28.11.11

Industri franchise perlu berubah dan mengalami transformasi

Salam Kaya dan Berjaya,

Industri Franchise di Malaysia adalah satu industri yang melahirkan usahawan secara cepat, mudah, pantas, instant dengan bekalan duit yang banyak......

Ianya sesuai utk usahawan yan nak berniaga tetapi tiada pengalaman.

Namun, kekangan yang ada dalam industri ini dilihat sebagai ROADBLOCK utk industri ini pergi jauh.

Antaranya ialah

1. Isu modal yang besar dan kekadang tak masuk akal malah dilihat sebagai satu usaha franchisor ambil untung cepat dan menekan franchisee.
contoh ialah
a) ada satu kedai buku (sekarang franchisor tu dah lingkup), menetapkan utk bukak satu outletnya perlu RM300,000. Mereka galakkan franchisee/usahawan ini buka 2 outlets iaitu RM600,000 supaya kedai bukunya lengkap. Bila di lihat apa makna kedai buku itu hanyalah barangan stationery + buku-buku sekolah yang terhad.

Malah kedai buku bernilai RM300,000 itu hanyalah seumpama kedai buku yang bernilai RM30,000 sahaja. Alasan yang diberikan supaya franchisee/usahawan boleh hidup 5 tahun jika tiada sales!

2. Keutuhan franchisor.....ramai franchisee lingkup bila franchisor bankrap.

3. Isu kreativiti......semua usahawan bergantung 100% kpd franchisor.... walaupun demand market berubah di kawasannya, beliau tidak boleh memandai-mandai mengikuti kehendak market itu sebab franchisor melihatkan ianya bukan bertaraf nasional.

4. Isu latihan dan kemahiran.....kebanyakannya dilihat dalam standard "touch n Go".

5. Isu Break-even dan Break-point yang kekadang agak pelik dan kurang mampu dipenuhi oleh usahawan. Sebagai contoh, untuk break-even (dapat cover kos-kos/perbelanjaan usahawan dalam industri TADIKA perlukan 60 orang pelajar.
Ianya satu jumlah yang agak besar dimana dalam 15-20 orangpun sepatutnya dah boleh memenuhi perbelanjaan tadika secara amnya kalau tadika buat sendiri tanpa melalui sistem franchise!
Jadi di sini, apakah kos-kos yang tersembunyi yang begitu byk atau ada masalah salah urus kos perbelanjaan......

IKUTI pandangan dalam akhbar hari ini...

Ramai rasa tertipu, jejaskan industri

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Kelemahan akta dan peraturan sedia ada didakwa menjadi duri dalam daging kepada pembangunan industri francais di Malaysia dan perlu dicungkil segera supaya tidak menjejaskan kemajuannya.

Kelemahan-kelemahan yang ada telah memburukkan imej sistem francais sehingga dilihat sebagai sistem yang menipu dan banyak pihak yang tertipu terutamanya usahawan baharu, kata sebuah syarikat perunding francais tempatan.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Francorp Malaysia Sdn. Bhd. (Francorp), Affandy Faiz berkata, keadaan berkenaan timbul kerana ketiadaan dokumen zahir atau prospektus disediakan untuk membolehkan pemohon (bakal francaisi) mengetahui maklumat terperinci tentang francaisor dan produknya.

‘‘Apa yang berlaku sekarang, perkara tersebut dipandang ringan serta ketiadaan garis panduan khas disediakan kerajaan menyebabkan penyediaan prospektus dilakukan secara sambil lewa dan bakal mengundang masalah, kata beliau.

Affandy berkata, permasalahan ini menyebabkan sistem francais dipalitkan dengan kecaman-kecaman yang negatif sehingga membantutkan usaha untuk mengembangkan sistem berkenaan.

“Perlu ada prospektus yang lengkap untuk memberikan penerangan sejelas-jelasnya kepada francaisi tentang latar belakang francaisor, prestasi kewangan, status perundangan, potensi francais dan beberapa maklumat lagi.

‘‘Jika semua maklumat ini tidak didedahkan, maka timbul masalah seperti francaisi tertipu dan mengalami kerugian selepas memeterai perjanjian francais,’’ kata beliau kepada Utusan Malaysia.

Sambil menyatakan masalah lebih ketara bagi francais yang melibatkan agensi kerajaan, Affandy berkata, kedua-dua pihak francaisor dan francaisi didapati tidak mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka dan hubungan komunikasi mereka tidak ubah seperti ‘ayam dan itik.’

Katanya, berdasarkan Akta Francais, prospektus perlu diserahkan 10 hari sebelum menandatangani dokumen dan tujuh hari waktu bekerja ditetapkan untuk masa menunggu sebelum proses disahkan.

‘‘Sikap buruk usahawan atau bakal francaisi pula adalah tidak mahu membaca terma perjanjian terlebih dahulu dan pada masa yang sama pihak francaisor juga tidak memberikan penerangan secara terperinci tentangnya.

‘‘Oleh itu, apabila timbul masalah, kedua-dua pihak akan saling menuding jari dan akhirnya yang dipersalahkan adalah sistem francais itu sendiri,’’ jelasnya.

==============================

Tadbir sendiri industri francais


KUALA LUMPUR 27 Nov. - Para penggiat francais tempatan perlu mentadbir sendiri industri berkenaan dengan kerajaan bertindak sebagai pemantau dalam usaha memantapkan lagi pertumbuhannya pada masa depan, kata Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Abdul Malik Abdullah.

Beliau bagaimanapun berkata: ''Proses melepaskan peranan itu perlu dilakukan secara berperingkat dan kerajaan masih diperlukan untuk menjadi pemantau.''

Menurut Abdul Malek, jika peraturan baharu dibentuk dengan pemain industri diberi peranan besar, tidak mustahil pertumbuhan akan berlaku lebih pantas kerana diuruskan oleh organisasi yang benar-benar pakar tentang industri francais.

"Proses sedia ada yang banyak dikelolakan oleh kerajaan dilihat mempunyai kelemahan dari segi birokrasi dan kepakaran sehingga menafikan banyak hak usahawan francais yang berpotensi.

"Kerajaan mahir dalam aspek teori tetapi tidak dalam aspek teknikal. Ini merupakan kelemahan yang dapat dilihat ketika ini dan perlu diubah demi masa depan industri francais,'' katanya kepada Utusan Malaysia disini .

Beliau mengulas ura-ura bahawa kerajaan mungkin melepaskan industri francais untuk ditadbir sendiri oleh para pengiatnya.

Abdul Malik berkata, situasi industri berkenaan di Malaysia ketika ini dilihat jauh lebih baik berbanding di luar negara yang terlalu bebas sehingga tiada sebarang kawalan atau akta.

Menurut akta francais, permohonan untuk menjadi francaisi perlu melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan berharap agar tapisan dibuat oleh industri sendiri.

"Biarkan francaisor mencari dan menapis francaisi yang dikehendaki mereka mengikut kriteria dalaman yang ditetapkan dengan cara ini proses dapat dilakukan dengan cepat dan mudah.

"Peranan kerajaan juga amat penting selaku pemantau dan juga sebagai agensi penerima aduan jika berlaku sebarang kes jenayah atau perkara-perkara tertentu yang tidak dapat diselesaikan di peringkat industri,'' jelasnya.

Sementara itu firma perunding francais Francorp Malaysia Sdn. Bhd. (Francorp) turut menyuarakan pendapat yang sama dan berharap perubahan secara menyeluruh dapat dilakukan dalam industri berkenaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Affandy Faiz berkata, transformasi perlu tetapi perlu dilakukan secara perlahan kerana masih banyak kepincangan yang ada perlu diperbetulkan terlebih dahulu.

Pengurangan peranan kerajaan atau agensinya dijangka menjadikan industri ini lebih sihat dan tidak timbul isu berat sebelah atau campur tangan pihak yang berkepentingan.

"Saya lihat bahagian perundangan merupakan aspek paling penting untuk diketengahkan terlebih dahulu kerana kelemahannya boleh menyebabkan usahawan kerugian dan memberi imej negatif kepada industri.

"Garis panduan hubungan antara francaisor dan francaisi juga perlu digubal agar kedua-dua pihak memahami setiap persetujuan yang dicapai bagi mengelakkan sebarang penipuan." katanya.

Tambah beliau hasrat tersebut wajar dilaksanakan bermula dari sekarang dan dalam masa yang sama pendidikan tentang francais perlu dilakukan secara meluas agar benar-benar difahami.


2 comments:

bottomline.dte said...

semua org boleh bagi pendapat. kalau dah ada nama/pangkat, tak semestinya dia cakap benda itu dia buat, dia pun sama je. nak tahu, kena cari orang yang dah dan sedang mengalami...sama naik je, bila duit depan mata.

bottomline.dte said...

10 hari bagi prospektus...? :-) bagi duit dulu, sebulan kemudian baru sign agreement. prospektus? smapi sudah tak diberi. jauh sekali kedudukan kewangan..orang kedah cakap -depa ni gebang kencang. nak masuk paper, kena tunjuk seolah2 dia baik. jgn percaya. nasihat saya, jgn ceburi system francais. ada duit, buat sendiri. lebih jimat dan hati selamat. insyaAllah.