20.10.11

BERAKHIRNYA ERA PEMERINTAHAN GADDAFI DI LIBYA?

Muamar Gaddafi terbunuh dalam pertempuran dengan pemberontak

20/10/2011 9:27pm

BENGHAZI, Libya 20 Okt. - Pemimpin Libya, Muamar Gaddafi terbunuh dalam pertempuran dengan rejim yang menumbangkan pemerintahan pemimpin berkenaan secara pemberontakan.

Rejim berkenaan yang dikenali sebagai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan Gaddafi terbunuh dalam serangan terakhir di bandar Sirte.

“Kami mengumumkan kepada dunia Gaddafi telah dibunuh oleh pasukan revolusi,” kata jurucakap NTC, Abdel Hafez Ghoga. - AFP

(NAMUN BEGITU MASYARAKAT DUNIA MENUNGGU - APAKAH BUKTI GADDAFI TERBUNUH? MANA GAMBARNYA?)

=======================

Anak Gaddafi, Mo’tassim ditangkap tentera pemberontak

20/10/2011 10:04pm

CAIRO 20 Okt. - Selepas Muamar Gaddafi disahkan terbunuh, tentera pemberontak mendedahkan anak pemimpin itu Mo’tassim turut diberkas dalam pertempuran di Sirte.

Televisyen Al Jazeera dan Al Arabiya turut menyiarkan berita penangkapan Mo’tassim. - REUTERS

No comments: