bahawa bangsa Indonesia tidak perlu kalah kepada bangsa lain....

Selamat Membaca....

Akhbar Berita Harian!

Cowok Ganteng: Betapa cetek mentaliti mereka

2011/11/23

LEGENDA Garuda di Stadium Gelora Bung Karno kini tinggal mitos semata apabila provokasi dan gegak gempita lebih 100,000 penyokong tidak mampu menggugat semangat Harimau Muda meraih pingat emas pada edisi ke-26, malam kelmarin.

Bukan sekali, tetapi dua kali skuad tempang kendalian Ong Kim Swee diuji oleh tuan rumah dan keduanya berakhir dengan kemenangan buat negara. “Kami bukan saja diuji secara fizikal, malah mental juga,” kata Kim Swee.
Pengendali berasal dari Melaka itu bagaimanapun bernasib baik apabila ketempangan skuadnya diganti kaki besi yang menyaksikan pemain simpanan turut beraksi cemerlang terutama dalam perlawanan menentang Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan dan final.
Penulis dan rakan wartawan dari Harian Metro, Aziman Rosdi berpeluang merasai ujian mental dilalui Kim Swee dan anak buahnya apabila mengikut kumpulan penyokong Malaysia – Team Malaysia – menaiki bas ke stadium mengekori di belakang bas skuad negara.

Sepanjang jalan masuk ke perkarangan stadium, kedua-dua bas diiringi polis tidak dapat bergerak apabila penyokong tempatan menghalang kami dan ada yang bertindak membaling objek ke tingkap bas.


Sebagai wartawan, kami yang perlu sampai awal untuk mendapat tempat terbaik di kawasan media, sudah terasa seperti membuat kesilapan mengikut bas berkenaan kerana pasti lewat tiba ke stadium.


Selepas lebih 40 minit menunggu untuk melepasi gangguan penyokong dari pagar ke pintu masuk stadium yang jaraknya tidak sampai 100 meter, kami akhirnya diturunkan di tepi padang dan terpaksa berjalan dalam kumpulan sambil diiringi polis ke tempat duduk penonton.


Diejek “Balik! Balik!” oleh ribuan penonton dengan sebahagian besar daripada mereka termasuk kanak-kanak menunjukkan isyarat jari hantu dan penumbuk, kami terasa betapa ceteknya mentaliti mereka sebagai tuan rumah temasya yang sepatutnya menjalin perpaduan di kalangan negara rantau Asia Tenggara.

Bagaimanapun semua itu berbaloi dengan emas ke-59 negara dikutip oleh skuad bola sepak sehari sebelum temasya berakhir hasil kemenangan 4-3 pada penentuan penalti selepas seri 1-1 sebaik tamat masa tambahan.


Syed Riduan


==========
KOSMO:

'Maaf seluruh rakyat Indonesia'


PARA pemain Indonesia sugul selepas mereka tewas 3-4 kepada pasukan Malaysia pada final bola sepak Sukan SEA 2011 kelmarin.


JAKARTA - Hanya permohonan maaf mampu diungkap jurulatih skuad bola sepak Indonesia, Rahmad Darmawan selepas kegagalan skuad Garuda Muda meraih pingat emas pada Sukan SEA 2011.

Pada aksi final di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam kelmarin, anak-anak buah Rahmad terpaksa akur dengan kehebatan Harimau Muda apabila tumbang 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti.

Dengan kekalahan itu, Indonesia gagal mengakhiri kemarau berpanjangan selepas kali terakhir memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA pada temasya 1991 di Manila, Filipina selepas menewaskan Thailand 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

"Di kesempatan ini, saya mahu meminta maaf kepada selu- ruh masyarakat Indonesia atas kegagalan kami gagal meraih pingat emas.

"Yang jelas, para pemain telah berusaha untuk habis-habi- san untuk merebut pingat emas tetapi akhirnya kita gagal," kata Rahmad pada sidang media sejurus selepas tamat perlawanan malam kelmarin.

Rahmad berkata, barisan pemainnya telah menampilkan rentak bertenaga pada awal babak pertama sehingga memperoleh gol menerusi jaringan Gunawan Dwi Cahyo seawal minit kelima.

Bagaimanapun Rahmad mengakui, anak-anak buahnya gagal meneruskan momentum selepas memperoleh gol pembukaan tersebut, sebaliknya Hari- mau Muda tampak lebih mendominasi perlawanan.

"Sepatutnya para pemain terus memburu gol tetapi disebabkan kelekaan, kita pula yang menerima padah apabila Malaysia berjaya menghasilkan gol penyamaan.

"Ini antara punca kita gagal. Seharusnya para pemain harus mempelbagaikan corak serangan dan tidak hanya bergantung kepada pemain sayap.

"Pemain juga kelihatan takut menyerang. Situasi itu dimanfaatkan dengan baik oleh pihak lawan.

"Jujur, Malaysia mempunyai lebih banyak peluang untuk meraih kemenangan pada perlawanan hari ini," jelas bekas jurulatih kelab Persipura dan Sriwijaya FC itu.

Ditanya mengenai persiapan mental anak-anak buahnya ketika penentuan sepakan penalti, Rahmad mengakui, hanya tiga pemainnya sahaja yang benar-benar bersedia melakukan sepakan penalti.

"Pada mulanya, saya menghadapi masalah untuk memilih pemain yang bersedia melakukan sepakan penalti. Disebabkan itu, saya perlu memberi motivasi kepada mereka untuk melakukannya.

"Akhirnya mereka bersetuju melakukan sepakan penalti tetapi Malaysia tampak lebih bersedia ketika sepakan penalti dan penjaga golnya (Khairul Fahmi Che Mat) memiliki pengalaman kerana pernah beraksi pada final Piala Suzuki AFF tahun lalu," tambah Rahmad.

Sekalipun gagal meraih emas, Rahmad tidak menyalahkan anak-anak buahnya ekoran kegagalan tersebut, sebaliknya beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan mereka pada perlawanan yang dihadiri hampir 100,000 penyokong tuan rumah.

"Patrich (Wanggai), Okto (Octovianus Maniani) serta beberapa pemain lain masih cedera tetapi mereka tetap memberikan aksi terbaik sketika perlawanan berlangsung," katanya.

Kegagalan Indonesia meraih emas acara bola sepak dianggap merencatkan pesta kontinjen tuan rumah yang ditabalkan selaku juara keseluruhan temasya Sukan SEA 2011 yang melabuhkan tirainya malam tadi.


No comments: