4.11.11

JOM! KITA TENTANG HABIS-HABISAN PROMOSI SEKS BEBAS.....

Pas adakan demonstrasi besar-besaran

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Dewan Pemuda Pas akan mengadakan perhimpunan aman secara besar-besaran di semua masjid negeri selepas solat Jumaat esok bagi membantah penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang mempromosikan seks bebas.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, perhimpunan itu akan menyasarkan seramai mungkin umat Islam yang peka dan sensitif dalam isu penganjuran program itu kerana jelas ia bertentangan dengan syariat, adab susila dan fitrah manusia.

Pada perhimpunan itu katanya, Dewan Pemuda Pas akan memberi penjelasan kepada umat Islam supaya tidak memberi sokongan kepada aktiviti yang bertentangan dengan agama.

''Justeru, kita harap semua umat Islam termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya hadir dalam perhimpunan aman itu bagi menyatakan bantahan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Nasrudin yang akan akan menyertai perhimpunan itu di Kuantan berkata, Dewan Pemuda Pas pada masa sama juga akan membuat laporan polis pada pukul 10 pagi di seluruh negara.

''Di Kuala Lumpur, perhimpunan besar-besaran akan dibuat di Masjid Kampung Baru manakala di Terengganu di Masjid Pengadang Baru selain masjid-masjid utama negeri seluruh negara,'' katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Setiausaha Dewan Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil meminta semua Pemuda negeri membatalkan perhimpunan bagi membantah program Seksualiti Merdeka esok.

Menurutnya, pembatalan itu ekoran pengumuman polis mengenai pengharaman semua aktiviti program tersebut.

"Dewan Pemuda Pas mengucapkan tahniah kepada polis kerana bertindak pantas kerana program itu dilihat berpotensi mencemar imej Islam di negara ini," katanya dalam kenyataan malam ini.

============================

Pas persoal penglibatan Ambiga dalam Seksualiti Merdeka 2011

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Pas mempersoalkan penglibatan Datuk S. Ambiga dalam penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 bagi mempromosikan seks bebas yang disifatkan sebagai sesuatu yang pelik dan menghairankan.

Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berkata, selaku bekas Presiden Majlis Peguam dan seorang peguam senior, Ambiga sepatutnya faham mengenai kedudukan agama Islam sebagai agama PERSEKUTUAN di negara ini serta reaksi yang bakal diterima daripada penganjuran program itu.

''Kerana itu saya menyokong penuh kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas yang menolak program tersebut. Berkenaan pendirian rasmi Pas yang belum dinyatakan, saya percaya ia akan keluar sedikit masa lagi kerana ia merupakan isu yang sangat sensitif," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi penglibatan Ambiga dalam Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula kelmarin hingga 13 November ini anjuran kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang cuba mempromosikan budaya seks songsang.

Berhubung penganjuran program itu, Nasharuddin berkata, ia boleh menjadi 'pintu' kepada kepada program lain yang bersifat mencabar kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan pada masa depan.

Sebagai contoh kata beliau, program yang dianjur oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang membincangkan hak lesbian dan konsert Elton John, penyanyi yang terkenal dengan gaya hidup songsang dan terbaru Program Seksualiti Merdeka.

Malah katanya, bukan lagi sesuatu yang pelik selepas ini, program sebegitu dianjurkan oleh pelbagai pihak atas nama perjuangan hak asasi manusia sedangkan ia merupakan usaha terancang untuk meruntuhkan akhlak masyarakat.

=============================
Di KOTA BHARU, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas diambil terhadap penganjur sekiranya program itu bermatlamat mengiktiraf golongan pengamal seks songsang.

Sambil mengaku amat terkejut dengan penganjuran program itu, Nik Aziz berkata, program sebegitu seharusnya dicegah dan ditentang kerana ia adalah kehancuran kepada kehidupan beragama yang mengharamkan amalan homosek
s.

No comments: