23.11.11

Get Malaysian Business Online (GMBO)-Google Malaysia

Google sasar tarik 50,000 PKS


Rais Yatim (tengah) melihat produk ZenithDivas yang dijual secara dalam talian sebelum melancarkan Get Malaysian Business Online di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Sajith Sivanandan (kanan). - BERNAMA


KUALA LUMPUR 22 Nov. - Google Malaysia sasar 50,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk membangunkan laman web dan bergiat dalam talian dalam tempoh setahun melalui programnya, Get Malaysian Business Online (GMBO).

Pengurus Negaranya, Sajith Sivanandan berkata, menarik 50,000 PKS menceburi perniagaan dalam talian bukan satu masalah dan 'apa yang kami mahu ialah menarik setiap PKS yang belum menjalankan perniagaan dalam talian untuk mengambil bahagian dalam program ini'.

Setakat ini, hanya 100,000 daripada 700,000 PKS mempunyai laman web, katanya. Sajith yakin syarikat itu boleh mencapai sasaran menarik kalangan perniagaan bergiat dalam talian kerana ia memberikan banyak faedah kepada PKS.

Antara faedah-faedahnya ialah 10,000 PKS pertama akan ditubuhkan dalam talian dengan percuma dan satu kupon AdWords percuma bernilai RM200 akan ditawarkan kepada 50,000 pendaftaran pertama, katanya kepada pemberita selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim melancarkan program itu.

GMBO adalah satu inisiatif seluruh negara oleh Google Malaysia untuk membantu PKS memulakan perniagaan dalam talian. - BERNAMA

No comments: