18.11.11

5 A DALAM UPSR BUKAN SEMESTINYA PENUNJUK AWAL KECERDIKAN ANAK DALAM HIDUPNYA

Salam buat semua,

Semalam, ada ibu yang berbangga, ada yang kecewa, ada yang terkejut dan ada yang tak sangka dgn pencapaian anak mereka dalam UPSR.

Ada ibu yang terkejut dan tak sangka, anaknya yang byk main, kurang membaca, perlu tegur utknya membaca dan buat homework....mendapat result...5A dalam UPSR....

Ada pula yang menjadi harapan ibubapa, seorang anak yang rajin, diakui oleh guru, subjek di sekolah memang result yang bagus...menjadi harapan guru, sekolah, keluarga....tetapi akhirnya hanya mendapat 2A sahaja dalam UPSR....

Namun begitu, ada juga pelajar yang dijangka mendapat 5A dgn prestasi yang bagus sebelum ini mengiyakan kebolehan mereka yang betul-betul mendapat 5A.

JADI, apakah makna result 5A UPSR itu?

Kebolehan mendapat result 5A bukanlah penunjuk awal kebolehan dan kecerdikan pelajar tersebut kerana mereka baru berusia 11 dan 12 tahun. Usia yang masih memerlukan penekanan kepada pendidikan akhlak, moral, rohani, jasmani dan intelek.

Kecerdikan dalam UPSR dgn mendapat 5A adalah hanya sebahagian dari kecerdikan intelek.

Kecerdikan itu hanyalah kecerdikan memahami konsep soalan yang dikemukakan, terbiasa dgn soalan-soalan, terbiasa dengan format soalan.

Contohnya, Ramai pelajar yang menggunakan sistem latih-tubi seperti Skor A, Tutor dan pelbagai sistem yang seumpamanya akan mendapat result yang bagus walaupun mereka kurang membaca, kurang membuat latihan di sekolah dan kurang cemerlang dalam kelas.

Begitu juga, bagi mereka yang membuat latih tubi dgn menjawab menggunakan pelbagai buku latihan yang ada di pasaran.

Persoalan akan mula timbul di sini?

Bagaimana dgn penghayatan pelajar tentang ILMU yang mereka pelajari dalam kehidupan mereka seharian.... tentang pembentukan sikap, akhlak, cara berfikir yang matang, tersusun, tentang disiplin ....

Sebab kita dapati ramai yang cerdik dalam peperiksaan tetapi lemah dan mundur dalam akhlak, personaliti, mudah menghancurkan diri dgn godaan nafsu dan keinginan yang tak terkontrol ...kenapa? sebab MEREKA HANYA BELAJAR UNTUK CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SAHAJA.......!

Untuk CEMERLANG dalam PEPERIKSAAN... hanyalah perlu LATIH-TUBI yang berterusan sahaja......

Masalah kedua akan timbul nanti.....

RAMAI yang mendapat 5A tetapi bilangan yang akan ke sekolah terpilih..TERHAD...

NANTI ramai IBUBAPA yang KECEWA..... ramai anak-anak juga KECEWA akhirnya akan terkeluar kata-kata.....

"Apalah guna dapat 5A, tak dapat masuk ke sekolah asrama penuh...."

IKUTI berita ini tentang betapa ramainya mendapat 5A...

46,012 calon UPSR dapat semua A


SEBAHAGIAN 90 murid Sekolah Kebangsaan Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang meraikan kejayaan memperoleh keputusan 5A dalam UPSR semalam.


PUTRAJAYA – Keputusan keseluruhan calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 adalah yang terbaik sejak empat tahun lalu berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik iaitu minimum C bagi semua mata pelajaran meningkat daripada 54.38 peratus tahun lalu kepada 55.45 peratus tahun ini.

“Calon yang mendapat semua mata pelajaran bawah tahap pencapaian minimum iaitu D, E atau kedua-duanya pula berkurangan daripada 3.39 peratus tahun lalu kepada 2.88 peratus tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Abdul Ghafar berkata, pencapaian calon cemerlang semua A tahun ini menurun berbanding tahun lalu.



No comments: