Mark Shuttleworth dalam blogpost terbarunya telah mengumumkan kod nama kepada Ubuntu 12.04 ialah Precise Pangolin.
Ubuntu 12.04 merupakan versi ubuntu yang memakai status LTS atau Long Term Support dan bakal menjadi versi terpenting dalam pembangunan Ubuntu sehingga kini.
Seperti mana biasa, kod nama Ubuntu akan mengandungi 2 patah perkataan yang mana perkataan kedua biasanya dikhaskan kepada nama-nama binatang yang jarang didegari atau diancam kepupusan. Bagi Ubuntu 12.04, nama Pangolin telah diabadikan dan sekiranya anda tertanya-tanya apakah itu Pangolin, gambar di bawah mungkin dapat membantu anda.
Sekiranya kita melihat kepada pemilihan kod nama untuk Ubuntu 12.04 ini, kita dapat membayangkan apakah sebenarnya yang ingin dibangunkan untuknya. Sebuah sistem operasi yang Precise (tepat) mungkin bermaksud tanpa bug dan Pangolin (tenggiling) pula memberikan makna ketahanan yang luar biasa.
Saya ada terfikir, mengapa Shuttleworth tidak memilih nama seperti Precise Penguin atau Perfect Penguin? Apapun, ia sesuatu yang menarik untuk dinantikan.
No comments:
Post a Comment