22.10.11

Gaddafi dan Anaknya Terbunuh Atau Dibunuh?

Jenazah Gaddafi terus diaib


Sebahagian penduduk Libya mengerumuni jenazah Gaddafi di Misrata, kelmarin. – REUTERs


MISRATA 22 Okt. – Jenazah Muammar Gaddafi yang berlumuran darah selepas terbunuh dalam satu serangan kelmarin kini umpama ‘bahan pameran’ apabila diletakkan di dalam bilik sejuk beku di sebuah pusat membeli-belah di Misrata.

Tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu berlaku ketika pihak berkuasa Libya terus berbalah mengenai apa yang perlu ‘dilakukan’ terhadap jenazah Gaddafi.

Pelbagai pihak menuntut jenazah Gaddafi termasuk tentera dari Misrata yang mendakwa ia adalah miliknya, sekali gus menangguhkan pengkebumian Gaddafi semalam.

Di Misrata, penduduk berbaris panjang untuk melihat jenazah Gaddafi yang dibaringkan dengan beralas tilam di dalam bilik sejuk beku di pusat membeli-belah itu.

Pada awalnya, pihak berkuasa merahsiakan lokasi jenazah Gaddafi ditempatkan namun selepas maklumat itu tersebar, orang ramai bertindak menyerbu pusat membeli-belah berkenaan.

Lelaki, wanita dan kanak-kanak dilihat berpusu-pusu untuk mengambil gambar bersama jenazah Gaddafi.

Kesan tembakan di dada, abdomen dan bahagian kiri kepalanya masih jelas kelihatan.

Sementara itu, dalam video terbaru yang muncul berkaitan Gaddafi, ia memaparkan imej bekas pemimpin Libya itu telah diseksa dan dipukul oleh tentera kerajaan ketika mereka mengheretnya keluar dari lokasi persembunyian.

Bagaimanapun, pembunuhan Gaddafi kelmarin masih diselubungi kekeliruan apabila banyak persoalan yang timbul berkaitan kematiannya.

Seorang lelaki, Sanad al-Sadek al-Ureibi muncul mendakwa menjadi individu yang menangkap serta menembak Gaddafi. Dakwaan itu bercanggah dengan laporan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan Gaddafi mungkin ditembak mati selepas ditangkap hidup-hidup. – Agensi


ORANG RAMAI berbaris untuk menatap jenazah Muammar Gaddafi di sebuah pusat membeli belah di Misrata kelmarin

Amaran kepada pemimpin kuku besi Afrika


2011/10/23

MAYAT Gaddafi dan anak lelakinya, Mutassim terlentang di bilik dingin beku di Misrata, semalam.
MAYAT Gaddafi dan anak lelakinya, Mutassim terlentang di bilik dingin beku di Misrata, semalam.
Gaddafi terkenal penentang Barat ditumbangkan rakyat Libya sendiri

TRIPOLI: Selama empat dekad, Muammar Gaddafi berkuasa di Libya dan menyifatkan dirinya seorang pejuang revolusi menentang penjajahan Barat, namun kini yang tinggal hanyalah kisah tragis bekas pemimpin itu.


Kematian beliau bakal membuka lembaran baru kepada rakyat Libya, namun pada masa sama ia menjadi satu amaran kepada beberapa lagi pemimpin kuku besi di Afrika dan Asia Barat, bahawa mereka mungkin menerima nasib seperti Gaddafi jika tidak segera melakukan perubahan.

Gaddafi maut selepas dikatakan ditembak pemberontak di bandar kelahirannya sendiri, Sirte pada Khamis. Rakyat Libya dilaporkan bersorak mendengar khabar kematiannya, sebuah pengakhiran yang disifatkan tragis bagi pemimpin yang pernah menggelarkan dirinya sebagai ‘raja segala raja” ini.

Pejuang di ladang di pinggir bandar raya Misrata sedang menjalankan tugas ketika pangkalan briged Al-Ghiran bangga mempamerkan but hitam milik bekas pemimpin itu, selain senjata disadur emas dan skaf.
Lelaki berpangkat kolonel ini berkuasa selepas menggulingkan Raja Idris pada 1969. Ketika itu beliau adalah Kapten Gaddafi yang baru berusia 27 tahun.

Gaddafi sering tampil bergaya, baik ketika berseragam tentera mahupun ketika mengenakan jubah Arab Badwi, darah puak yang mengalir kuat dalam dirinya. Beliau tidak pernah meninggalkan aksesori yang sinonim dengan dirinya, iaitu kaca mata hitam. Begitu juga dengan jururawat dan pengawal peribadinya yang terdiri daripada wanita cantik.


Bekas penasihat undang-undang pemerintah Libya, Saad Djebbar mengatakan bahawa penampilan itu diambil kira Gaddafi untuk mewujudkan kesan pelik dan menarik.


“Bagaimanapun, ketika revolusi Arab, Gaddafi terpencil dari dunia luar,” kata Djebbar.


Ketika berkuasa beliau mengatakan dirinya nasionalis Arab sehingga menarik perhatian Amerika Syarikat. Namun ternyata kebijaksanaan Gaddafi bertentangan dengan Barat. Ini ditegaskan ketika tahun 1972 di mana beliau meminta seluruh umat Islam memerangi Barat.


Tiga tahun selepas itu Gaddafi memperkenalkan Buku Hijau bagi memberi panduan kepada negara membabitkan seluruh sistem politik, ekonomi dan sosial Libya.


Menurut bekas duta besar Britain ke Libya, Oliver Miles, ia adalah peluang kepada Gaddafi. “Beliau menjadi kuasa mutlak. Gaddafi merosak seluruh institusi di Libya sehingga menghapuskan satu sistem kemasyarakatan,” kata Miles.


Gaddafi berusaha menyatukan Mesir, Libya dan Syria pada 1972. Ketika itu Arab menentang Gaddafi dan ada yang menggelarnya sebagai badut.


Menurut pakar Libya di Universiti Dartmouth, Dirk J Candewalle, penolakan Arab dan cita-cita peribadi itu menyebabkan Gaddafi melakukan keganasan pada 1970-an dan 1980-an.


Selepas menggegarkan dunia dengan tindakan ganas dan mengakuinya, Gaddafi berusaha memperbaiki reputasinya. Sejak 2006, beliau memperuntukkan sejumlah AS$3 (RM9.4 juta) setiap tahun bagi strategi perhubungan awam.


Cita-cita beliau menyatukan Arab tetap tidak pernah padam. Pada 2009, Gaddafi menjadi ketua Kesatuan Afrika yang menyatukan 54 anggotanya dan merayu benua miskin Afrika itu menyediakan pelbagai bantuan. – Agensi



Gaddafi rayu jangan dibunuh


imej video diambil daripada stesen televisyen Al-Arabiya merakamkan orang ramai mengambil gambar jenazah Gaddafi menggunakan telefon bimbit di Sirte, kelmarin. - AP


SIRTE 21 Okt. - ''Anak, tolong jangan bunuh saya'' itulah kata-kata terakhir Muammar Gaddafi kepada tentera kerajaan sementara yang menangkapnya selepas satu serangan ke atas konvoinya di bandar Sirte awal subuh semalam.

Sejam kemudian bekas pemimpin Libya itu dilaporkan terbunuh.

Gaddafi mengangkat tangan sambil merayu supaya beliau tidak dibunuh selepas beliau diheret keluar dari tempat persembunyiannya di saluran kumbahan di bandar kelahirannya di sini dalam serangan itu.

Namun, rayuannya itu tidak diendahkan oleh tentera kerajaan, sebaliknya mereka menghinanya.

Bukan sekadar itu, mayat Gaddafi yang berlumuran darah dibiarkan dalam keadaan separuh bogel dan rambut palsunya ditanggalkan dan dihantar sebagai 'hadiah perang' kepada tentera kerajaan di Misrata, bandar yang terletak di selatan Sirte yang telah ditawan tentera kerajaan sementara.

Rakaman video menunjukkan beliau diheret keluar dengan kasar dari bonet trak sebelum hilang daripada rakaman selepas kedengaran bunyi tembakan.

"Ketika dibawa keluar dari Sirte (untuk dihantar ke hospital), Gaddafi dipukul dan kemudiannya dibunuh," kata seorang pegawai kanan Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) kepada Reuters sebelum Pemangku Perdana Menteri kerajaan sementara Libya, Mahmoud Jibril mendakwa berlaku insiden berbalas-balas tembakan.

Ketua pengawal peribadi Gaddafi mengesahkan bekas pemimpin Libya itu terselamat dalam serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke atas konvoinya.

Dalam serangan itu, Mutassim, anak kelima Gaddafi yang kelihatan berlumuran darah tetapi masih hidup dalam rakaman video itu turut dilaporkan dibunuh.

Berita kematian Gaddafi disambut sorakan kegembiraan dengan penduduk berhimpun di jalan-jalan raya, manakala anggota tentera melepaskan tembakan ke udara.

Di Benghazi, beribu-ribu penduduk berarak di jalan-jalan raya sambil meletakkan senjata mereka dan menari.

"Saya tidak akan memberi senjata saya kepada anak lelaki saya. Kini perang sudah tamat dan kami perlu menyerahkan senjata dan kanak-kanak perlu ke sekolah," kata seorang penduduk, Mansour el Ferjani, 49 tahun .

Sementara itu, gambar mayat Gaddafi yang berlumuran darah dan disiarkan di skrin-skrin televisyen seluruh dunia mungkin akan memberi kesan kepada negara-negara yang berdepan kebangkitan rakyat seperti Yemen dan Syria. - REUTERS/AP

=======================================================

Kematian Gaddafi akibat cedera di kepala

TRIPOLI 21 Okt. - Pemangku Perdana Menteri kerajaan sementara Libya, Mahmoud Jibril berkata, kematian Muammar Gaddafi berpunca daripada kecederaan di kepala akibat terkena tembakan ketika berbalas-balas tembakan dengan tentera kerajaan sementara Libya di Sirte awal subuh semalam.

Pelbagai laporan bercanggah dibuat mengenai bagaimana Gaddafi terbunuh selepas beliau ditahan setelah konvoinya terkena serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ketika cuba melarikan diri dari bandar kelahirannya di Sirte.

"Gaddafi dibawa keluar dari saluran kumbahan dan tidak memberi sebarang tentangan. Ketika tentera kerajaan sementara membawanya ke trak, dia terkena tembakan sesat di bahagian tangan kanannya.

''Trak yang membawa Gaddafi diserang dan berlaku insiden berbalas-balas tembakan antara tentera kerajaan dan pengikut setia Gaddafi menyebabkan bekas pemimpin Libya itu cedera di kepala akibat terkena tembakan," kata Jibril yang membacakan laporan forensik pada sidang media di Tripoli, hari ini.

"Gaddafi masih hidup ketika beliau dibawa keluar dari Sirte tetapi meninggal dunia beberapa minit sebelum dia tiba di hospital," tambah Jibril. - REUTERS

=============================================

Siapa tembak Gaddafi?

SIRTE 21 Okt. - Imej ngeri Muammar Gaddafi berlumuran darah ketika diseret dan dikelilingi tentera kerajaan sementara Libya yang marah, tersebar cepat di seluruh dunia selepas kematian dramatik diktator Libya itu akibat cedera dalam serangan di bandar kelahirannya, Sirte, awal semalam.

Punca sebenar kematian Gaddafi masih tidak jelas ekoran beberapa laporan yang bercanggah.

Namun rakaman saat-saat terakhir keadaan Gaddafi yang cemas memberi beberapa petunjuk mengenai situasi sebenar.

Rakaman seorang individu di tempat kejadian menunjukkan Gaddafi masih hidup ketika ditahan dan bekas pemimpin Libya itu kelihatan keliru serta cedera sebelum ditarik keluar dari bonet kereta.

"Pastikan dia (Gaddafi) hidup," jerit seseorang.

Gaddafi kemudiannya hilang daripada pandangan dan kedengaran bunyi tembakan.

"Mereka menangkapnya hidup-hidup dan semasa ditahan, dia dipukul sebelum dibunuh. Dia mungkin melawan," kata seorang pegawai Kanan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).

Berbeza dengan kenyataan Pemangku Perdana Menteri NTC, Mustafa Jibril yang berkata, Gaddafi terbunuh dengan kesan tembakan di kepala dalam satu pertempuran antara penyokongnya dan tentera kerajaan selepas dia ditahan.

Katanya, NTC tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk membunuh Gaddafi.

Gaddafi menggelar pemberontak sebagai 'tikus' namun akhirnya dia yang ditangkap dalam saluran kumbahan yang dipenuh najis dan sampah.

"Dia memanggil kami sebagai tikus dan lihat di mana dia ditemui," kata Ahmed Al Sahati, seorang tentera kerajaan sementara Libya sambil berdiri di dua saluran kumbahan yang busuk di bawah lebuh raya dekat Sirte.

Sebelum solat Subuh, Gaddafi yang diiringi berpuluh-puluh pengawal peribadi dan ditemani ketua tenteranya, Abu Bakr Younis Jabr, cuba meninggalkan Sirte yang dikepung selama dua bulan dan menuju ke arah barat.

Tentera Perancis berkata, pesawatnya mengebom kenderaan tentera Gaddafi berhampiran Sirte pada kira-kira pukul 8.30 malam (7.30 malam waktu Malaysia), namun tidak pasti sama ada serangan tersebut yang membunuh diktator itu.

Tiga kilometer di barat Sirte, 15 buah trak dilengkapi mesingan terbakar dan hancur berdekatan pencawang elektrik yang terletak 20 meter dari jalan raya utama.

Kesan kemusnahan tersebut jelas menunjukkan konvoi kenderaan itu diserang pesawat tempur memandangkan tiada kesan kawah akibat letupan bom.

Di dalam trak terbabit, mayat pemandu yang hangus dan penumpang masih terdapat di tempat duduk masing-masing, manakala mayat-mayat lain bergelimpangan di kawasan rumput.

Seorang ketua pengawal peribadi Gaddafi, Mansour Dou ada bersama Gaddafi sebelum diktator itu mati.

Mansour yang terselamat dan ditahan berkata, selepas serangan udara itu, mereka yang terselamat berpecah kepada beberapa kumpulan dan mengikut haluan masing-masing.

"Saya bersama Gaddafi dan Abu Bakr serta kira-kira empat askar," katanya kepada televisyen Al-Arabiya.

Katanya, dia tidak menyaksikan kematian ketuanya kerana pengsan selepas mengalami luka di belakang badan ekoran letupan serangan meriam. - REUTERS

===================================================

Pengkebumian Gaddafi ditangguh

MISRATA 21 Okt. - Pengkebumian jenazah Muammar Gaddafi ditangguhkan untuk beberapa hari lagi sehingga kerajaan sementara Libya membuat keputusan berhubung tempat diktator itu dikebumikan.

Menteri Sumber Tenaga, Ali Tarhouni berkata, jenazah Gaddafi kini ditempatkan di Misrata, kubu kuat tentera pemberontak.

"Saya mengarahkan mereka supaya menyimpan jenazah Gaddafi di rumah mayat untuk beberapa hari lagi kerana tempat dia akan dikebumikan masih belum diputuskan," katanya.

Seorang lagi pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang enggan dikenali berkata, terdapat pertikaian berlaku di kalangan pegawai NTC mengenai apa yang perlu dilakukan terhadap jenazah Gaddafi.

"Mereka tidak bersetuju dengan tempat pengkebumian Gaddafi.

"Mengikut undang-undang Islam, dia (jenazah Gaddafi) perlu dikebumikan segera, namun mereka perlu mencapai persetujuan sama ada jenazah tersebut akan dikebumikan di Misrata, Sirte atau tempat lain," katanya.

Sementara itu, jenazah Mutassim, anak Gaddafi terlantar di sebuah rumah di Misrata dan orang ramai berasak-asak ke rumah tersebut untuk mengambil gambar mayatnya menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Mayat Mutassim diletakkan di atas lantai yang dilapik selimut dan kesan luka dapat dilihat di dada dan lehernya. - REUTERS

=======================================

Anak sulung Gaddafi lari ke Niger

SIRTE, Libya 21 Okt. - Anak sulung Muammar Gaddafi, Saif al-Islam (gambar) dipercayai melarikan diri ke selatan Sirte menuju sempadan Niger.

Komander Kanan Tentera Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Abdul Majid Mlegta berkata, Saif dikatakan bertindak demikian secara konvoi sejurus selepas bapanya terbunuh dalam pertempuran semalam.

Kenyataan itu bagaimanapun bertentangan dengan laporan awal yang menyatakan Saif berjaya ditangkap dalam satu pertempuran di Sirte.

Dalam pertempuran itu, Saif mengalami kecederaan di kaki akibat terkena tembakan dan kini dirawat di sebuah hospital di bandar ini, tambah kenyataan itu. - REUTERS/AP


=========================================

Misteri kematian Gaddafi



Foto
  • Foto

    IMEJ rakaman Gaddafi masih hidup ketika ditangkap.


Pemimpin Libya dipercayai masih hidup ketika ditangkap

MISRATA: Kurang 48 jam selepas kematian Muammar Gaddafi, timbul persoalan sama ada bekas pemimpin Libya itu terbunuh atau mati dibunuh akibat tembakan di kepala dan perut.

========================================================

Harta Gaddafi RM121 bilion

PEMBACA menatap akhbar di tepi jalan dengan gambar Gaddafi yang dilaporkan terbunuh, semalam.
PEMBACA menatap akhbar di tepi jalan dengan gambar Gaddafi yang dilaporkan terbunuh, semalam.
Kematian tragik bekas pemimpin Libya diraikan rakyat hidup tertindas

TRIPOLI: Kematian bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi diraikan berjuta-juta penduduk Libya yang yakin bahawa ia akan membuka sejarah baru kepada rakyat negara itu yang sejak sekian lama hidup di bawah pemerintahan kuku besi.
Bagaimanapun, kematian beliau belum mengakhiri masalah Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang bertindak sebagai kerajaan sementara kerana kini ia perlu mendapatkan semula harta dan kekayaan bekas pemimpin itu yang ‘bertaburan’ di beberapa negara.
Butiran dari dokumen yang dibocorkan kepada pertubuhan anti- rasuah Global Witness menyatakan Gaddafi memiliki kekayaan dalam bentuk wang tunai dan aset yang diletakkan di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Pelaburan Libya (LIA) bernilai AS$38 bilion (RM121 bilion), disimpan di bank di Eropah dan Amerika selain dilaburkan dalam pelbagai syarikat.

Ia bagaimanapun tidak memberi maklumat mengenai pelaburan lain yang dilakukan Syarikat Pelaburan Arab Libya Luar Negara (Lafico) yang juga anak syarikat LIA yang ada kepentingan di beberapa negara.

Maklumat menunjukkan LIA mempunyai pegangan saham di beberapa syarikat antarabangsa yang terkenal, termasuk Nokia.

“Bank Eropah terbesar yang menyimpan wang Gaddafi ialah syarikat perkhidmatan kewangan Perancis Société Générale, yang sehingga Jun tahun lalu menyimpan wang berjumlah AS$1.8 bilion (RM5.76 bilion) di dalam beberapa akaun,” kata laporan itu.
Sebuah bank antarabangsa di Malta pula dilapor menyimpan kira-kira AS$239 juta (RM764 juta) dalam bentuk dana lindung nilai manakala sebuah bank di Amerika, Goldman Sachs menyimpan AS$182 juta (RM582 juta), manakala Royal Bank of Scotland memiliki sejumlah AS$110 juta (RM352 juta).

“Adalah tidak masuk akal bahawa bank terbabit boleh ‘bersembunyi’ di sebalik maklumat sulit pelanggan dalam kes seperti ini. Ini adalah akaun negara dan pemiliknya adalah rakyat Libya,” kata pengarah Global Witness melalui laman web pertubuhan itu.

Pemangku perdana menteri kerajaan baru, Mahmoud Jibril berkata pihaknya akan melakukan semua perkara yang perlu untuk memulihkan demokrasi dan memulihkan semula negara itu, termasuk mendapatkan semula dana yang kini dibekukan di beberapa negara.

Mac lalu, Presiden Amerika Barack Obama mengarah perbendaharaan menyekat aset Libya di negara itu bernilai AS$30 bilion (RM96 bilion), aset terbesar negara asing yang pernah dibekukan. – Agensi

INFO: Beberapa fakta pelik mengenai Gaddafi

  • Khemah kalis peluru: Apabila Muammar Gaddafi berada di rumahnya di Tripoli, beliau tinggal di pekarangan kukuh dengan sistem kompleks terowong untuk melarikan diri.

  • Rombongan Pengawal Peribadi Gadis: Mereka nampaknya tidak bersama ketika Gaddafi amat memerlukan mereka kelmarin tetapi pemimpin itu dilindungi 40 pengawal peribadi terlatih, semuanya wanita.

  • Jururawat seksi Ukraine: Untuk sedekad, Galyna Kolotnytska, jururawat Ukraine yang sering disifatkan media sebagai seksi, selalu dilihat berada di sebelah pemimpin kuku besi itu.

  • Jatuh cinta dengan Condoleezza Rice: Pada 2007, Gaddafi menggelarkan bekas Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice sebagai kekasih wanita kulit hitam Afrikanya.

  • Takut untuk terbang dan menaiki tangga bergerak: Sebahagian alasan mengapa Gaddafi gemar ke luar negara membawa khemah kerana beliau bimbang menginap di hotel kerana perlu menaiki tangga bergerak.

  • Bunga Bunga: Pelacur berusia 17 tahun dikenali sebagai Karima el-Mahroug, atau lebih popular dengan nama Ruby Heartstealer, mendedahkan beliau dijemput ke pesta yang digelar bunga-bunga.

  • Pakaian bercampur aduk: Pakaiannya bercampur daripada seragam tentera, sut ringkas gaya Miami Vice dan jubah Badwi.

  • ==============================================

    Bekas pemimpin tetap dikebumi secara terhormat


    2011/10/22

    MISRATA: Pemimpin baru Libya memberi jaminan bahawa Muammar Gaddafi akan dikebumikan mengikut ajaran Islam, sehari selepas saat-saat terakhir dramatik beliau apabila diktator terbabit diseret dari tempat persembunyiannya dalam saluran longkang, merayu supaya tidak dibunuh ketika bandar kelahiran beliau jatuh ke tangan pejuang revolusi.

    Kematian beliau kira-kira dua bulan selepas penyingkirannya menamatkan rejim hampir 42 tahun yang menukarkan negara kaya dengan minyak itu menjadi sebuah negara yang dikritik antarabangsa. Ia turut membawa Libya ke dalam era baru di mana pemimpin peralihan perlu mengatasi perpecahan dan membina semula hampir semua institusi dari awal untuk mencapai demokrasi yang diimpikan.
    Pemimpin NTC bagaimanapun masih lagi tidak membuat sebarang keputusan bila dan di mana mayat Muammar Gaddafi akan dikebumikan, kata menteri penerangan Libya semalam di tengah persoalan mengenai bagaimana bekas pemimpin itu mati.
    “Tiada keputusan dibuat mengenai pengebumian Gaddafi,” sama ada mayatnya masih berada di Misrata di mana ia dibawa selepas kecederaan yang membawa maut berikutan ditangkap di Sirte, kata Mahmud Shamam kepada AFP.

    Pemimpin NTC dilihat begitu berhati-hati mengenai rancangan pengebumian itu, enggan untuk menjadikan kubur Gaddafi bakal menjadi tempat perhimpunan bagi penyokong setianya.

    Mayat Gaddafi terbaring di sebuah kediaman persendirian di Misrata, bandaraya ketiga terbesar di Libya di mana tenteranya ditewaskan dalam kepungan berpanjangan yang terbukti menjadi salah satu titik perubahan kebangkitan selama lapan bulan, lapor seorang koresponden AFP.

    Sementara itu, Reuters melaporkan bahawa Gaddafi maut berikutan sebutir peluru yang menembusi ususnya berikutan penangkapan, kata seorang doktor yang memeriksa mayatnya, di tengah konflik bagaimana pemimpin Libya itu menemui ajalnya.
    Gaddafi, 69, terbunuh pada Khamis selepas ditangkap oleh pejuang Libya yang menjadi kemuncak kepada kebangkitan selama lapan bulan menentang pemerintahan beliau selama 42 tahun.

    “Gaddafi ditahan ketika masih hidup tetapi beliau terbunuh selepas itu. Ada sebutir peluru dan ia menjadi alasan utama kepada kematiannya, yang menembusi ususnya,” kata doktor Ibrahim Tika kepada televisyen Al Arabiya.

    “Kemudian ada peluru lain di kepalanya yang menembusi dalam dan keluar kepalanya.” Terdahulu, Perdana Menteri Mahmoud Jibril membacakan apa yang dikatakan laporan bedah siasat bahawa Gaddafi diseret daripada terowong paip, ditembak di lengan dan diletakkan dalam sebuah trak di mana ia terkena tembakan ketika cuba dibawa ke hospital.

    Sementara itu ahli NTC Mohamed Sayeh berkata bahawa Gaddafi akan dikebumikan pada Jumaat di sebuah kawasan perkuburan Sirte, menafikan laporan bahawa beliau akan dikebumikan di sebuah kubur rahsia. – AP/AFP
    ======================

    Tembakan di kepala  punca kematian
    MISRATA: Seorang saksi berkata, kesan peluru boleh dilihat dengan jelas di sisi kepala bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi


    ==================================================

    7 perangai pelik Gaddafi


    E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
    CARA HIDUP LUAR BIASA...selain sentiasa dikawal sehingga 40 anggota keselamatan khas terdiri daripada anak dara

    CARA HIDUP LUAR BIASA...selain sentiasa dikawal sehingga 40 anggota keselamatan khas terdiri daripada anak dara


    ========================================






    No comments: